Soalan Lazim bagi Lync 2013 for iPad

Apakah yang anda ingin lakukan?

Semua sejarah perbualan saya tidak dipaparkan pada telefon bimbit saya

Saya tidak menerima panggilan masuk atau mesej

Apakah versi Lync yang diperlukan untuk menggunakan Lync pada peranti mudah alih saya?

Kandungan yang dikongsi dalam panggilan tidak kelihatan

Bolehkah saya berkongsi kandungan mesyuarat daripada iPad saya?

Persembahan PowerPoint tidak kelihatan

Bolehkah saya melihat atau menambah catatan pada slaid PowerPoint?

Mengapa terdapat pemberitahuan merah yang menunjukkan panggilan saya dirakam apabila aplikasi Lync berjalan pada latar?

Semua sejarah perbualan saya tidak dipaparkan pada telefon bimbit saya

Sejarah perbualan pada Lync for iPad tidak disegerakkan dengan Microsoft Exchange Server. Ini bermaksud perbualan yang berlaku pada peranti mudah alih Lync anda hanya akan dipaparkan dalam sejarah perbualan peranti tersebut dan tiada di tempat lain. Juga, apabila anda memadamkan perbualan pada peranti mudah alih anda, perbualan tersebut dipadam secara kekal. Untuk menyimpan rekod perbualan tertentu pada Lync pada peranti mudah alih anda, hantarkan perbualan kepada diri sendiri dari Lync.

Saya tidak menerima panggilan masuk atau mesej

Anda hanya boleh menerima panggilan masuk dan mesej apabila anda mendaftar masuk ke Lync for iPad, dan disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau rangkaian data selular.

Jika opsyen Wi-Fi anda disetkan kepada Perlukan Wi-Fi untuk VoIP atau Video, anda tidak akan menerima panggilan masuk apabila iPad anda disambungkan melalui rangkaian data selular anda.

Apakah versi Lync yang diperlukan untuk menggunakan Lync pada peranti mudah alih saya?

Kemas Kini Kumulatif Februari 2013 untuk Lync Server 2013 atau lebih baru. Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan sokongan teknikal anda.

Kandungan yang dikongsi dalam panggilan tidak kelihatan

Kandungan dikongsi hanya kelihatan apabila anda berada dalam Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan audio atau video ad hoc bersama 3 atau lebih individu. Kandungan dikongsi tidak kelihatan apabila anda dalam panggilan audio atau video hanya bersama satu saja lagi orang.

Bolehkah saya berkongsi kandungan mesyuarat daripada iPad saya?

Tidak, anda tidak boleh berkongsi atau mempersembahkan sebarang kandungan mesyuarat dari aplikasi Lync bag iPad. Anda hanya boleh melihatnya. Gunakan Lync pada desktop anda untuk berkongsi atau mempersembahkan kandungan mesyuarat.

Persembahan PowerPoint tidak kelihatan

Jika penganjur mesyuarat telah menjadualkan mesyuarat menggunakan Lync 2010 Server, persembahan PowerPoint tidak akan kelihatan. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah meminta penyampai mesyuarat menghantar anda salinan persembahan, atau menggunakan ciri Perkongsian untuk menunjukkan persembahan itu.

Bolehkah saya melihat atau menambah catatan pada slaid PowerPoint?

Tidak. Anda perlu menggunakan Lync pada desktop anda untuk melihat atau menambah catatan pada slaid.

Mengapa terdapat pemberitahuan merah yang menunjukkan panggilan saya dirakam apabila aplikasi Lync berjalan pada latar?

Ini hanyalah pemberitahuan lalai yang ditunjukkan oleh iOS apabila sebarang aplikasi menggunakan mikrofon semasa berjalan dalam latar. Panggilan anda sebenarnya tidak direkodkan. Apabila anda menggunakan aplikasi Lync untuk panggilan audio atau video dan Lync berjalan dalam latar, bar pemberitahuan merah di bahagian atas menunjukkan panggilan anda dirakam.

Halaman Atas

Kandungan berkaitan

Melihat kandungan mesyuarat

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×