Tambah pengguna secara individu atau pukal pada Office 365 - Bantuan Pentadbir

Penyumbang: Sirkku Willie

Setiap orang dalam pasukan anda memerlukan akaun pengguna sebelum mereka boleh mendaftar masuk dan mencapai Office 365 untuk perniagaan. Cara paling mudah untuk menambah akaun pengguna ialah dengan menambah mereka satu demi satu dalam pusat pentadbiran Office 365. Selepas anda melakukan langkah ini, pengguna anda akan mempunyai lesen Office 365, kelayakan log masuk dan peti mel Office 365.

  1. Sign in to Office 365 with your work or school account.

  2. Go to the Office 365 admin center.

  3. Pada Halaman Utama, pilih Tambah pengguna.

Petikan skrin menunjukkan tempat untuk menambah pengguna di Pusat Pentadbiran Office 365

Isikan maklumat pengguna. Pilih Tambah apabila anda telah selesai.

  • Nama    Isikan nama pertama, terakhir, nama paparan dan nama pengguna.

  • Domain    Contohnya, jika nama pengguna ialah Jakob dan domainnya ialah contoso.com, dia akan mendaftar masuk ke Office 365 dengan menaip jakob@contoso.com.

  • Maklumat hubungan    Kembangkan untuk mengisi nombor telefon mudah alih, alamat dan sebagainya.

  • Kata laluan    Gunakan kata laluan yang dijanakan secara automatik atau kembangkan untuk menentukan kata laluan yang kukuh untuk pengguna.

    Mereka perlu mengubah kata laluan mereka selepas 90 hari. Atau anda boleh memilih untuk Buat pengguna ini mengubah kata laluan mereka apabila mereka mendaftar masuk buat kali pertama.

  • Peranan    Kembangkan jika anda perlu menjadikan pengguna ini pentadbir.

  • Lesen produk    Kembangkan bahagian ini dan pilih lesen yang sesuai. Jika anda tidak mempunyai sebarang lesen tersedia, anda masih boleh menambah pengguna dan membeli lesen tambahan.

Petikan skrin bagi medan untuk diisi apabila anda menambah pengguna pada Office 365 untuk perniagaan

Selepas anda menambah pengguna, semua orang akan mendapat pemberitahuan e-mel daripada Pasukan Perkhidmatan Dalam Talian Microsoft. E-mel tersebut akan mengandungi Office 365 ID pengguna dan kata laluan individu tersebut agar mereka boleh mendaftar masuk Office 365. Anda perlu memberitahu pengguna baru anda tentang maklumat daftar masuk Office 365 mereka. Gunakan proses biasa anda untuk menyampaikan kata laluan baru

Pelayar anda tidak menyokong video. Pasang Microsoft Silverlight, Adobe Flash Player atau Internet Explorer 9.

Langkah berikut

Kongsikan Panduan mula cepat pekerja dengan pengguna baru anda untuk membuat persediaan, seperti Office pada PC atau Mac dan aplikasi mudah alih Office.

Tugas lain

Dapatkan bantuan untuk akaun Office 365 saya

Mempunyai ratusan atau ribuan pengguna untuk ditambah?

Untuk menambah berbilang pengguna secara serentak, ikut langkah-langkah berikut:

  • Gunakan hamparan untuk menambah individu secara pukal. Lihat Tambah pengguna daripada fail csv.

  • Tambah akaun dan peruntukkan lesen secara automatik. Lihat Tambah pengguna pada Office 365 dengan Windows PowerShell. Pilih kaedah ini jika anda sudah biasa menggunakan cmdlet Windows PowerShell.

  • Menggunakan ActiveDirectory? Gunakan alat Azure Active Directory Connect. Gunakan alat Azure AD Connect untuk menduakan akaun pengguna Active Directory (dan objek Active Directory lain) dalam Office 365. Penyegerakan hanya menambah akaun pengguna. Anda perlu memperuntukkan lesen kepada pengguna yang disegerakkan sebelum mereka boleh menggunakan e-mel dan aplikasi Office yang lain.

  • Berpindah daripada Exchange? Pindahkan berbilang akaun e-mel pada Office 365. Apabila anda memindahkan berbilang peti mel ke Office 365 dengan menggunakan kaedah henti-ganti, berperingkat atau kaedah Exchange hibrid, anda akan menambah pengguna secara automatik sebagai sebahagian daripada migrasi. Migrasi hanya menambahkan akaun pengguna. Anda akan perlu memperuntukkan lesen kepada pengguna sebelum mereka boleh menggunakan e-mel dan aplikasi Office yang lain.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×