Mengubah format label data dalam carta

Terdapat banyak opsyen pemformatan untuk label data. Dan semuanya dilakukan dalam anak tetingkap Format Label Data. Untuk ke sana, selepas menambah label data anda, pilih label data yang ingin diformatkan dan klik Opsyen Lain. (Unsur CartaButang Unsur Carta > Label Data > Opsyen Lain)

Anak tetingkap Format Label Data

Untuk pergi ke kawasan yang betul, klik satu daripada empat ikon (Isian & Garis, Kesan, Saiz & Sifat (Tataletak & Sifat dalam Outlook atau Word) atau Opsyen Label).

Petua    Untuk menggunakan pemformatan label data tersuai pada titik data yang lain dalam siri dengan segera, klik Opsyen Label >Siri Label Data > Klon Label Semasa.

Berikut ialah arahan langkah demi langkah bagi beberapa perkara popular yang anda boleh lakukan.

Saya ingin

Menyambungkan label data ke titik data menggunakan garis penunjuk

Mengubah rupa garis penunjuk

Mengubah rupa label data

Mengubah bentuk label data

Mensaiz semula label data

Menambahkan medan pada label data

Menyambungkan label data ke titik data menggunakan garis penunjuk

Garis yang menyambungkan label data dengan titik datanya dipanggil garis penunjuk—berguna apabila anda telah meletakkan label data jauh dari satu titik data. Untuk menambahkan garis penunjuk pada carta anda, klik pada label dan seretkannya. Jika anda mengalihkan label data, garis penunjuk akan membuat pelarasan dan mengikutinya secara automatik. Dalam versi yang sebelum ini, hanya carta pai sahaja yang mempunyai kefungsian ini—kini semua jenis carta dengan label data mempunyainya. Agak hebat, kan?

Bahagian carta garisan dengan garis penunjuk

Carta garisan dengan beberapa garis penunjuk

Halaman Atas

Mengubah rupa garis penunjuk

  1. Klik garis sambungan yang ingin diubah.

  2. Klik Isian & Garis > Garis, kemudian buat perubahan yang anda inginkan.

    Ikon garis pada anak tetingkap Opsyen Format Garis Penunjuk

Halaman Atas

Mengubah rupa label data

Ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengubah rupa label data seperti mengubah warna sempadan label data untuk menegaskannya.

  1. Klik sempadan label data yang ingin diubah. Dwiklik untuk mengubah sempadan bagi satu label data sahaja.

  2. Klik Isian & Garis > Sempadan, kemudian buat perubahan yang anda inginkan.

    Tab Isian dan Garis bagi anak tetingkap tugas Format Label Data

    Petua    Anda boleh menonjolkan label anda dengan menambahkan kesan. Klik Kesan kemudian pilih kesan yang anda inginkan. Berhati-hati, jangan menambah sehingga terlalu banyak kesan.

    Tab Kesan pada anak tetingkap Format Label Data

Halaman Atas

Mengubah bentuk label data

Anda boleh menjadikan label data anda dalam apa jua bentuk untuk memberi sentuhan peribadi kepada carta anda.

  1. Klik kanan label data yang ingin diubah, kemudian klik Tukar Bentuk Label Data.

    Perintah menu Ubah Bentuk Label Data dan galeri Bentuk

  2. Pilih bentuk yang anda inginkan.

Halaman Atas

Mensaiz semula label data

Klik label data dan seret mengikut saiz yang anda inginkan.

Petua    Anda boleh setkan opsyen saiz dan penjajaran lain dalam Saiz & Sifat. Dwiklik label data kemudian klik Saiz & Sifat.

Ikon dan anak tetingkap Format Saiz Label Data & Sifat

Halaman Atas

Menambahkan medan pada label data

Anda boleh menambahkan medan carta terbina dalam, seperti siri atau nama kategori, pada label data. Tetapi yang lebih berkesan adalah menambah sel rujukan dengan teks penerangan atau nilai terhitung.

Sebahagian daripada carta menunjukkan label data yang mengandungi teks dalam satu sel

Carta dengan label data yang mengandungi kedua-dua nilai data dan teks penerangan.

  1. Dwiklik label data dan klik Selitkan Medan Label Data atau tekan [

    Selitkan perintah medan Label Data pada menu klik kanan

Jika anda telah memilih seluruh siri data, anda tidak akan dapat melihat perintah ini. Pastikan yang anda telah memilih satu label data sahaja.

  1. Klik medan yang anda ingin tambahkan pada label data.

    Pilihan Selitkan Medan Label Data

  2. Untuk memautkan label data dengan rujukan sel, klik [Sel] Pilih Sel kemudian masukkan rujukan sel.

    Kotak Rujukan Medan Label Data

Petua    Untuk bertukar daripada teks tersuai kembali kepada label data prabina, klik Setkan Semula Teks Label di bawah Opsyen Label.

Halaman Atas

Berkenaan Dengan: Excel 2013, Outlook 2013, Word 2013, Excel Online, PowerPoint 2013



Adakah maklumat ini membantu?

Ya Tidak

Bagaimana kami boleh menambah baiknya?

255 baki aksara

Untuk melindungi privasi anda, jangan masukkan maklumat hubungan dalam maklum balas anda. Semak semula dasar privasi.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Sumber sokongan

Ubah bahasa