Menyelesaikan ralat 0xE0000025 (Fail Terlalu Besar) dalam OneNote

Sekiranya anda melihat kod ralat 0xE0000025, maksudnya OneNote tidak dapat menyegerakkan satu atau lebih fail besar kerana fail tersebut melebihi had saiz semasa.

Sekiranya anda sedang menyegerak ke OneDrive, had bagi setiap fail ialah 2GB. Pada SharePoint, had ini mungkin berbeza antara pelayan dalam organisasi anda. Jika anda tiada keizinan untuk menyemak had anda pada SharePoint, bincang dengan pentadbir pelayan anda untuk mengetahuinya.

Mengalih keluar fail yang terlalu besar atau mengurangkan saiz fail hanya merupakan sebahagian daripada penyelesaian. Anda mungkin masih perlu mengambil beberapa langkah lagi sebelum mesej ralat tersebut berhenti ditunjukkan.

Penting: Mengikuti langkah berikut akan mengalih keluar sebarang versi terdahulu dan sandaran buku nota anda, jadi pastikan anda tidak memerlukannya. Selepas melengkapkan langkah ini, anda tidak akan dapat menukar kembali kepada sebarang versi terdahulu buku nota anda. Bagi kebanyakan orang, hal ini tidak bermasalah. Namun, jika anda kerap bergantung pada sandaran automatik yang dicipta OneNote, sila buat salinan bagi fail anda simpannya di tempat yang selamat.

Langkah 1

Apabila anda memadamkan halaman atau seksyen daripada buku nota anda, ia dialih ke Tong Kitar Semula Buku Nota. Ciri ini memberikan anda peluang untuk memulihkan data yang dipadam secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun, apabila fail besar berada di dalam Tong Kitar Semula Buku Nota untuk tempoh yang lama, maka ralat penyegerakan mungkin berlaku. Anda boleh menyelesaikannya dengan mengosongkan Tong Kitar Semula Buku Nota.

Bergantung pada versi OneNote yang anda gunakan, lakukan salah satu perkara berikut:

  • Dalam OneNote 2013, klik Sejarah > Tong Kitar Semula Buku Nota > Kosongkan Tong Kitar Semula.

  • Dalam OneNote 2010, klik Kongsi > Tong Kitar Semula Buku Nota > Kosongkan Tong Kitar Semula.

Nota: Tong Kitar Semula Buku Nota dalam OneNote adalah berbeza dengan Tong Kitar Semula yang ditunjukkan pada desktop Windows anda.

Langkah 2

OneNote menyimpan versi halaman dicache agar anda boleh kembali kepada versi terdahulu. Jika anda telah memadamkan satu fail besar (atau beberapa fail besar), fail tersebut mungkin masih wujud dalam versi halaman yang lama. Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan memadamkan sejarah buku nota anda.

Bergantung pada versi OneNote yang anda gunakan, lakukan salah satu perkara berikut:

  • Dalam OneNote 2013, klik Sejarah > Versi Halaman > Padamkan Semua Versi.

  • Dalam OneNote 2010 klik Kongsi > Versi Halaman > Padamkan Semua Versi.

Apabila anda telah melengkapkan kedua-dua langkah itu, mula semula OneNote kemudian cuba menyegerakkan buku nota anda sekali lagi.

Bantuan lanjut

Sekiranya anda masih melihat mesej ralat ini selepas penyelesaian masalah, sila laporkan isu ini dalam forum OneNote pada Microsoft Answers supaya kami dapat menyiasat punca isu tersebut dan mencari penyelesaian.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×