Mengubah cara kenalan anda dipaparkan dalam Lync

Lync menyenaraikan kenalan anda pada tetingkap utama Lync, secara lalai, mengikut kumpulan yang anda telah peruntukkan pada mereka. Tetapi anda juga boleh mengisihnya mengikut status semasa mereka (dalam talian atau sebaliknya) atau perhubungan privasi yang telah diwujudkan dengan mereka. Hanya pilih tab pangsi yang anda ingin gunakan pada pandangan kenalan tetingkap utama Lync.

Petikan skrin tab paparan yang diserlahkan di bawah kawasan carian pada tetingkap utama Lync

  • Untuk mengatur kenalan anda supaya mereka yang dalam talian dipaparkan di bahagian atas senarai, klik Status. Kenalan dalam talian akan dipaparkan di bahagian atas, diikuti dengan mereka yang berstatus Tiada, Tidak Diketahui dan Tidak Tersedia.

  • Untuk mengisih kenalan anda mengikut hubungan privasi mereka, klik Perhubungan. (Untuk melihat penjelasan ringkas bentuk hubungan, klik kanan kenalan, kemudian tuding ke Ubah Hubungan Privasi.)

  • Untuk melihat senarai individu yang baru-baru ini menambahkan andakepadasenarai kenalan mereka, klik Baru. (Anda akan melihat nombor jika ia ada.)

  • Untuk mengeset semula kenalan anda agar dipapar mengikut kumpulan yang mereka merupakan ahli (termasuk kumpulan lalai seperti Kegemaran dan Kenalan Lain dan sebarang kumpulan yang anda cipta), klik Kumpulan.

Mengubah paparan lalai

Anda juga boleh mengubah seting lalai untuk cara Lync memaparkan penyenaraian kenalan individu. Berikut ialah opsyen dan seting lalai untuk Senarai Kenalan:

Opsyen

Nilai yang mungkin

Seting lalai

Paparkan kenalan saya berserta:

Nama dan gambar kenalan (dua baris)

Nama kenalan sahaja (satu baris)

X

Tertibkan senarai saya:

Mengikut nama

Mengikut ketersediaan

X

Tunjukkan maklumat ini:

Nama kenalan (bukannya alamat e-mel)

Status kenalan

Kumpulan kegemaran

Ya

Ya

Ya

Untuk mengubah sebarang seting lalai ini:

  1. Pada tetingkap utama Lync, klik Opsyen > Senarai Kenalan.

  2. Menandakan atau mengosongkan butang atau kotak semak yang sesuai mengikut keutamaan anda.

Nota: Setiap kenalan yang anda berinteraksi melalui Office, sama ada dalam senarai kenalan Lync anda atau tidak, mempunyai perhubungan "lalai" dengan anda. Kenalan "tidak tersenarai" anda (iaitu, mereka yang tidak termasuk dalam senarai kenalan Lync anda) tidak dipaparkan sama ada dalam pandangan Kumpulan atau pandangan Status. Tetapi pandangan Perhubungan menunjukkan semua kenalan dalam senarai kenalan Lync anda ditambah dengan sebarang kenalan yang tidak tersenarai yang anda telah peruntukkan perhubungan privasi bukan lalai. Untuk mengalih keluar sebarang kenalan "tidak tersenarai" ini daripada pandangan Perhubungan anda, klik kanan pada kenalan, klik Ubah Perhubungan Privasi, dan pilih Auto-peruntukkan Perhubungan.

Mematikan gambar di mana jua dalam Lync

  1. Pada tetingkap utama Lync, klik Opsyen > Peribadi.

  2. Di bahagian bawah tetingkap Opsyen Peribadi, kosongkan kotak semak Tunjukkan Gambar Kenalan.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×