Merakamkan dan memainkan semula mesyuarat dalam Lync Online

Jika organisasi anda mendayakan rakaman, anda boleh merakam perbualan dan mesyuarat perisian komunikasi Microsoft Lync Online. Dengan merakam, anda boleh mengambil audio, video, pemesejan segera (IM), perkongsian aplikasi, persembahan Microsoft PowerPoint, papan putih dan bahagian peninjauan pendapat sesi Lync Online dan memainkannya semula sama seperti yang dialami semasa perbualan atau mesyuarat Lync.

Anda boleh juga membuatkan rakaman tersedia untuk orang lain dengan menyimpan semua atau sebahagian daripada rakaman Lync dalam format Windows Media. Opsyen ini menyatukan semua kandungan dirakam yang anda ingin kongsi ke dalam video Windows Media tunggal. Secara lalai, video ini disimpan pada komputer anda tetapi anda boleh berkongsinya dengan orang lain dengan menyimpannya dalam lokasi rangkaian atau pustaka aset Microsoft SharePoint Server 2010.

Apakah yang anda ingin lakukan?

Menentukan perkara untuk dimasukkan dalam rakaman

Merakam perbualan atau mesyuarat

Melihat individu yang merakam perbualan atau mesyuarat

Menghentikan rakaman dan menyimpannya

Memainkan rakaman

Mencipta versi rakaman yang anda boleh kongsi dengan orang lain

Menentukan perkara untuk dimasukkan dalam rakaman

Semasa perbualan atau mesyuarat Lync tetapi sebelum anda mula merakam, anda boleh memilih jenis kandungan yang anda ingin masukkan dalam rakaman. Anda boleh mengeset opsyen ini semasa perbualan atau mesyuarat Lync sedang berlangsung dengan membuka Opsyen Rakaman dalam tetingkap mesyuarat atau Perbualan. Sebarang perubahan yang anda buat digunakan pada perbualan atau mesyuarat semasa. Untuk perbualan atau mesyuarat berikutnya, opsyen ini kembali ke seting lalai.

Nota:  Jika anda merancang untuk mencipta rakaman versi Windows Media yang boleh diterbitkan, ingat bahawa jika kandungan tertentu dalam sesi asal Lync bersaiz amat besar (contohnya, papan putih yang besar, sesi IM yang panjang atau perkongsian dwimonitor), kandungan menjadi kurang boleh dibaca dalam video yang telah selesai. Di samping itu, mana-mana mesej dakwat dalam bahagian IM rakaman biasanya terpenggal disebabkan kelebaran yang terbatas dalam video yang telah selesai.

  1. Dalam tetingkap mesyuarat atau Perbualan, dalam bar menu, klik Seting. (Jika menu Seting tidak kelihatan, klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Tunjukkan Bar Menu.)

  2. Klik Opsyen Rakaman.

  3. Dalam kotak dialog Lync – Opsyen Rakaman, pilih kotak semak bersebelahan dengan jenis kandungan yang anda ingin masukkan dalam rakaman Lync semasa anda. Jika jenis kandungan tidak tersedia, organisasi anda mungkin tidak membenarkan rakaman untuk kandungan tersebut.

  1. Klik OK.

Halaman Atas

Merakam perbualan atau mesyuarat

Semasa anda berada dalam perbualan individu dengan individu Lync, anda boleh mulakan rakaman asalkan setiap organisasi peserta membenarkan rakaman. Ambil perhatian bahawa anda tidak boleh merakam perbualan dengan seseorang yang menggunakan telefon biasa. Semasa anda berada dalam mesyuarat Lync, anda boleh mulakan rakaman jika anda seorang penyampai dan orang yang menjadualkan atau memulakan mesyuarat membenarkannya.

  1. Untuk memulakan rakaman, dalam tetingkap mesyuarat atau Perbualan, lakukan salah satu yang berikut:

    • Klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Mulakan Rakaman.

    • Dalam bar menu, klik Tindakan, kemudian klik Mulakan Rakaman. (Jika menu Tindakan tidak kelihatan, klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Tunjukkan Bar Menu.)

  2. Semasa rakaman sedang berlangsung, anda boleh menggunakan kawalan di bahagian bawah tetingkap untuk menjeda, menyambung semula atau menghentikan rakaman.

Halaman Atas

Melihat individu yang merakam perbualan atau mesyuarat

Semasa rakaman sedang berlangsung, mesej Anda sedang merakam, Individu lain sedang merakam atau Anda dan individu lain sedang merakam muncul di bahagian bawah tetingkap mesyuarat atau Perbualan. Jika orang lain sedang merakam, anda boleh menuding ke mesej untuk melihat orang yang memulakan rakaman.

Halaman Atas

Menghentikan rakaman dan menyimpannya

Apabila anda menghentikan rakaman, Lync menyimpan rakaman secara automatik. Mengikut lalai, rakaman disimpan pada komputer anda dalam folder C:\Pengguna\<nama pengguna anda>\Rakaman Lync. Lync juga memberikan anda opsyen mencipta rakaman versi Windows Media yang anda boleh terbitkan kepada orang lain dengan menyimpannya dalam lokasi rangkaian. Jika anda mempunyai SharePoint Server 2010 atau SharePoint Online dan hak yang sewajarnya, anda boleh menyimpan rakaman di pustaka aset Microsoft SharePoint.

Nota:  Jika anda merancang untuk mencipta rakaman versi Windows Media yang boleh diterbitkan, ingat bahawa jika kandungan tertentu dalam sesi asal Lync bersaiz amat besar (contohnya, papan putih yang besar, sesi IM yang panjang atau perkongsian dwimonitor), kandungan menjadi kurang boleh dibaca dalam video yang telah selesai. Di samping itu, mana-mana mesej dakwat dalam bahagian pemesejan segera rakaman biasanya terpenggal disebabkan lebar yang terhad dalam video yang telah selesai.

  1. Dalam tetingkap mesyuarat atau Perbualan, lakukan salah satu yang berikut:

    • Klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Berhenti Merakam.

    • Dalam bar menu, klik Tindakan, kemudian klik Hentikan Rakaman. (Jika menu Tindakan tidak kelihatan, klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Tunjukkan Bar Menu.)

    • Guna butang Hentikan rakaman di bahagian bawah tetingkap perbualan atau mesyuarat.

  2. Kotak dialog Hentikan Rakaman muncul. Untuk mengubah nama rakaman, di bawah Tajuk rakaman, taipkan nama baru.

  3. Untuk mencipta rakaman versi Windows Media, di bawah Terbit, pilih kotak semak bersebelahan dengan Cipta juga versi yang anda boleh terbitkan kepada orang lain (.wmv).

  4. Untuk memilih kandungan yang anda ingin masukkan dalam video diterbitkan, klik Opsyen. Di bawah Kandungan dalam video, pilih kotak semak bersebelahan jenis kandungan yang anda ingin masukkan. (Jika jenis kandungan tidak tersedia, ia tidak pernah dimasukkan dalam sesi Lync pada asalnya.) Kemudian klik OK.

  5. Untuk mengubah lokasi rakaman versi Windows Media , di bawah Simpan ke, lakukan salah satu yang berikut:

    • Klik Semak Lalu dan navigasi ke folder yang anda ingin simpankan video.

    • Dalam kotak teks, tampal alamat Web seperti URL pustaka aset SharePoint Server 2010.

Nota:  Jika anda mempunyai masalah memuat naik fail ke SharePoint Server 2010, minta pentadbir SharePoint untuk meningkatkan kedua-dua saiz muat naik maksimum lalai (50 MB lalai) dan seting tamat masa muat naik.

  1. Klik OK.

Nota:  Untuk pergi terus ke Pengurus Rakaman Microsoft Lync untuk mengurus atau memainkan semula rakaman anda, klik Urus Rakaman.

Halaman Atas

Memainkan rakaman

Anda boleh mainkan rakaman yang anda telah buat dengan membuka Pengurus Rakaman Lync. Rakaman terbuka dalam Microsoft Lync Recording Player dan boleh dilihat dari sana.

  1. Buka Pengurus Rakaman dengan melakukan salah satu yang berikut:

  2. Klik butang Opsyen lain, kemudian klik Urus Rakaman.

    • Klik Mula, klik Semua Program, klik Microsoft Lync, kemudian klik Pengurus Rakaman Microsoft Lync.

    • Dalam bar menu, klik Tindakan, kemudian klik Pengurus Rakaman. (Jika menu Tindakan tidak kelihatan, klik butang Opsyen Lain, kemudian klik Tunjukkan Bar Menu.)

  3. Dalam Pengurus Rakaman, klik rakaman, kemudian klik Main.

Jika individu lain menerbitkan rakaman versi Windows Media dan menempatkannya dalam lokasi rangkaian atau tapak SharePoint, anda boleh membuka rakaman untuk memainkannya dalam Windows Media Player. Untuk prestasi terbaik, anda disyorkan untuk menyimpan rakaman Windows Media di komputer dan memainkannya dari sana.

Halaman Atas

Mencipta versi rakaman yang anda boleh kongsi dengan orang lain

Anda boleh menjadikan rakaman tersedia untuk orang lain dengan menyimpan semua atau sebahagian daripada rakaman Lync dalam format fail Windows Media dan menerbitkan video Windows Media ke lokasi rangkaian dikongsi atau pustaka aset SharePoint Server 2010. Terdapat dua cara untuk mencipta rakaman versi Windows Media: anda boleh mencipta rakaman secara automatik apabila anda menghentikan dan menyimpan rakaman (untuk butiran, lihat “Menghentikan rakaman dan menyimpannya," pada awal topik ini) atau anda boleh menciptanya nanti dalam Pengurus Rakaman (untuk butiran, lihat Menguruskan rakaman dalam Pengurus Rakaman Lync.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×