Video: Membuka fail dari awan dalam Word for iPad

Pelayar anda tidak menyokong video. Pasang Microsoft Silverlight, Adobe Flash Player atau Internet Explorer 9.

Word for iPad boleh membuka buku kerja dari OneDrive for Business (untuk fail kerja anda) atau OneDrive.com (untuk fail peribadi anda) atau dari akaun Dropbox.

Video tutorial lain untuk Word for iPad:

  1. Membuka fail dari awan (Anda berada di sini!) Buka fail dari OneDrive for Business (untuk fail kerja atau sekolah anda), OneDrive.com (untuk fail peribadi anda) atau dari akaun Dropbox.

  2. Membuka lampiran e-mel. Buka, edit dan hantar semula lampiran e-mel menggunakan Word for iPad.

  3. Cara penyimpanan berfungsi dalam Word for iPad. Word for iPad menyimpan kerja anda secara automatik pada setiap kali anda membuat perubahan, walaupun perubahannya kecil. Dalam kebanyakan kes, anda langsung tidak perlu melakukan apa-apa untuk menyimpan dokumen anda. Tontoni video latihan ini untuk mengetahui tentang AutoSimpan.

  4. Menaip dalam Word for iPad. Kerja menaip dalam Word for iPad boleh menjadi agak rumit pada mulanya, khususnya jika anda sudah biasa dengan papan kekunci fizikal. Video latihan ini menunjukkan anda beberapa petua menaip untuk Word for iPad.

  5. Memilih sesuatu dalam Word for iPad. Pilih teks dan gambar seperti seorang pakar dengan jari anda dalam Word for iPad. Video latihan ini membantu anda beralih dari tetikus ke skrin sentuh.

  6. Cara mencetak dalam Word for iPad Anda mengetik butang Fail untuk mencetak dalam Word for iPad. Tontoni video ini untuk mengetahui caranya. Buat masa ini, anda hanya boleh mencetak dengan pencetak yang serasi AirPrint.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×