Menghantar IM dari Lync Web App

Semasa Mesyuarat Lync, klik ikon IM untuk menaip mesej segera (IM). Taip di bahagian bawah kawasan input mesej dan tekan Enter untuk menghantar mesej. Mesej anda akan dihantar kepada semua peserta mesyuarat. Dari Lync Web App, anda tidak boleh menghantar IM kepada peserta mesyuarat tertentu atau kepada sesiapa yang bukan peserta mesyuarat. Juga, anda tidak boleh menghantar imej (kecuali emotikon) atau fail sebagai IM.

petikan skrin tetingkap IM yang dipaparkan apabila meletakkan penuding pada butang IM

Kedua-dua mesej keluar dan masuk muncul dalam anak tetingkap sejarah mesej di bahagian atas tetingkap IM dengan nama daftar masuk penghantar dan cap masa ketika mesej dihantar.

Tugas berkaitan

Dok tetingkap IM

Secara lalai, tetingkap IM dalam Lync Web App tidak dipaparkan. Jika anda tidak melihatnya, tuding tetikus anda ke ikon IM untuk melihat pratonton tetingkap IM atau klik ikon untuk membuka tetingkap IM. Jika anda membuka pratonton, ia akan kekal terbuka sehingga anda klik di tempat lain pada skrin. Anda boleh klik ikon anak panah di bahagian atas kanan pratonton untuk mengepin tetingkap IM pada bahagian kiri bilik mesyuarat.

Memformatkan mesej

Pemformatan mesej yang anda hantar ditentukan oleh format aksara terakhir yang anda taipkan dalam mesej. Ini bermaksud jika semua teks yang anda taip adalah dalam satu fon tetapi hanya aksara terakhir merupakan fon berlainan, mesej dihantar menggunakan fon yang lain tersebut. Pilihan fon anda hanya mempengaruhi mesej yang anda hantar, bukan individu yang menerima dan membalasnya.

Untuk memilih opsyen pemformatan, klik ikon Ubah warna, fon dan pemformatan teks lain di kawasan input mesej untuk memilih warna, fon, saiz dan gaya fon bagi semua teks yang anda taip. Anda boleh mengubah pilihan anda bagi setiap mesej. Walau bagaimanapun, pilihan anda akan kekal bagi mesyarat semasa sahaja dan hanya pada peranti yang anda gunakan untuk mengesetkannya. Jika fon mesej masuk berlainan dengan fon mesej yang dihantar, ini mungkin sebab pelayar anda tidak menyokong fon tersebut.

Dalam Lync Web App, anda boleh memformatkan perenggan teks tetapi bukan huruf, kata atau frasa individu. Anda tidak boleh menyalin teks dari anak tetingkap sejarah mesej untuk menggunakannya semula atau menyimpan salinan semua mesej segera yang dibalas semasa mesyuarat.

Menambah emotikon pada mesej

Klik ikon Pilih emotikon di kawasan input mesej dan klik emotikon yang anda inginkan. Tipografi yang sepadan dengan emotikon, contohnya :) bagi senyuman, muncul dalam mesej anda. Apabila anda menekan Enter dan menghantar mesej, emotikon akan muncul dalam anak tetingkap sejarah mesej.

Petua: Jika anda tahu tipografi yang sepadan dengan emotikon yang anda ingin tambahkan, anda boleh menaipnya terus dalam mesej anda.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×