Mengesetkan status anda

Maklumat kehadiran anda termasuk status ketersediaan seperti Ada atau Tiada, dan juga penunjuk kehadiran dikodkan warna seperti hijau, kuning atau merah.

Apabila anda menggunakan Lync pada peranti mudah alih dan seseorang mencari anda, Mudah Alih akan diletakkan di sebelah nama anda yang menunjukkan anda bersedia dengan peranti mudah alih.

Apakah yang anda ingin lakukan?

Status yang anda boleh setkan

Status yang disetkan secara automatik

Mengesetkan nota peribadi

Status yang anda boleh setkan

Untuk mengubah status kehadiran anda, pada bahagian bawah skrin, ketik MaklumatSaya, ketik Status kemudian dari skrin Status pilih salah satu daripada berikut:

  • Ada

  • Sibuk

  • Jangan Ganggu

  • Kembali Sebentar Lagi

  • Tidak Bekerja

  • Tiada

  • Set Semula Status−mengeset semula status anda berdasarkan kalendar anda dan maklumat lain.

Status yang disetkan secara automatik

Yang berikut muncul secara automatik dalam kawasan status anda.

  • Tidak Aktif: Komputer anda tidak digunakan atau anda tidak menggunakan Lync pada peranti mudah alih anda selama 5 minit atau lebih.

  • Luar Talian

Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, anda kekal didaftarkan masuk selagi ada kesambungan. Jika kesambungan terputus selama 30 minit atau lebih, anda didaftar keluar. Jika anda mempunyai kesambungan tetapi tidak menggunakan aplikasi selama 10 hari, anda didaftar keluar.

Mengesetkan nota peribadi

Apabila anda mengubah seting Balasan Automatik anda (Tiada di Pejabat) dalam Microsoft Outlook, nota yang anda taipkan juga muncul dalam kawasan nota peribadi dalam Lync (kotak di atas kawasan gambar dan nama anda). Nota ini kekal dalam Lync sehingga anda membatalkan nota dalam Microsoft Outlook atau menaip nota baru.

Untuk mengeset nota peribadi, lakukan ini:

  1. Pada bahagian bawah skrin, ketik Maklumat Saya.

  2. Pada skrin Maklumat Saya, dalam kawasan nota, taipkan sebarang jenis nota yang anda inginkan. Nota muncul dengan kad kenalan anda.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×