Tambahan privasi untuk Microsoft Lync 2013 for iPad

Kemas kini terakhir: Disember 2013

Kandungan

Tambahan privasi untuk Microsoft Lync 2013 for iPad

Perwakilan panggilan (Pemajuan Panggilan/Panggilan Serentak)

Pengelogan Pihak Klien

Kad Kenalan

Sejarah Perbualan

Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP)

Perkongsian Desktop dan Aplikasi

Perkhidmatan Kecemasan

Perkongsian Lokasi

Gambar Peribadi

Kerjasama PowerPoint

Maklumat Kehadiran dan Kenalan

Mod Privasi

Menghantarkan Sebagai E-mel

Menghantarkan Log

Pelaporan Ralat Daftar Masuk

Stor Kenalan Disatukan

Peningkatan Kualiti Suara

Tambahan privasi untuk Microsoft Lync 2013 for iPad

Ini adalah tambahan untuk Kenyataan Privasi untuk Produk Microsoft Lync 2013. Untuk memahami pengumpulan data dan amalan penggunaan yang relevan untuk produk atau perkhidmatan Microsoft Lync yang tertentu, anda perlu membaca kedua-dua kenyataan Privasi untuk produk Microsoft Lync dan tambahan ini.

Tambahan privasi ini menunjukkan penggunaan berkesan dan penggunaan Microsoft Lync 2013 for iPad pada peranti mudah alih syarikat anda. Jika anda menggunakan perisian komunikasi Microsoft Lync Server sebagai perkhidmatan (dengan kata lain, jika pihak ketiga [contohnya, Microsoft] mengehoskan pelayan di tempat perisian berjalan), maklumat akan dihantarkan kepada pihak ketiga tersebut. Untuk mengetahui lanjut tentang penggunaan data anda yang disampaikan kepada pihak ketiga, sila rujuk pentadbir perusahaan anda atau pembekal perkhidmatan anda.

Halaman Atas

Perwakilan panggilan (Pemajuan Panggilan/Panggilan Serentak)

Fungsi Ciri Ini: Perwakilan Panggilan membenarkan pengguna menugaskan seorang atau lebih wakil yang boleh membuat atau menerima panggilan dan menyediakan serta menyertai Mesyuarat Lync bagi pihak anda. Pengguna boleh juga memilih untuk memajukan panggilan secara automatik ke mel suara, nombor lain atau wakil atau memanggil kedua-dua nombor utama dan nombor alternatif serentak seperti peranti mudah alih, wakil atau kumpulan panggilan.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Apabila menugaskan wakil, maklumat kenalan wakil mesti dibekalkan oleh pengguna semasa proses konfigurasi. Pengguna yang dijadikan wakil akan menerima pemberitahuan yang memaklumkan mereka bahawa seseorang dalam organisasi mereka telah menugaskan mereka sebagai wakil. Apabila wakil menjawab panggilan bagi pihak individu yang menugaskan mereka sebagai wakil, individu tersebut akan menerima pemberitahuan e-mel memaklumkan mereka mengenai peristiwa ini. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Lync menggunakan maklumat kenalan wakil untuk membenarkan mereka membuat atau menerima panggilan dan menjadualkan atau menyertai mesyuarat bagi pihak individu yang menjadikan mereka wakil.

Pilihan/Kawalan: Secara lalai, perwakilan Panggilan dimatikan. Mendayakan atau menyahdayakannya seperti berikut:

  1. Dalam Lync for iPad, pada tab Maklumat Saya, ketik Pemajuan Panggilan.

  2. Ketikkan seting pemajuan panggilan semasa anda dan daripada senarai opsyen yang muncul, pilih Wakil.

Nota:  Wakil tidak boleh dikonfigurasikan daripada peranti mudah alih. Mereka mesti dikonfigurasikan daripada klien desktop Lync.

Halaman Atas

Pengelogan Pihak Klien

Fungsi Ciri Ini: Pengelogan pihak Klien membolehkan anda mengelog ke maklumat penggunaan Lync for iPad anda. Maklumat itu boleh digunakan untuk menyelesaikan sebarang isu yang anda alami dengan Lync for iPad.

Maklumat yang Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Apabila pengelogan pihak klien didayakan, maklumat seperti ID peranti anda, alias dan domain pengguna, data kehadiran, butiran mesej, sejarah daftar masuk, senarai Kenalan dan data konfigurasi klien disimpan secara setempat di peranti anda. Kandungan perbualan Lync anda tidak disimpan. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang terkumpul dalam log pihak klien boleh digunakan oleh sokongan pelanggan syarikat anda atau boleh dihantar kepada Microsoft untuk menyelesaikan isu (lihat seksyen Menghantarkan Log).

Pilihan/Kawalan: Secara lalai, pengelogan pihak klien dimatikan dan boleh didayakan atau dinyahdayakan seperti berikut:

  1. Dalam Lync for iPad, pada tab Maklumat Saya, ketik Opsyen.

  2. Pilih Mengelog daripada senarai opsyen.

  3. Pada halaman opsyen Mengelog, gelongsorkan togol Mengelog kepada Hidupkan.

Halaman Atas

Kad Kenalan

Fungsi Ciri Ini: Kad kenalan memaparkan maklumat kenalan, kehadiran dan lokasi mengenai anda dan individu dalam syarikat anda. Kad kenalan juga menyediakan satu langkah untuk berkomunikasi menggunakan pemesejan segera, e-mel atau telefon.

Maklumat yang Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Maklumat kad kenalan dikumpul dari beberapa lokasi. Maklumat statik seperti nama, bangunan dan nombor pejabat anda dikumpul dari direktori korporat syarikat (seperti Active Directory Domain Services). Maklumat dinamik seperti maklumat lapang/sibuk kalendar diambil daripada Microsoft Exchange Server dan maklumat lokasi diambil dengan beberapa cara (lihat seksyen Lokasi). Nombor telefon boleh diambil daripada direktori korporat atau dimasukkan secara manual oleh pengguna. Maklumat kehadiran diuruskan oleh Lync menggunakan kalendar Outlook (jika didayakan oleh pengguna) atau dimasukkan secara manual oleh pengguna. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat kad kenalan dikongsi dengan individu dalam organisasi anda oleh Lync Server.

Pilihan/Kawalan: Kenalan diuruskan dari klien desktop Lync.

Halaman Atas

Sejarah Perbualan

Fungsi Ciri Ini: Sejarah Perbualan menyimpan perbualan mesej segera anda dalam storan yang selamat di peranti anda.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Sejarah Perbualan menyimpan kandungan perbualan mesej segera anda dan statistik mengenai perbualan suara seperti tarikh, masa, tempoh dan butiran pemanggil secara setempat di peranti anda. Sejarah perbualan mesej segera yang dicipta oleh Lync for iPad tidak disimpan dalam folder Sejarah Perbualan Outlook anda. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Lync memaparkan maklumat ini pada tab Sembang dalam antara muka pengguna utama yang membolehkan pengguna melihat dan meneruskan perbualan mereka yang lepas.

Pilihan/Kawalan: Sejarah Perbualan didayakan dan dinyahdayakan oleh pentadbir syarikat anda. Sejarah Perbualan boleh dipadamkan seperti berikut:

  1. Dari tab Sembang, ketik Edit.

  2. Pilih perbualan yang anda ingin padamkan, ketik Padam.

Halaman Atas

Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP)

Fungsi Ciri Ini: Jika anda memilih untuk menyertai, Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP) akan mengumpulkan maklumat asas mengenai cara anda menggunakan program anda, komputer atau peranti anda dan peranti yang disambungkan. Kami juga mengumpulkan maklumat mengenai cara setiapnya disediakan dan prestasinya. Laporan akan dihantar kepada Microsoft untuk membantu meningkatkan ciri yang paling kerap digunakan oleh pelanggan kami dan untuk mencipta penyelesaian bagi masalah ketara. CEIP juga mengumpulkan jenis dan bilangan ralat yang anda hadapi, prestasi perisian dan perkakasan serta kelajuan perkhidmatan. Microsoft tidak mengumpulkan nama, alamat atau maklumat kenalan anda yang lain.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Maklumat CEIP dihantar secara automatik kepada Microsoft apabila ciri tersebut dihidupkan. Untuk maklumat lanjut mengenai Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar oleh CEIP, lihat Kenyataan Privasi untuk Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Microsoft menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan dan prestasi perisian dan perkhidmatan Microsoft.

Pilihan/Kawalan: CEIP dimatikan secara lalai. Pentadbir perusahaan boleh mendayakan atau menyahdayakan CEIP untuk organisasi mereka. Jika pentadbir perusahaan masih belum mengkonfigurasikan CEIP untuk organisasi, pengguna akan diberikan peluang untuk mendaftar diri semasa proses pemasangan awal. Jika pentadbir perusahaan masih belum menyahdayakan kawalan CEIP, pengguna boleh mengubah pilihan CEIP mereka pada bila-bila masa menggunakan langkah-langkah berikut:

  1. Dalam Lync for iPad, pada tab Maklumat Saya, ketik Opsyen.

  2. Pada halaman Opsyen, Pilih Membantu kami menambah baik Lync.

  3. Pada halaman Membantu kami menambah baik Lync , gelongsorkan togol bagi Hidupkan atau Matikan.

Nota: Jika pentadbir mengubah seting untuk mendayakan atau menyahdayakan CEIP apabila pengguna telah menggunakan Lync, seting baru akan berkesan hanya selepas pengguna tersebut keluar dari Lync dan daftar masuk sekali lagi.

Halaman Atas

Perkongsian Desktop dan Aplikasi

Fungsi Ciri Ini: Perkongsian Desktop dan Aplikasi membenarkan pengguna bekerjasama melalui sembang video sambil berkongsi desktop atau aplikasi pilihan mereka dengan semua orang dalam mesyuarat. Ini membolehkan mereka berkongsi dan mengedit fail seolah-olah mereka berada di dalam bilik yang sama dengan rakan sekerja mereka. Pengguna juga boleh menyampaikan persembahan Microsoft PowerPoint (lihat seksyen Kerjasama PowerPoint) dan bekerjasama dengan orang lain pada papan putih maya yang merupakan halaman kosong untuk nota dan lukisan yang boleh digunakan bersama oleh semua orang dalam mesyuarat. Apabila pengguna pada mulanya berkongsi desktop atau aplikasi mereka, merekalah satu-satu yang mempunyai kawalan. Jika pengguna inginkan, mereka boleh membenarkan pengguna lain mengawal desktop atau aplikasi dikongsi mereka, menavigasi dan membuat perubahan dengan tetikus dan papan kekunci mereka sendiri.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Jika perkongsian dimulakan oleh peserta mesyuarat yang lain, pengguna iPad boleh melihat desktop atau aplikasi dikongsi pada skrin mereka. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang dikongsi digunakan oleh peserta mesyuarat untuk bekerjasama melalui video.

Pilihan/Kawalan: Pengguna Lync for iPad hanya boleh melihat desktop atau aplikasi yang dikongsi oleh peserta mesyuarat lain. Mereka tidak boleh mengawal atau berinteraksi dengan desktop atau aplikasi dikongsi mahupun berkongsi desktop atau aplikasi iPad yang berjalan pada iPad dengan peserta mesyuarat lain.

Halaman Atas

Perkhidmatan Kecemasan

Penting:  Kami mengesyorkan anda agar TIDAK menggunakan Lync for iPad untuk menghubungi pembekal perkhidmatan kecemasan seperti 911 di Amerika Syarikat. Lync for iPad TIDAK mempunyai keupayaan untuk menentukan lokasi fizikal sebenar anda. Oleh itu, jika anda menggunakan Lync for iPad untuk menghubungi pembekal perkhidmatan kecemasan, pembekal tidak akan dapat menentukan lokasi anda. Untuk menghubungi pembekal perkhidmatan kecemasan dari peranti anda, tutup Lync for iPad dan gunakan pad dailan peranti anda.

Halaman Atas

Perkongsian Lokasi

Fungsi Ciri Ini: Perkongsian Lokasi berkongsi zon masa anda dengan individu lain menggunakan kefungsian kehadiran kad kenalan apabila Mod Privasi didayakan (lihat seksyen Mod Privasi).

Penting: Lokasi fizikal sebenar anda tidak dapat ditentukan oleh Lync for iPad. JANGAN gunakan Lync for iPad untuk mendail pembekal perkhidmatan kecemasan seperti 911. Gunakan pad dailan peranti anda.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Zon masa diambil daripada sistem pengendalian peranti mudah alih anda dan dikongsi dengan kenalan Lync anda. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Perkongsian lokasi memaparkan lokasi anda kepada kenalan dan individu dalam organisasi anda dalam kad kenalan. Ambil perhatian bahawa tiada maklumat lain—seperti lokasi geografi anda, alamat yang diformatkan atau alamat sivik—dikongsi menerusi kehadiran.

Pilihan/Kawalan: Perkongsian lokasi didayakan dan dinyahdayakan oleh pentadbir syarikat anda dan boleh diuruskan dari klien desktop Lync.

Halaman Atas

Gambar Peribadi

Fungsi Ciri Ini: Gambar peribadi memaparkan gambar anda kepada kenalan dan individu dalam organisasi dalam kad kenalan.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Gambar peribadi anda boleh dimuat naik oleh pentadbir organisasi atau anda sendiri (jika didayakan) dan disimpan dalam direktori organisasi anda (seperti Active Directory Domain Services). Ia diambil oleh Lync untuk dikongsi dengan kenalan anda dan pengguna lain dalam organisasi anda. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Gambar peribadi digunakan untuk menyesuaikan pengalaman anda dan dikongsi dengan individu lain.

Pilihan/Kawalan: Seting gambar peribadi diuruskan daripada klien desktop Lync.

Halaman Atas

Kerjasama PowerPoint

Fungsi Ciri Ini: Kerjasama PowerPoint membenarkan pengguna menunjukkan, melihat dan mencatat persembahan PowerPoint semasa perbualan atau mesyuarat dalam talian.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Jika persembahan PowerPoint dikongsi oleh peserta mesyuarat lain, pengguna Lync for iPad boleh melihat persembahan pada peranti mereka. Mereka tidak akan dapat mengawal atau berinteraksi dengan persembahan. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang dikongsi digunakan oleh peserta mesyuarat untuk bekerjasama melalui video.

Pilihan/Kawalan: Pengguna iPad hanya boleh melihat persembahan PowerPoint yang dikongsi oleh peserta mesyuarat lain. Mereka tidak boleh memuat naik, mencatat atau berkongsi persembahan PowerPoint dari peranti mereka.

Halaman Atas

Maklumat Kehadiran dan Kenalan

Fungsi Ciri Ini: Maklumat kehadiran dan kenalan membenarkan pengguna melihat maklumat kehadiran dan kenalan ahli lain organisasi mereka serta kenalan peribadi mereka (di dalam dan luar organisasi). Pentadbir anda juga boleh mengkonfigurasikan penyepaduan dengan Outlook dan Exchange Server supaya mesej tiada di pejabat dan maklumat status lain dipaparkan (contohnya, apabila anda mempunyai mesyuarat yang dijadualkan dalam kalendar Outlook anda).

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Anda menggunakan alamat daftar masuk dan kata laluan untuk bersambung ke Lync Server. Anda dan pentadbir anda boleh menerbitkan maklumat tentang status kehadiran dan maklumat kenalan yang berkaitan dengan daftar masuk anda. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Pengguna dan program Lync yang lain boleh mencapai maklumat kehadiran dan kenalan bagi menentukan status dan maklumat yang diterbitkan agar dapat berkomunikasi dengan anda secara lebih baik.

Pilihan/Kawalan: Seting Maklumat Kehadiran dan Kenalan diuruskan daripada klien desktop Lync.

Halaman Atas

Mod Privasi

Fungsi Ciri Ini: Mod Privasi adalah seting yang membenarkan pengguna mengawal maklumat kehadiran mereka (seperti Ada, Sibuk, Jangan Ganggu dan banyak lagi) yang akan dikongsi oleh mereka dengan kenalan dalam senarai Kenalan mereka.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Mendayakan Mod Privasi menyebabkan Lync memasuki mod di mana pengguna boleh melaraskan seting pengguna supaya maklumat kehadiran mereka dikongsi hanya dengan kenalan dalam senarai Kenalan anda. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Seting tersebut membenarkan pengguna menentukan cara data kehadiran mereka dikongsi.

Pilihan/Kawalan: Secara lalai, Mod Privasi dimatikan, ia boleh didayakan dan dinyahdayakan oleh pentadbir syarikat anda dan diuruskan daripada klien desktop Lync.

Halaman Atas

Menghantarkan Sebagai E-mel

Fungsi Ciri Ini: Hantarkan Sebagai E-mel membenarkan pengguna menghantarkan sejarah perbualan Lync for iPad mereka sebagai satu lampiran ke alamat e-mel yang ditetapkan pengguna.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: 50 perbualan masuk dan keluar terkini disimpan secara setempat di peranti dalam storan berasingan bagi tempoh yang tidak pasti melainkan: 1) pengguna memadamkan perbualan, 2) pengguna membuang pemasangan aplikasi atau 3) pengguna baru mendaftar masuk pada peranti yang sama. Sejarah mesej segera yang dihantar menggunakan ciri Hantarkan sebagai E-mel disampaikan dalam bentuk mesej e-mel ke alamat e-mel yang ditetapkan pengguna. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Pengguna boleh menghantar sejarah perbualan mereka sebagai satu lampiran e-mel ke alamat e-mel yang ditetapkan, menjadikan perbualan tersedia di luar peranti bagi tujuan seperti pengarkiban atau perkongsian.

Pilihan/Kawalan: Untuk menggunakan Hantarkan Sebagai E-mel, pengguna mesti mempunyai e-mel didayakan pada peranti mereka. Untuk maklumat tentang cara mendayakan dan mengkonfigurasi e-mel, lihat panduan pengguna peranti.

Sejarah perbualan mesej segera dihantar seperti berikut.

  1. Dari Tetingkap Sembang, ketik butang Tindakan dalam bar navigasi.

  2. Pilih Hantarkan sebagai E-mel daripada menu.

  3. Masukkan alamat e-mel destinasi untuk menghantar sejarah kepada sesiapa sahaja selain daripada anda sendiri

  4. Ketik Hantar.

Halaman Atas

Menghantarkan Log

Fungsi Ciri Ini: Hantarkan Log membenarkan pengguna menghantar log pihak klien kepada Microsoft bagi membantu menyiasat sebarang isu audio atau kesambungan yang mungkin dihadapi (lihat seksyen Pengelogan pihak Klien).

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Jika pengelogan pihak klien didayakan, hanya maklumat yang dikumpul oleh pengelogan pihak klien akan dihantar. Log pihak klien tidak dihantar secara automatik dari peranti anda. Sebaliknya, log dihantar hanya apabila pengelogan didayakan pada peranti anda (lihat seksyen Pengelogan pihak Klien).

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang dikumpul daripada peranti anda digunakan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi serta untuk memperbaiki Lync.

Pilihan/Kawalan: Untuk menggunakan Hantarkan Log, pengguna mesti mempunyai e-mel didayakan pada peranti mereka. Untuk maklumat tentang cara mendayakan dan mengkonfigurasi e-mel, lihat panduan pengguna peranti.

Log pihak klien boleh dihantar seperti berikut:

  1. Dalam Lync for iPad, pada tab Maklumat Saya, ketik Opsyen.

  2. Pilih Mengelog daripada senarai opsyen.

  3. Pada halaman opsyen Mengelog, ketik Hantar Fail Log.

  4. Dalam borang e-mel yang membuka dengan lampiran log, taipkan destinasi alamat e-mel, kemudian ketik Hantar.

Halaman Atas

Pelaporan Ralat Daftar Masuk

Fungsi Ciri Ini: Ciri Pelaporan Ralat Daftar Masuk menjana laporan ralat secara automatik apabila pengguna gagal mendaftar masuk ke Lync. Pengguna kemudiannya akan diberikan opsyen untuk menghantar laporan ralat kepada Microsoft.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Maklumat yang dikumpul dalam laporan ralat mengandungi maklumat seperti kualiti sambungan Internet pengguna dan sebarang kod ralat atau data pengecualian yang dijana akibat percubaan daftar masuk yang gagal. Laporan boleh juga mengandungi maklumat kenal pasti secara peribadi seperti alamat IP pengguna dan Pengecam Sumber Sejagat Protokol Permulaan Sesi (SIP URI). Maklumat ini mungkin dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Data yang terkandung dalam Laporan Ralat Daftar Masuk digunakan oleh Microsoft untuk membantu menyelesaikan isu daftar masuk. Ia juga akan digunakan oleh Microsoft untuk mengenal pasti isu daftar masuk biasa dan arah aliran untuk memperbaiki pengalaman daftar masuk Lync.

Pilihan/Kawalan: Secara lalai, ciri ini dimatikan dan boleh diuruskan oleh pentadbir syarikat. Pentadbir boleh memilih untuk sentiasa menghantar atau jangan hantar laporan ralat daftar masuk kepada Microsoft atau membenarkan pengguna membuat keputusan.

Pengguna boleh mengubah keutamaan mereka seperti berikut:

  1. Dalam Lync for iPad, pada tab Maklumat Saya, ketik Opsyen.

  2. Pilih Mengelog daripada senarai opsyen

  3. Pada halaman opsyen Mengelog, ketik “Muat naik Ralat Daftar Masuk

  4. Pilih seting yang anda inginkan─ “Sentiasa”, “Jangan”, “Tanya Saya.”

Halaman Atas

Stor Kenalan Disatukan

Fungsi Ciri Ini: Stor Kenalan Disatukan terdiri daripada tiga ciri utama; dua ciri berikut tersedia dalam Lync for iPad:

  • Cantum Carian – Cantum Carian mencantumkan Senarai Alamat Sejagat (GAL) anda dengan kenalan Lync anda agar apabila anda mencari kenalan, hanya satu entri akan muncul dalam hasil carian.

  • Cantum Kenalan – Cantum Kenalan mengagregat maklumat kenalan antara GAL, Lync Server dan senarai Kenalan iPad anda dengan pengecam e-mel, pengecam daftar masuk yang sepadan atau kedua-duanya. Selepas padanan ditentukan, Lync for iPad mengagregat data daripada sumber ini dan memaparkan data teragregat dalam berbagai komponen UI, termasuk hasil carian, senarai Kenalan anda dan kad kenalan.

Maklumat Dikumpul, Diproses, atau Dihantar: Lync for iPad mengagregat maklumat kenalan daripada Outlook, Active Directory Domain Services, kehadiran dan iPad. Maklumat ini digunakan secara dalaman oleh Lync for iPad.

Penggunaan Maklumat: Maklumat kenalan daripada Outlook, Active Directory Domain Services, kehadiran dan iPad ditunjukkan dalam UI Lync for iPad.

Pilihan/Kawalan: Seting Stor Kenalan Disatukan diuruskan daripada klien desktop Lync.

Halaman Atas

Peningkatan Kualiti Suara

Fungsi Ciri Ini: Lync menghantar maklumat kepada pihak yang jauh jika ia mengesan isu peranti atau rangkaian semasa panggilan untuk menandakan yang anda mungkin mengalami kualiti suara yang rendah.

Maklumat Dikumpul, Diproses, atau Dihantar: Jika persediaan peranti anda menambah kualiti audio yang rendah dalam panggilan (contohnya, gema atau hingar), Lync juga memaklumkan yang lain dalam panggilan bahawa kualiti panggilan berkurangan disebabkan persediaan peranti di pihak anda. Peserta lain hanya ditunjukkan pemberitahuan bahawa anda sedang menggunakan peranti yang menyebabkan kualiti audio yang rendah. Mereka tidak tahu peranti apa yang anda sedang gunakan. Tiada maklumat dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang dihantar kepada individu lain dalam panggilan akan membantu mereka meningkatkan kualiti panggilan. Contohnya, penyampai boleh membisukan talian anda jika anda cuma mendengar dalam panggilan.

Pilihan/Kawalan: Lync tidak membenarkan anda mematikan pemberitahuan kualiti panggilan.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×