Menyemak mel suara

Mel suara anda disimpan dalam kedua-dua Lync dan Outlook. Anda boleh menyemaknya dengan segera dalam Lync dengan mengetik ikon mel suara. Apabila anda mendaftar masuk ke Lync tetapi Lync tidak ditunjukkan di latar depan, anda boleh menyemaknya dengan kawalan suara.

Apabila anda mempunyai mel suara baru, ikon mel suara di bahagian bawah akan memaparkan bilangan mesej.

  • Untuk mendengar mel suara, lakukan salah satu perkara berikut:

    • (Apabila Lync ditunjukkan di latar depan) Ketik ikon mel suara kemudian mainkan mesej.

    • (Apabila Lync tidak ditunjukkan di latar depan) Sebut "Lync, mainkan mel suara [saya]" pada telefon. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan kawalan suara Lync Mobile, pergi ke Menggunakan kawalan suara dengan Lync pada Windows Phone anda.)

  • Untuk membalas mel suara, ketik pada ikon mel suara untuk membuka kad kenalan penghantar dan membalas dengan IM atau panggilan audio atau video.

Jika panggilan masuk anda dihantar ke mel suara terlalu cepat, kami mengesyorkan anda meningkatkan seting pemasa mel suara anda menjadi sekurang-kurangnya 30 saat. Ini akan memberi anda lebih banyak masa menjawab panggilan masuk sebelum dihantar ke mel suara.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×