Tindakan Makro FindRecord

Anda boleh menggunakan tindakan FindRecord dalam pangkalan data desktop Access untuk mencari tika pertama data yang memenuhi kriteria ditentukan oleh argumen FindRecord. Data ini boleh berada dalam rekod semasa, dalam rekod kemudian atau rekod sebelumnya atau dalam rekod pertama. Anda boleh mencari rekod dalam jadual aktif helaian data, helaian data pertanyaan, helaian data borang atau borang.

Nota: Tindakan makro FindRecord tidak tersedia dalam aplikasi web Access.

Seting

Tindakan FindRecord mempunyai argumen berikut.

Argumen tindakan

Perihalan

Cari Apa

Tentukan data yang anda ingin cari di dalam rekod. Masukkan teks, nombor atau tarikh yang ingin dicari atau taip ungkapan, yang didahului dengan tanda sama dengan (=), dalam kotak Cari Apa dalam seksyen Argumen Tindakan anak tetingkap Pembina Makro. Anda boleh menggunakan aksara kad bebas. Ini adalah argumen yang diperlukan.

Padanan

Tentukan lokasi data dalam medan. Anda boleh menentukan carian untuk data dalam mana-mana bahagian medan (Mana-mana Bahagian Medan), untuk data yang mengisi seluruh medan (Seluruh Medan), atau untuk data yang terletak di permulaan medan (Permulaan Medan). Medan lalai adalah Seluruh Medan.

Padanan Huruf

Tentukan sama ada carian adalah sensitif huruf. Klik Ya (jalankan carian sensitif huruf) atau Tidak (carian tanpa memadankan huruf besar dan huruf kecil dengan tepat). Carian lalai adalah Tidak.

Cari

Tentukan sama ada carian bermula dari rekod semasa sehingga ke permulaan rekod (Ke Atas); ke bawah sehingga ke hujung rekod (Ke Bawah); atau ke bawah sehingga ke hujung rekod kemudian dari permulaan rekod hingga ke rekod semasa, jadi semua rekod dicari (Semua). Lalai adalah Semua.

Carian Seperti Yang Diformatkan

Tentukan sama ada carian termasuk data yang diformatkan. Klik Ya (Access mencari data seperti yang diformatkan dan dipaparkan dalam medan) atau Tidak (Access mencari data seperti yang disimpan dalam pangkalan data, yang tidak sentiasa sama seperti yang dipaparkan). Carian lalai adalah Tidak.

Anda boleh menggunakan ciri ini untuk mengehadkan carian kepada data dalam format tertentu. Contohnya, klik Ya dan taipkan 1,234 dalam argumen Cari Apa untuk mencari nilai 1,234 dalam medan diformatkan yang memasukkan koma. Klik Tidak jika anda ingin menaip 1234 untuk mencari data dalam medan ini.

Untuk mencari tarikh, klik Ya untuk mencari tarikh seperti yang diformatkan, seperti 08-Julai-2015. Jika anda klik Tidak, masukkan tarikh untuk argumen Cari Apa dalam format yang disetkan pada seting rantau dalam Panel Kawalan Windows. Format ini ditunjukkan dalam kotak Format tarikh pendek yang boleh didapati pada tab Tarikh dalam seting rantau. Contohnya, jika kotak Format tarikh pendek disetkan kepada B/h/tt, anda boleh masukkan 7/8/15, dan Access akan mencari semua entri dalam medan Tarikh yang sepadan dengan Julai 8, 2015, tanpa mengira cara medan ini diformatkan.

Nota: Argumen Carian Seperti Yang Diformatkan hanya membawa kesan jika medan semasa adalah kawalan terikat, argumen Padanan disetkan kepada Seluruh Medan, argumen Medan Semasa Sahaja disetkan kepada Ya dan argumen Padanan Huruf disetkan kepada Tidak.

Jika anda mengesetkan Padanan Huruf kepada Ya atau Medan Semasa Sahaja kepada Tidak, anda juga mesti mengesetkan Carian Seperti Yang Diformatkan kepada Ya.

Medan Semasa Sahaja

Tentukan sama ada carian adalah terhad kepada medan semasa dalam setiap rekod atau termasuk semua medan dalam setiap rekod. Mencari dalam medan semasa adalah lebih cepat. Klik Ya (hadkan carian kepada medan semasa) atau Tidak (carian dalam semua medan dalam setiap rekod). Carian lalai adalah Ya.

Cari Yang Pertama

Tentukan sama ada carian bermula pada rekod pertama atau pada rekod semasa. Klik Ya (mula pada rekod pertama) atau Tidak (mula pada rekod semasa). Carian lalai adalah Ya.


Catatan

Apabila makro menjalankan tindakan FindRecord, Access mencari data yang ditentukan dalam rekod (tertib carian ditentukan oleh seting argumen Carian). Apabila Access mencari data yang ditentukan, data akan dipilih dalam rekod.

Tindakan FindRecord adalah sama seperti mengklik Cari pada tab Rumah dan argumennya adalah sama seperti opsyen dalam kotak dialog Cari dan Ganti. Jika anda mengesetkan argumen FindRecord dalam tetingkap reka bentuk makro kemudian menjalankan makro itu, anda akan melihat opsyen sepadan yang dipilih dalam kotak dialog Cari dan Ganti apabila anda klik Cari.

Access mengekalkan argumen FindRecord yang paling terkini semasa sesi pangkalan data supaya anda tidak perlu memasukkan kriteria yang sama berulang kali semasa melaksanakan operasi seterusnya dengan tindakan FindRecord. Jika ada membiarkan argumen kosong, Access menggunakan seting yang paling terkini untuk argumen, seperti yang disetkan oleh tindakan FindRecord sebelumnya atau dalam kotak dialog Cari dan Ganti.

Apabila anda ingin mencari rekod dengan menggunakan makro, gunakan tindakan FindRecord, bukan tindakan RunCommand dengan argumennya disetkan untuk menjalankan perintah Cari.

Nota: Walaupun tindakan FindRecord sepadan dengan perintah Cari pada tab Rumah untuk jadual, pertanyaan dan borang, ia tidak sepadan dengan perintah Cari pada menu Edit dalam Tetingkap kod. Anda tidak boleh menggunakan tindakan FindRecord untuk mencari teks dalam modul.

Jika teks yang dipilih pada masa itu adalah sama seperti teks carian pada masa tindakan FindRecord dijalankan, carian bermula serta-merta mengikut pilihan dalam medan yang sama seperti pilihan itu dan dalam rekod yang sama. Jika tidak, carian bermula pada permulaan rekod semasa. Ini membolehkan anda untuk mencari berbilang tika kriteria carian yang sama yang mungkin muncul dalam satu rekod.

Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa jika anda menggunakan butang perintah untuk menjalankan makro yang mengandungi tindakan FindRecord, tika pertama kriteria carian akan ditemui berulang kali. Kelakuan ini berlaku kerana mengklik butang perintah akan mengalih keluar fokus daripada medan yang mengandungi nilai yang sepadan. Tindakan FindRecord kemudiannya akan mula mencari dari permulaan rekod. Untuk mengelakkan masalah ini, jalankan makro dengan menggunakan teknik yang tidak mengubah fokus, seperti butang bar alat tersuai atau gabungan kekunci yang ditakrif dalam makro AutoKeys atau setkan fokus dalam makro untuk medan yang mengandungi kriteria carian sebelum anda menjalankan tindakan FindRecord.

Nota Keselamatan : Elakkan penggunaan kenyataan SendKeys atau makro AutoKeys dengan maklumat sensitif atau sulit. Pengguna berniat jahat boleh memintas ketukan kekunci dan menjejaskan keselamatan komputer dan data anda.

Kelakuan yang sama juga berlaku jika anda menggunakan butang perintah untuk menjalankan makro yang mengandungi tindakan FindNext.

Untuk menjalankan tindakan FindRecord dalam modul Visual Basic for Applications (VBA), gunakan kaedah FindRecord bagi objek DoCmd.

Untuk carian yang lebih kompleks, anda mungkin ingin menggunakan tindakan makro SearchForRecord.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×