Mengesetkan status anda

Maklumat kehadiran anda termasuk status ketersediaan seperti Ada atau Tiada dan juga ditunjukkan oleh penanda kehadiran berkod warna, seperti hijau, kuning atau merah.

Apabila anda menggunakan Lync pada peranti mudah alih dan individu lain mencari anda, ia akan mengatakan Mudah Alih di sebelah nama anda. Ini bermakna anda berada pada peranti mudah alih.

Status yang anda boleh setkan

Untuk mengubah status anda, dari skrin maklumat saya, ketik status semasa anda, kemudian dari skrin SETKAN STATUS ANDA , pilih satu daripada status kehadiran berikut:

  • Ada

  • Sibuk

  • Jangan Ganggu

  • Kembali Sebentar Lagi

  • Tidak Bekerja

  • Kelihatan Tiada

  • Set Semula Status

  • Daftar Keluar: Ini akan mendaftarkan anda keluar.

Status yang disetkan secara automatik

Yang berikut muncul secara automatik dalam kawasan status anda.

  • Tidak Aktif: Komputer anda tidak digunakan atau anda tidak menggunakan Lync pada peranti mudah alih anda selama 5 minit atau lebih.

  • Luar Talian

Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, anda kekal didaftarkan masuk selagi ada kesambungan. Jika anda tidak menggunakan aplikasi dengan aktif pada peranti mudah alih anda atau Lync di komputer anda, status anda akan menunjukkan Tidak Aktif. Jika anda mempunyai kesambungan tetapi tidak menggunakan aplikasi selama 10 hari, anda didaftar keluar.

Mengesetkan nota peribadi

Apabila anda mengubah seting Balasan Automatik anda (Tiada di Pejabat) dalam Microsoft Outlook, nota yang anda taipkan juga muncul dalam kawasan nota peribadi dalam Lync (kotak di atas kawasan gambar dan nama anda). Nota ini kekal dalam Lync sehingga anda membatalkan nota dalam Microsoft Outlook atau menaip nota baru.

Untuk mengeset nota peribadi, lakukan ini:

  • Dari skrin maklumat saya, dalam kawasan nota, taipkan sebarang jenis nota yang anda inginkan. Nota muncul dengan kad kenalan anda.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×