Menyelesaikan masalah kesambungan rangkaian yang lemah

Dalam artikel ini

Apakah simptom biasa yang menyebabkan kualiti rangkaian rendah?

Apakah sebab biasa yang menyebabkan kualiti rangkaian rendah?

Apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki kualiti rangkaian?

Apakah simptom biasa yang menyebabkan kualiti rangkaian rendah?

Perisian komunikasi Microsoft Lync 2010 mengendalikan julat keadaan rangkaian yang luas tetapi masih mengekalkan video berkualiti tinggi. Lync 2010 juga memberikan anda beberapa opsyen untuk menguji dan memantau kesambungan rangkaian. Contohnya, anda boleh membuat panggilan ujian untuk menentukan kualiti rangkaian sebelum membuat panggilan sebenar (pada tab Peranti Audio bagi kotak dialog Opsyen). Tetingkap perbualan juga memaparkan bar untuk menunjukkan keadaan rangkaian, jika keadaan rendah, bar yang lebih sedikit akan dipaparkan.

Di bawah keadaan yang teruk anda mungkin mengalami satu atau lebih kesan berikut:

  • Audio berdenting   Individu yang bercakap dengan anda berbunyi tidak normal dan mempunyai pic lebih tinggi daripada biasa.

  • Percakapan hilang   Sebahagian daripada perbualan hilang.

  • Video tersangkut-sangkut   Imej video tidak mempunyai pergerakan yang lancar.

  • Penangguhan yang lama   Terdapat penangguhan yang lama apabila seseorang bercakap dan seseorang yang lain mendengar audio.

Apakah sebab biasa yang menyebabkan kualiti rangkaian rendah?

Kualiti rangkaian rendah boleh terjadi disebabkan perkara berikut:

  • Kesesakan rangkaian  Penghala atau peralatan rangkaian lain terlebih beban dengan terlalu banyak trafik. Ini boleh berlaku pada rangkaian rumah anda, pembekal perkhidmatan Internet (ISP) anda atau rangkaian kawasan setempat (LAN) syarikat anda. Beberapa sebab biasa kesesakan rangkaian ialah muat turun fail, penstriman video dan jenis trafik Internet yang lain.

  • Gangguan LAN Wayarles   Sejumlah besar peranti wayarles disambungkan dengan titik capaian. Ia juga boleh berlaku apabila terdapat gangguan daripada peranti lain seperti telefon mudah alih, telefon tanpa kord atau ketuhar gelombang mikro.

  • Perkabelan atau sambungan LAN yang rosak   Kabel pincang atau rosak.

  • Konfigurasi perkakasan   Peralatan rangkaian tidak dikonfigurasikan dengan betul di rumah anda, pada ISP anda atau di rangkaian syarikat anda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki kualiti rangkaian?

Jika anda menggunakan rangkaian wayarles, cuba perkara berikut:

  • Beralih dengan lebih dekat ke titik capaian wayarles.

  • Cari titik capaian wayarles yang kurang sibuk untuk digunakan.

  • Bertukar kepada sambungan berwayar.

  • Periksa sama ada komputer lain pada rangkaian menggunakan banyak sumber atau menjalankan muat turun atau muat naik yang banyak dan lihat jika ia boleh ditangguhkan atau dihentikan.

  • Hentikan video yang tidak perlu.

  • Pastikan penghala atau modem anda mempunyai perisian tegar yang terkini.

  • Periksa kabel rangkaian di antara penghala dan modem untuk memastikan ia terpasang dan tidak menunjukkan tanda kerosakan.

  • Hubungi ISP anda jika anda berada di rumah.

  • Hubungi pasukan sokongan anda jika anda berada di tempat kerja.

  Nota   Anda boleh juga merujuk kepada dokumentasi produk untuk penghala/kad WLAN untuk cara tambahan bagi memperbaiki sambungan wayarles.

Jika anda menggunakan rangkaian berwayar, cuba perkara berikut:

  • Periksa sama ada komputer lain pada rangkaian menggunakan banyak sumber atau menjalankan muat turun atau muat naik yang banyak dan lihat jika ia boleh ditangguhkan atau dihentikan.

  • Hentikan video yang tidak perlu.

  • Pastikan penghala atau modem anda mempunyai perisian tegar yang terkini.

  • Periksa kabel rangkaian di antara komputer dan penghala dan di antara penghala dan modem anda untuk memastikan ia terpasang dan tidak menunjukkan tanda kerosakan.

  • Hubungi ISP anda jika anda berada di rumah.

  • Hubungi pasukan sokongan anda jika anda berada di tempat kerja.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×