Menyertai Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan audio atau video

Anda boleh menjadualkan panggilan persidangan dari komputer desktop anda kemudian menyertai persidangan dari Lync 2013 for Android. Anda juga boleh menyertai semula mesyuarat atau menyambung semula perbualan terdahulu.

Nota: Artikel ini diguna pakai pada Office 365 yang dikendalikan oleh 21Vianet di China.

Apakah yang anda ingin lakukan?

Menyertai Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan audio atau video

Menyertai Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan melalui telefon

Menunggu di lobi mesyuarat

Menyertai semula mesyuarat

Meneruskan perbualan

Menyertai Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan audio atau video

Anda boleh menyertai Mesyuarat Lync secara audio atau video dan menggunakan IM (jika dihidupkan dalam mesyuarat) daripada Lync for Android. Apabila anda menyertai dari peranti mudah alih, anda hanya boleh mendengar audio mesyuarat dan melihat video peserta lain (jika ia sedang ditayangkan). Anda tidak akan dapat melihat sebarang kandungan mesyuarat yang dikongsi.

  1. Untuk menyertai Mesyuarat Lync. ketik ikon Mesyuarat yang merupakan ikon ke-empat dari bahagian kiri.

  2. Pilih mesyuarat yang anda ingin sertai, kemudian ketik Sertai.

  3. Bergantung pada cara anda mengesetkan opsyen panggilan VoIP anda, salah satu daripada yang berikut akan berlaku:

    • Anda akan disambungkan ke audio atau video menggunakan VoIP sama ada menggunakan Wi-Fi (jika anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi) atau pelan data selular anda.

    • Atau, Lync akan memanggil telefon bimbit anda dan anda perlu menerima panggilan Lync untuk menyertai mesyuarat. Ini berlaku hanya apabila opsyen panggilan audio atau video anda disetkan kepada HIDUPKAN dan telefon bimbit anda tidak bersambung ke rangkaian Wi-Fi.

Untuk maklumat lanjut tentang opsyen panggilan VoIP, pergi ke Mengurus opsyen Wi-Fi untuk VoIP.

Penting: Pada banyak peranti Android, anda boleh menyertai Mesyuarat Lync terus dari aplikasi kalendar yang disertakan dengan peranti. Walau bagaimanapun, sesetengah peranti tidak dapat mengenali URL Mesyuarat Lync. Akibatnya, apabila anda ketik pautan ke Mesyuarat Lync dalam kalendar pada peranti tersebut, pelayar web anda akan dilancarkan dan anda akan menerima mesej yang mengatakan Lync mungkin tidak dipasang pada peranti. Dalam kes sebegitu, anda perlu melancarkan Lync kemudian pergi ke pandangan mesyuarat Lync dan sertai mesyuarat dari sana (seperti yang diterangkan pada langkah 1-3 di atas).

Menyertai Mesyuarat Lync atau panggilan persidangan melalui telefon

Anda juga boleh mendail masuk ke dalam mesyuarat dari sebarang telefon dengan mendail nombor Sertai melalui Telefon yang disenaraikan dalam jemputan mesyuarat. Nombor telefon dail masuk disenaraikan pada penghujung permintaan.

Nota: Apabila anda menyertai Mesyuarat Lync dengan mendail masuk, nombor telefon anda dipaparkan dalam jadual mesyuarat.

Menunggu di lobi mesyuarat

Lobi mesyuarat ialah kawasan menunggu dalam talian. Penganjur mesyuarat boleh mengawal capaian mesyuarat atau menerima seseorang yang tidak mempunyai kelayakan mesyuarat yang betul.

Jika pemimpin mesyuarat telah mendayakan lobi mesyuarat, anda perlu menunggu sehingga pemimpin mesyuarat menerima anda ke dalam mesyuarat. Jika anda sedang menunggu di lobi, jangan beralih ke skrin yang lain kerana permintaan anda untuk menyertai mesyuarat akan dibatalkan jika anda berbuat demikian.

Menyertai semula mesyuarat

Jika anda telah meninggalkan mesyuarat Lync untuk sementara waktu atau terputus sambungan atas mana-mana sebab, anda boleh menyertai semula dengan mengklik butang Sertai semula dalam pemberitahuan.

Nota: Jika anda tidak berada dalam aplikasi Lync apabila terputus sambungan, anda mungkin akan melihat pemberitahuan bahawa anda telah terputus sambungan tetapi anda perlu kembali ke aplikasi Lync untuk klik Sertai semula.

Meneruskan perbualan

Untuk meneruskan perbualan di bahagian yang anda berhenti, ketik ikon Perbualan di bahagian bawah skrin Lync, skrol ke bawah senarai sehingga anda menemui perbualan yang anda ingin sambung semula dan ketik penyenaraian untuk perbualan tersebut. Lync akan menghantar jemputan baru kepada semua orang yang berada dalam perbualan asal.

Halaman Atas

Kandungan berkaitan

Perkara yang boleh anda lakukan dalam mesyuarat audio atau video

Mengurus opsyen Wi-Fi untuk VoIP

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×