Menyahaktifkan pemasangan Office 365 Home, Personal atau University

Terdapat dua sebab utama anda akan menyahaktifkan pemasangan Office 365:

  • Anda telah berkongsi langganan Office 365 Home anda dan anda ingin menyahaktifkan pemasangan untuk seseorang yang menggunakan langganan anda. Menyahaktifkan pemasangan seseorang tidak sama dengan mengalih keluar orang itu daripada langganan anda. Jika anda ingin mengalih keluar seseorang daripada langganan anda sepenuhnya, anda boleh berbuat demikian.

  • Anda telah kehabisan pemasangan Office 365. Jadi anda nyahaktifkan salah satu daripadanya supaya anda boleh memasang Office pada PC, Mac atau tablet lain.

Selepas anda menyahaktifkan pemasangan, anda masih dapat melihat dan mencetak dokumen tetapi anda tidak akan dapat mengedit atau mencipta dokumen baru.

Jika anda benar-benar ingin mengalih keluar Office, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah yang terdapat dalam salah satu artikel berikut: Membuang pemasangan Office daripada PC atau tablet Windows, Membuang pemasangan Office 2011 for Mac atau Membuang pemasangan Office 2016 for Mac.

Tonton video atau ikuti langkah-langkah di bawah video untuk mengetahui cara untuk menyahaktifkan pemasangan Office 365.

Pelayar anda tidak menyokong video. Pasang Microsoft Silverlight, Adobe Flash Player atau Internet Explorer 9.
  1. Pada halaman Akaun Saya anda, pilih Pasang.

    Petikan skrin halaman Akaun Saya dengan butang "Pasang" dipilih.
  2. Pada halaman Pemasangan, pilih Nyahaktifkan Pemasangan di sebelah nama komputer atau tablet yang mempunyai pemasangan yang anda ingin alih keluar.

    Petikan skrin halaman Pemasangan dengan pautan "Nyahaktifkan pemasangan"dipilih.

  3. Pilih Nyahaktifkan untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyahaktifkan pemasangan ini.

    Sahkan permintaan anda untuk menyahaktifkan pemasangan Office

    Selepas anda menyahaktifkan pemasangan, Office akan dijalankan dalam mod baca sahaja pada komputer dan tablet. Ini bermakna anda akan dapat melihat dan mencetak dokumen tetapi anda tidak akan dapa mengedit atau mencipta dokumen baru.

Lihat Juga

Berkongsi Office 365 Home dengan sehingga empat orang dalam isi rumah anda

Mengalih keluar seseorang daripada langganan anda

Memuat turun dan memasang Office 365 Home, Personal atau University pada PC atau Mac anda

Membuang pemasangan Office dari PC atau tablet Windows

Membuang Pemasangan Office dari Mac

Adakah maklumat ini membantu?

Hebat! Ada lagi maklum balas?

Bagaimanakah boleh kami mempertingkatkannya?

Terima kasih atas maklum balas anda!

×