Mengesetkan opsyen peranti audio

Daripada tab Telefon dalam kotak dialog Opsyen, anda boleh mengesetkan keutamaan anda untuk menyertai audio mesyuarat. Namun, opsyen ini hanya tersedia selepas anda memilih kotak semak Ingati saya pada komputer ini pada tab Umum. Opsyen yang tersedia untuk anda bergantung pada perkara yang telah didayakan oleh pasukan sokongan teknikal anda. Pilih daripada salah satu seting berikut:

Lync Web App: Menyertai audio mesyuarat dari komputer anda.

Jangan sertai audio: Jangan menyertai audio mesyuarat dari komputer anda.

Nombor Baru¹: Menyertai audio mesyuaat dengan membuatkan persidangan memanggil nombor telefon yang anda tentukan.

Jika anda lebih ingin tidak mengesetkan opsyen lalai bagi semua mesej tetapi memilih satu sebelum anda menyertai mesyuarat, pilih kotak semak Gesa saya sebelum menyertai untuk mengenal pasti atau memilih sumber audio lain.

¹ Ciri ini tersedia hanya jika akaun Lync penganjur mesyuarat didayakan untuk Suara Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi kakitangan sokongan teknikal anda.

Bagi pengguna Office 365, ciri ini tersedia hanya jika penganjur mesyuarat mempunyai Rancangan 3 Lync dan konfigurasi akaun yang betul. Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi kakitangan sokongan teknikal anda.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×