Terma lesen perisian Microsoft untuk Microsoft OneNote

Terima kasih kerana memilih Microsoft OneNote. Perjanjian ini ialah perjanjian lesen antara anda dan Microsoft Corporation (atau, berdasarkan pada tempat tinggal anda, salah satu syarikat sekutunya) yang menerangkan hak anda untuk menggunakan perisian OneNote. Untuk kemudahan anda, kami telah mengatur perjanjian ini kepada dua bahagian: dua halaman pertama ialah terma pengenalan. Perjanjian ini disusun menurut format soalan dan jawapan dan mengutarakan soalan lesen yang umum, Terma Tambahan dan Waranti Terhad diikuti dengan butiran yang lebih terperinci. Kami juga memasukkan pautan terma yang dirujuk dalam perjanjian ini. Anda seharusnya menyemak seluruh perjanjian kerana semua terma adalah penting dan bersama-sama mencipta kontrak ini yang berkenaan dengan anda. Anda juga seharusnya menyemak terma yang berkaitan apabila perisian dijalankan. JIKA ANDA TINGGAL DI AMERIKA SYARIKAT, MAKA TERMA TAMBAHAN AKAN MENGANDUNGI FASAL TIMBANG TARA YANG TERIKAT DAN PENEPIAN TINDAKAN KELAS.TERMA TERSEBUT AKAN MEMPENGARUHI HAK ANDA TENTANG CARA MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DENGAN MICROSOFT. SILA BACA KESEMUANYA.

APABILA ANDA MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN, MAKA ANDA BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA INI DAN MEMBENARKAN PEMINDAHAN MAKLUMAT TERTENTU PADA PENGGUNAAN KALI PERTAMA, KEMAS KINI DAN UNTUK CIRI BERDASARKAN INTERNET PADA PERISIAN INI. DENGAN MENGGUNAKAN CIRI YANG DIPANTAU OLEH TERMA DI PAUTAN DALAM PERJANJIAN INI, ANDA BERSETUJU KEPADA TERMA DI PAUTAN TERSEBUT DAN JANJI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA KESEMUA TERMA TERSEBUT. Jika anda tidak menerima dan mematuhi terma ini, anda tiada hak dan tak boleh menggunakan perisian atau ciri ini.

Bagaimanakah saya boleh menggunakan Perisian ini?    Kami tidak menjual perisian kami atau salinan anda - kami hanya memberikan lesen. Di bawah lesen, anda boleh memasang dan menggunakan salinan aplikasi pada sehingga lima belas (15) peranti Windows 8 (atau seperti bilangan peranti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan Gedung Windows, di http://windows.microsoft.com/ms-my/windows/store-terms-of-use) (peranti berlesen) yang bersekutu dengan akaun Microsoft yang berkaitan dengan akaun Gedung Windows anda. Hak ini akan tamat apabila anda membuang pemasangan aplikasi daripada peranti berlesen ini. Melainkan seperti penggunaan dibenarkan yang diterangkan dalam "Capaian Jauh" di bawah, lesen ini hanya untuk penggunaan perisian yang langsung melalui mekanisme input peranti yang berlesen seperti skrin sentuh. Ia tidak memberikan keizinan pemasangan perisian pada pelayan atau untuk digunakan oleh atau melalui komputer atau peranti yang disambungkan ke pelayan melalui rangkaian dalaman atau luaran. Perisian juga tidak dilesenkan untuk pengehosan komersial - jadi anda tidak boleh membuatkan perisian tersedia melalui rangkaian untuk penggunaan secara serentak oleh berbilang pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang senario dan penggambaran berbilang pengguna, lihat Terma Tambahan.

Bagaimana pula tentang menaik taraf perisian?    Jika anda memasang perisian yang dirangkumi dalam perjanjian ini sebagai naik taraf kepada perisian sedia ada anda, maka naik taraf akan menggantikan perisian asal yang anda sedang naik taraf. Anda tidak mengekalkan sebarang hak terhadap perisian asal selepas anda menaik taraf dan anda tidak boleh terus menggunakannya atau memindahkannya walau dengan apa-apa cara sekalipun. Perjanjian ini memantau hak anda untuk menggunakan perisian yang dinaik taraf dan menggantikan perjanjian bagi perisian yang dinaik taraf.

Bolehkah saya memindahkan Perisian kepada peranti atau pengguna lain?    Lesen termasuk hak untuk memasang dan menggunakan perisian pada sehingga lima belas (15) peranti berlesen (atau seperti bilangan peranti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan Gedung Windows) secara serentak. Jika anda cuba memasangkan perisian pada lebih banyak peranti, perisian akan dinyahaktif secara automatik daripada salah satu peranti tersebut, agar tidak mengaktifkan lebih daripada bilangan perisian yang maksimum secara serentak.

Adakah terdapat sebarang had pada bilangan nota saya boleh cipta, capai atau edit dengan OneNote?    Tiada sekatan yang khusus pada bilangan nota yang anda boleh cipta, capai atau edit. Walau bagaimanapun, anda mungkin terhad oleh sekatan perkakasan peranti anda atau sekatan storan pada pelayan yang menyimpan nota anda.

Adakah Perisian mengumpul maklumat peribadi saya?    Jika anda menyambung peranti anda ke Internet, beberapa ciri perisian tersebut mungkin bersambung ke Microsoft atau sistem komputer pembekal perkhidmatan untuk menghantar atau menerima maklumat. Anda mungkin tidak akan sentiasa menerima notis berasingan apabila sambungan berlaku. Jika anda memilih untuk menggunakan mana-mana ciri ini, anda bersetuju untuk menghantar atau menerima maklumat ini apabila menggunakan ciri tersebut. Banyak ciri ini boleh dimatikan atau anda boleh memilih untuk tidak menggunakannya.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda?    Microsoft menggunakan maklumat yang dikumpul melalui ciri perisian untuk menaik taraf atau membaiki perisian atau menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Dalam keadaan tertentu, kami juga berkongsinya dengan orang lain. Contohnya, kami berkongsi laporan ralat dengan vendor perkakasan dan perisian yang berkaitan agar mereka boleh menggunakan maklumat ini untuk menambah baik cara produk mereka berfungsi dengan produk Microsoft. Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan dan mendedahkan maklumat seperti yang diperihalkan dalam Kenyataan Privasi kami, di Kenyataan Privasi untuk OneNote.

Apakah perkara yang diguna pakai dengan perjanjian ini?    Perjanjian ini diguna pakai pada perisian dan juga sebarang kemas kini Microsoft, ciri tambahan dan perkhidmatan untuk perisian, melainkan terdapat terma padanya. Terma dan syarat lain akan dikenakan pada penggunaan perkhidmatan lain, antaranya termasuk Terma Penggunaan Gedung Windows.

Adakah saya tidak dibenarkan melakukan sesuatu perkara dengan Perisian ini?    Ya. Oleh sebab perisian ini berlesen, bukannya dijual, Microsoft mempunyai semua hak (seperti hak di bawah undang-undang harta intelektual) yang tidak diberikan secara nyata dalam perjanjian ini. Secara khususnya, lesen ini tidak memberi anda sebarang hak untuk dan anda tidak boleh: menggunakan atau menggambarkan ciri perisian secara berasingan, menerbit, menyalin (selain daripada mana-mana salinan sandaran yang dibenarkan), menyewa, memajak atau meminjamkan perisian; memindahkan perisian (melainkan seperti yang dibenarkan dalam perjanjian ini), mencuba untuk memintas ukuran perlindungan teknikal dalam perisian, kejuruteraan songsang, menyahkompil atau menyahhimpun perisian, melainkan jika undang-undang di tempat tinggal anda membenarkan hal sedemikian walaupun perjanjian kami tidak. Jika sedemikian, anda boleh melakukan apa-apa yang hanya dibenarkan oleh undang-undang setempat anda. Apabila menggunakan ciri berdasarkan Internet, anda tidak boleh menggunakan ciri tersebut dengan cara yang boleh mengganggu orang lain menggunakannya atau cuba untuk mendapatkan capaian pada sebarang perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian, dengan cara yang tidak dibenarkan.

TERMA TAMBAHAN

  1. HAK LESEN DAN SENARIO BERBILANG PENGGUNA

  2. Komputer.    Dalam perjanjian ini, "komputer" bermaksud sistem perkakasan (sama ada fizikal atau maya) dengan peranti storan yang mampu menjalankan perisian. Petak atau bilah perkakasan dianggap sebagai komputer.

  3. Sambungan berbilang atau sambungan terhimpun.    Anda tidak boleh menggunakan perkakasan atau perisian pada sambungan multipleks atau sambungan himpunan atau membenarkan berbilang pengguna atau berbilang komputer atau peranti mencapai atau menggunakan perisian secara tidak langsung melalui peranti berlesen.

  4. Penggunaan dalam persekitaran maya.    Jika anda menggunakan perisian penggambaran, termasuk hyper-v klien, untuk mencipta satu atau lebih komputer maya pada sistem perkakasan komputer tunggal, setiap komputer maya dan komputer fizikal, dianggap sebagai komputer berasingan untuk tujuan perjanjian ini. Jika anda ingin menggunakan perisian pada lebih daripada satu komputer maya, anda mesti memperoleh salinan perisian yang berasingan dan lesen yang berasingan untuk setiap salinan. Kandungan yang dilindungi oleh teknologi pengurusan hak digital atau teknologi penyulitan pemacu cakera volum penuh yang lain mungkin kurang selamat dalam persekitaran maya.

  5. Capaian jauh.    Peranti Windows 8 mungkin disertakan dengan Desktop Jauh dan teknologi Bantuan Jauh yang membolehkan perisian yang dipasangkan pada peranti berlesen dicapai secara jauh dari peranti lain.

    • Desktop Jauh.    Desktop Jauh atau teknologi yang serupa dilesenkan untuk penggunaan keluar dari peranti berlesen. Anda boleh mencapai perisian yang berjalan pada pc hos yang berlesen secara berasingan daripada peranti berlesen ini, menggunakan Desktop Jauh.

    • Bantuan Jauh.    Anda boleh menggunakan Bantuan Jauh atau teknologi yang serupa untuk berkongsi sesi aktif tanpa mendapatkan sebarang lesen tambahan untuk perisian. Bantuan Jauh yang membenarkan seseorang pengguna terus menyambung ke komputer pengguna lain, biasanya untuk membetulkan masalah.

  6. TIMBANG TARA YANG TERIKAT DAN PENEPIAN TINDAKAN KELAS

  7. Aplikasi.    Seksyen B ini digunakan pada mana-mana pertikaian MELAINKAN IA TIDAK TERMASUK PERTIKAIAN YANG BERKAITAN DENGAN PENGUATKUASAAN ATAU KESAHIHAN HAK HARTA INTELEKTUAL ANDA, PIHAK MICROSOFT ATAU MANA-MANA PEMBERI LESEN KAMI. Pertikaian bermaksud mana-mana pertikaian, tindakan atau kontroversi lain antara anda dan Microsoft berkaitan dengan perisian (termasuk harga) atau perjanjian ini, sama ada dalam kontrak, waranti, tort, statut, peraturan, ordinan atau mana-mana dasar undang-undang atau ekuiti yang lain. "Pertikaian" akan diberikan maksud seluas mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang.

  8. Notis Pertikaian.    Sekiranya terdapat pertikaian, anda atau Microsoft mesti memberikan Notis Pertikaian kepada orang lain, iaitu kenyataan bertulis yang menetapkan nama, alamat dan maklumat hubungan pihak yang memberikannya, fakta yang menyokong terjadinya pertikaian serta pelepasan yang diminta. Anda mesti menghantar sebarang Notis Pertikaian melalui Mel A.S. kepada Microsoft Corporation, ATTN:LCA ARBITRATION, One Microsoft Way, Redmond, WA98052-6399. Borang tersedia diNotis Pertikaian—Perisian, Produk dan Perkhidmatan Microsoft dengan Perjanjian Timbang Tara. Microsoft akan menghantar sebarang Notis Pertikaian kepada anda melalui Mel A.S ke alamat anda jika kami mempunyainya, jika tidak, ke alamat e-mel anda. Anda dan Microsoft akan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui rundingan tidak formal dalam masa 60 hari sejak tarikh Notis Pertikaian dihantar. Selepas 60 hari, anda atau Microsoft boleh memulakan timbang tara.

  9. Mahkamah Tuntutan Kecil.    Anda juga boleh membuat litigasi pada sebarang pertikaian di mahkamah tuntutan kecil di daerah tempat tinggal anda atau King County, Washington, jika pertikaian memenuhi semua keperluan untuk dibicarakan di mahkamah tuntutan kecil. Anda boleh membuat litigasi di mahkamah tuntutan kecil sama ada anda telah merunding secara tidak formal terlebih dahulu atau tidak.

  10. TIMBANG TARA TERIKAT.   JIKA ANDA DAN MICROSOFT TIDAK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTIKAIAN MELALUI RUNDINGAN TIDAK FORMAL ATAU DI MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL, MANA-MANA USAHA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN AKAN DIJALANKAN SECARA EKSKLUSIF OLEH TIMBANG TARA TERIKAT. ANDA MELEPASKAN HAK UNTUK MEMBUAT LITIGASI (ATAU MENYERTAI SEBAGAI PARTI ATAU AHLI KELAS) BAGI SEMUA PERTIKAIAN DI MAHKAMAH DI HADAPAN HAKIM ATAU JURI. Sebaliknya, semua pertikaian akan diselesaikan di hadapan penimbang tara yang neutral, keputusan mereka adalah muktamad melainkan hak rayuan yang terhad bawah Akta Timbang Tara Persekutuan. Mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa atas parti boleh menguatkuasakan award penimbang tara.

  11. PENEPIAN TINDAKAN KELAS.   SEBARANG PROSIDING UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMBUAT LITIGASI PADA MANA-MANA PERTIKAIAN DALAM MANA-MANA FORUM AKAN DIJALANKAN SEMATA-MATA PADA DASAR SECARA INDIVIDU. SAMA ADA ANDA ATAU PIHAK MICROSOFT TIDAK AKAN MEMINTA PERTIKAIAN DIBICARAKAN SEBAGAI TINDAKAN KELAS, TINDAKAN UMUM WAKIL PERSENDIRIAN ATAU DALAM MANA-MANA PROSIDING LAIN YANG MANA-MANA PARTI BERTINDAK ATAU BERCADANG UNTUK BERTINDAK MENURUT KAPASITI PERWAKILAN. TIADA TIMBANG TARA ATAU PROSIDING AKAN DIGABUNGKAN DENGAN TIMBANG TARA ATAU PROSIDING YANG LAIN TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA SEMUA PARTI KEPADA SEMUA TIMBANG TARA ATAU PROSIDING YANG BERKENAAN.

  12. Prosedur Timbang Tara, Kos, Yuran dan Insentif.    Sebarang timbang tara akan dilakukan oleh American Arbitration Association ("AAA") bawah Peraturan Timbang Tara Komersial dan dalam banyak kes, Prosedur Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan Pengguna. Untuk maklumat lanjut, lihat Laman web American Arbitration Association atau hubungi 1-800-778-7879. Dalam pertikaian yang melibatkan $75,000 atau kurang, Microsoft akan membayar balik yuran yang anda laporkan dengan segera dan membayar yuran AAA dan timbang tara. Anda dan Microsoft bersetuju kepada terma yang memantau prosedur, yuran dan insentif di Laman web Microsoft Legal and Corporate Affairs (Undang-undang dan Hal Ehwal Korporat). Untuk memulakan proses timbang tara, serahkan borang yang tersedia di Tuntutan Timbang Tara menurut American Arbitration Association untuk Perisian, Produk dan Perkhidmatan Microsoft dengan Perjanjian Timbang Tara bagi AAA. Anda bersetuju untuk memulakan timbang tara hanya di daerah tempat tinggal anda atau di King County, Washington. Microsoft bersetuju untuk memulakan timbang tara hanya di daerah tempat tinggal anda.

  13. Tuntutan atau Pertikaian Mesti Difailkan Dalam Tempoh Setahun.    Sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang tuntutan atau pertikaian bawah perjanjian ini yang berkenaan dengan Seksyen B mestilah difailkan dalam tempoh satu tahun di mahkamah tuntutan kecil (Seksyen B.3) atau dalam timbang tara (Seksyen B.4). Tempoh satu tahun bermula apabila tuntutan atau Notis Pertikaian pertama boleh difailkan. Jika tuntutan atau pertikaian tidak difailkan dalam tempoh satu tahun, maka tuntutan atau pertikaian tersebut akan dilarang secara kekal.

  14. Kebolehasingan.    Jika penepian tindakan kelas dalam Seksyen B.5 didapati tidak sah dari segi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa pada semua atau sebahagian pertikaian, maka Seksyen B (timbang tara) tidak akan digunakan pada bahagian tersebut. Sebaliknya, bahagian itu akan diasingkan dan dijalankan di mahkamah undang-undang, dengan bahagian yang selebihnya dijalankan dalam timbang tara. Jika mana-mana peruntukan Seksyen B yang lain didapati tidak sah dari segi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, peruntukan tersebut akan diasingkan daripada bahagian Seksyen B yang selebihnya masih berfungsi dan berkesan secara sepenuhnya.

  15. PILIHAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang negeri atau negara yang anda tinggal akan memantau semua tuntutan dan pertikaian bawah perjanjian ini, termasuk perlanggaran tuntutan kenalan dan tuntutan bawah undang-undang perlindungan pengguna negeri, undang-undang persaingan tak saksama, undang-undang waranti tersirat, untuk pengkayaan tak patut dan dalam tort. Sekiranya anda memperoleh perisian ini di mana-mana negara lain, undang-undang negara tersebut digunakan. Persetujuan ini menerangkan hak undang-undang tertentu. Anda mungkin mempunyai hak lain, termasuk hak pengguna, di bawah undang-undang negeri atau negara anda. Anda mungkin juga mempunyai hak sejajar dengan pihak yang anda dapatkan perisian daripadanya. Perjanjian ini tidak mengubah hak tersebut jika undang-undang negeri atau negara anda tidak membenarkannya berbuat demikian.

  1. PENGGUNAAN PERTAMA DAN KEMAS KINI

  2. Penggunaan Pertama.    Anda boleh memperoleh perisian hanya dari Gedung Windows. Selepas anda memasang perisian, anda boleh melawati "Opsyen Pelesenan" di bawah "Seting" dalam perisian untuk melihat butiran mengenai lesen.

  3. Kemas Kini.    Anda hanya boleh mendapatkan kemas kini atau naik taraf untuk perisian dari Gedung Windows Microsoft. Untuk maklumat lanjut, lihat Terma penggunaan Gedung Windows.

  4. CIRI BERDASARKAN INTERNET; PRIVASI

Ciri perisian berikut menggunakan protokol Internet yang dihantar kepada maklumat komputer Microsoft (atau pembekal atau pembekal perkhidmatan), seperti alamat protokol Internet anda, jenis sistem pengendalian, pelayar serta nama dan versi perisian yang anda gunakan dan kod bahasa pada komputer yang anda pasangkan perisian. Microsoft menggunakan maklumat ini untuk membuatkan ciri yang berdasarkan Internet tersedia untuk anda, sejajar dengan Kenyataan Privasi kami, di Kenyataan Privasi untuk OneNote. Beberapa ciri berdasarkan Internet akan dihantar kemudian melalui perkhidmatan Windows Update daripada Microsoft.

  1. Kebenaran bagi Perkhidmatan Berdasarkan Internet.    Ciri perisian yang diperihalkan di bawah dan dalam Kenyataan Privasi kami menyambung ke Microsoft atau sistem komputer pembekal perkhidmatan melalui Internet. Dalam sesetengah kes, anda tidak akan menerima notis berasingan apabila ia dihubungkan. Dalam sesetengah kes, anda boleh mematikan ciri ini atau tidak menggunakannya. Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, lihat Kenyataan Privasi kami di Kenyataan Privasi untuk OneNote. PENGGUNAAN CIRI INI BERMAKSUD ANDA MEMBENARKAN PENGHANTARAN MAKLUMAT INI. Microsoft tidak menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti atau menghubungi anda.

  2. Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP).    Perisian ini menggunakan CEIP. CEIP menghantar maklumat mengenai perkakasan anda dan cara anda menggunakan perisian ini secara automatik kepada Microsoft. Kami tidak menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti atau menghubungi anda. CEIP juga akan memuat turun fail kecil ke komputer anda secara berkala. Fail ini membantu kami mengumpul maklumat tentang masalah yang anda hadapi apabila menggunakan perisian tersebut. Apabila tersedia, maklumat bantuan baru tentang ralat tersebut juga akan dimuat turun secara automatik. Untuk mengetahui selanjutnya tentang CEIP, lihat Kenyataan Privasi untuk Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan Microsoft.

  3. Ciri dan Kandungan Dalam Talian.    Ciri dalam perisian boleh mengambil kandungan berkaitan daripada Microsoft dan menyediakannya kepada anda. Contoh ciri ini ialah lukisan klip, templat, latihan dalam talian, bantuan dalam talian dan bantuan. Maklumat ini digunakan untuk memberikan anda kandungan yang anda minta dan untuk menambah baik perkhidmatan kami. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri dan kandungan dalam talian ini. Lihat Kenyataan Privasi kami yang dipautkan di hujung perjanjian ini untuk maklumat lanjut.

  4. Kuki.    Jika anda memilih untuk menggunakan ciri dalam talian pada perisian seperti bantuan dalam talian, bantuan dan templat, kuki mungkin disetkan. Untuk mengetahui cara menyekat, mengawal dan memadamkan kuki, sila baca seksyen kuki Kenyataan Privasi OneNote yang dipautkan di penghujung perjanjian ini.

  5. OneNote pada Windows 8.    Jika anda menjalankan perisian pada peranti Windows 8 dan anda telah mendayakan ciri dan kandungan dalam talian perisian, tindakan mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft secara automatiknya akan mendaftar masuk anda ke dalam perisian menggunakan akaun Microsoft yang sama. Hal ini membolehkan anda menyimpan dan mencapai fail dalam OneDrive tanpa diminta untuk memasukkan semula nama pengguna dan kata laluan akaun Microsoft anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Kenyataan Privasi kami yang dipautkan di hujung perjanjian ini.

  6. Penyalahgunaan Perkhidmatan Berdasarkan Internet.    Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang akan mengancamnya atau mengurangkan penggunaan orang lain padanya. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk memperoleh capaian tanpa keizinan pada sebarang perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian atas sebarang cara.

  • KEPERLUAN PELESENAN DAN/ATAU HAK PENGGUNAAN TAMBAHAN

    1. Program Pihak Ketiga.    Perisian mungkin termasuk program pihak ketiga yang dilesenkan kepada anda bawah perjanjian ini oleh pihak Microsoft, bukannya pihak ketiga. Notis, jika ada, untuk program pihak ketiga yang disertakan untuk maklumat anda sahaja.

    2. Komponen fon.    Apabila perisian sedang berjalan, anda boleh menggunakan fonnya untuk memaparkan kandungan. Anda boleh membenamkan fon dalam kandungan hanya setakat dibenarkan oleh sekatan pembenaman dalam fon.

    3. Unsur Media.    Microsoft memberikan anda lesen untuk menyalin, mengagih, melaksanakan dan memaparkan unsur media (imej, lukisan klip, animasi, bunyi, muzik, klip video, templat dan bentuk kandungan yang lain) yang disertakan bersama perisian dalam projek dan dokumen, melainkan bahawa anda tidak boleh: (i) menjual, melesenkan atau mengagihkan salinan sebarang unsur media secara sendiri atau sebagai produk jika nilai utama produk ialah unsur media; (ii) memberikan hak kepada pelanggan anda untuk melesenkan atau mengagihkan unsur media secara selanjutnya; (iii) melesenkan atau mengagihkan unsur media untuk tujuan komersial yang termasuk perwakilan individu yang boleh dikenal pasti, pihak kerajaan, logo, cap dagang atau lambang atau menggunakan jenis imej ini dengan cara yang tidak dapat menunjukkan sokongan atau perkaitan dengan produk, entiti atau aktiviti anda; atau (iv) mencipta karya yang lucah atau melampau menggunakan unsur media tersebut. Unsur media lain yang boleh dicapai di Office.com atau laman web lain melalui ciri perisian tersebut, akan dipantau oleh terma pada laman web tersebut.

  • SEKATAN GEOGRAFI DAN EKSPORT

Jika rantau geografi ditunjukkan untuk perisian anda, maka anda boleh menggunakan perisian di rantau tersebut sahaja. Anda juga mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang dikenakan pada perisian, antaranya termasuk sekatan pada destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk maklumat lanjut mengenai sekatan geografi dan eksport, lawati Laman web Cara mengetahui dan Laman web Microsoft Exporting.

  1. SOKONGAN DAN PROSEDUR BAYAR BALIK

Microsoft menyediakan perkhidmatan sokongan yang terhad bagi perisian yang dilesenkan dengan betul seperti yang diterangkan di Sokongan Microsoft.

  1. SELURUH PERJANJIAN

Persetujuan ini (bersama-sama dengan terma yang mengiringi mana-mana tambahan perisian, kemas kini dan perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft dan mana-mana bahan yang anda gunakan), dan terma yang terkandung dalam pautan web yang disenaraikan dalam perjanjian ini, merupakan seluruh perjanjian untuk perisian dan sebarang tambahan, kemas kini dan perkhidmatan sedemikian (melainkan Microsoft menyediakan terma lain bagi tambahan, kemas kini atau perkhidmatan sedemikian). Anda boleh menyemak semula perjanjian ini selepas perisian anda berjalan dengan menuju ke "Opsyen Pelesenan" di bawah "Seting" dalam perisian. Anda juga boleh menyemak terma di mana-mana pautan dalam perjanjian ini selepas perisian anda berjalan dan anda bersetuju untuk berbuat demikian. Anda bersetuju bahawa bagi setiap perkhidmatan atau aplikasi disertakan yang dipantau oleh perjanjian ini dan juga terma khusus yang dipautkan dalam perjanjian ini, anda akan membaca terma perkhidmatan tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan itu. Anda memahami bahawa penggunaan perkhidmatan tersebut bermaksud anda mengesahkan perjanjian ini dan terma yang terpaut padanya. Pautan tersebut ialah:

TIADA WARANTI

Perisian ini diberikan lesen “seadanya.” Anda menanggung risiko penggunaannya. Microsoft tidak menanggung waranti, jaminan atau syarat. Anda menanggung segala risiko terhadap kualiti dan prestasi perisian tersebut. Jika terbuktinya terdapat kerosakan pada perisian tersebut, anda akan menanggung segala kos untuk menjalankan servis atau pembaikan. Anda mungkin mempunyai hak pengguna tambahan di bawah undang-undang setempat anda yang tidak boleh diubah oleh perjanjian ini. Sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang setempat anda, Microsoft mengecualikan semua waranti, termasuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan ketidaklanggaran yang tersirat.

HAD PADA DAN PENGECUALIAN REMEDI DAN GANTI RUGI. Jika anda mempunyai mana-mana dasar untuk menuntut ganti rugi daripada pihak Microsoft atau pembekalnya, anda hanya boleh menebus ganti rugi langsung setakat $5.00 A.S. Anda tidak boleh menebus sebarang ganti rugi lain, termasuk ganti rugi untuk kepentingan diri, ganti rugi untuk kerugian, ganti rugi istimewa, ganti rugi tidak langsung atau sampingan.

Had ini digunakan pada

  • mana-mana perkara yang berkaitan dengan perisian, perkhidmatan, kandungan (termasuk kod) pada laman Internet pihak ketiga atau program pihak ketiga; dan

  • tuntutan untuk pelanggaran kontrak, waranti, jaminan atau syarat; liabiliti ketat, kecuaian, salah nyata, peninggalan, pencerobohan atau tort lain; pelanggaran statut atau peraturan; atau pengkayaan tak patut; kesemuanya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan.

Had tersebut tetap dikenakan walaupun jika Microsoft mengetahui atau sepatutnya mengetahui kemungkinan ganti rugi tersebut. Pengehadan atau pengecualian di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda kerana negara anda mungkin tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan ganti rugi sampingan, kepentingan diri atau lain-lain.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×