Pemajuan panggilan dan panggilan secara serentak

Anda boleh menyediakan pemajuan panggilan dan panggil secara serentak supaya panggilan tidak terlepas. Anda majukan panggilan masuk dengan menyediakan peraturan pemajuan. Opsyen pemajuan panggilan tersedia hanya jika organisasi anda dikonfigurasikan untuk menyokongnya. Jika anda tidak pasti tentang ciri Lync yang didayakan, hubungi pasukan sokongan teknikal organisasi anda.

Jika pemajuan panggilan didayakan, anda boleh menggunakannya untuk memajukan panggilan ke nombor lain atau kenalan lain. Pemajuan panggilan amat berguna jika anda sedang dalam perjalanan atau bekerja dari rumah kerana panggilan boleh dimajukan ke lokasi semasa anda. Jika anda tiada di pejabat, panggilan boleh dimajukan secara automatik kepada rakan sekerja.

Opsyen panggil secara serentak berguna untuk individu yang sentiasa bergerak. Apabila anda mendapat panggilan, ia memanggil pada dua nombor telefon secara serentak. Anda boleh mengeset panggilan masuk anda untuk memanggil secara serentak telefon anda dan nombor atau kenalan lain jika anda sibuk atau tiada untuk seketika.

Apakah yang anda ingin lakukan?

Memajukan panggilan ke mel suara atau nombor lain

Menghentikan pemajuan panggilan

Menyediakan panggil secara serentak

Memajukan panggilan ke mel suara atau nombor lain

Opsyen Pemajuan Panggilan biasanya digunakan untuk memajukan panggilan ke mel suara atau nombor selain nombor telefon bimbit anda. Apabila anda mengesetkan seting pemajuan panggilan dalam Lync, semua panggilan masuk dimajukan secara automatik ke destinasi yang anda pilih.

Untuk mengesetkan pemajuan panggilan, lakukan yang berikut:

  1. Dari kiri, ketik ikon pertama untuk pergi ke skrin Maklumat Saya kemudian ketik anak panah di sebelah Panggil Secara Serentak atau Pemajuan Panggilan.

  2. Pada skrin Pemajuan Panggilan, ketik Majukan Panggilan kemudian pilih salah satu yang berikut:

    • Ketik Mel suara untuk menghantar panggilan ke mel suara anda yang boleh anda ambil kemudian.

    • Ketik Tersuai untuk memilih nombor yang anda tambah sebelum ini, seperti telefon bimbit anda.

    • Klik Nombor Baru dan taipkan nombor telefon baru.

    • Ketik Kenalan Baru kemudian cari kenalan dalam kotak dialog yang dipaparkan.

  3. Ketik Gunakan Seting kemudian pilih masa seting ini perlu digunakan.

Menghentikan pemajuan panggilan

Untuk menghentikan pemajuan panggilan, lakukan yang berikut:

  1. Dari kiri, ketik ikon pertama untuk pergi ke skrin Maklumat Saya kemudian ketik anak panah di sebelah Panggil Secara Serentak atau Pemajuan Panggilan.

  2. Pada skrin Pemajuan Panggilan, ketik Jangan Majukan.

  3. Ketik Gunakan Seting kemudian pilih masa seting ini perlu digunakan.

Menyediakan panggil secara serentak

Berbeza dengan pemajuan panggilan yang mana telefon kerja anda tidak berdering, anda boleh mengesetkan panggilan masuk anda untuk memanggil secara serentak telefon anda dan nombor lain atau kenalan. Seting ini boleh membantu memastikan pemanggil tidak mendapat isyarat sibuk dan panggilan mereka tidak terlepas. Dan, mereka tidak akan sedar panggilan mereka dimajukan.

  1. Dari kiri, ketik ikon pertama untuk pergi ke skrin Maklumat Saya kemudian ketik anak panah di sebelah Panggil Secara Serentak atau Pemajuan Panggilan.

  2. Pada skrin Pemajuan Panggilan, ketikPanggil Secara Serentak, dan pilih yang berikut:

    • Ketik Nombor Baru dan taipkan nombor telefon baru kemudian ketik Selesai.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×