Mengemas kini Office dan komputer anda dengan Microsoft Update

Perisian bukannya sempurna, oleh itu kebanyakan syarikat perisian memberikan anda kemas kini.

Cara terbaik untuk mendapatkan kemas kini Microsoft anda adalah dengan mengesetkan komputer anda untuk memasangnya secara automatik dan anda boleh melakukannya dalam Windows. Kemas kini Office adalah sebahagian daripada kemas kini Microsoft yang anda dapati selepas anda mendapatkan kemas kini dalam Windows.

Anda boleh juga mendapatkan kemas kini secara manual pada bila-bila masa. Kami mengesyorkan anda menggunakan kemas kini automatik—tetapi jika anda memilih untuk tidak menggunakannya, pastikan untuk menyemak kemas kini sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menghidupkan kemas kini automatik dalam Windows 10

Jika anda tidak menghidupkan kemas kini automatik semasa anda mula-mula menggunakan PC, anda boleh mengubah seting anda pada bila-bila masa dalam Windows Update.

  1. Buka Windows Update dengan memilih Mula > Seting > Kemas kini dan keselamatan.

    Pergi ke Seting dari Mula dalam Windows 10

    Mengesetkan Windows Update dalam Windows 10

  2. Pilih Opsyen lanjutan.

  3. Di bawah Pilih cara kemas kini dipasang, pilih opsyen yang anda inginkan, termasuk menyemak kotak Beri saya kemas kini untuk produk Microsoft yang lain apabila saya mengemas kini Windows agar anda boleh mendapatkan kemas kini Office.

    Opsyan Kemas Kini Windows Lanjutan

Halaman Atas

Menghidupkan kemas kini automatik dalam Windows 8 atau 8.1

  1. Buka Panel Kawalan dengan menekan logo kekunci Windows + X untuk melihat senarai perintah dan opsyen, kemudian klik Panel Kawalan.

    Senarai opsyen dan perintah kelihatan selepas menekan kekunci logo Windows dan X

  2. Pilih Sistem dan Keselamatan.

    Pautan Sistem dan Keselamatan Windows 8 dalam Panel Kawalan

  3. Pilih Windows Update.

    Pautan Windows Update Windows 8 dalam Panel Kawalan

  4. Pilih Ubah seting dan pilih atau ubah seting yang anda inginkan dan ingat bahawa komputer anda mesti dihidupkan apabila anda pilih untuk memasang kemas kini baru, termasuk menyemak kotak Beri saya kemas kini untuk produk Microsoft yang lain apabila saya mengemas kini Windows agar anda boleh mendapatkan kemas kini Office.

    Seting Windows Update Windows 8 dalam Panel Kawalan

Menghidupkan kemas kini automatik dalam Windows 7

  1. Tutup semua program terbuka.

  2. Pilih Mula > Panel Kawalan.

  3. Pilih Sistem dan Keselamatan (yang anda lihat apabila anda melihat Panel Kawalan mengikut Kategori).

    Panel Kawalan Windows 7

  4. Pilih Windows Update.

    Pautan Windows Update dalam Panel Kawalan

  5. Dalam anak tetingkap kiri, pilih Ubah Seting.

  6. Di bawah Kemas kini Penting, pilih Pasang kemas kini secara automatik dan di bawah Microsoft Update semak kotak Beri saya pengemaskinian untuk produk Microsoft dan semak perisian Microsoft pilihan yang baru apabila saya mengemaskini Windows untuk mendapatkan kemas kini Office.

    Bahagian IT anda mungkin mengesetkan kemas kini automatik untuk anda. Jika mereka menyediakannya, anda akan melihat mesej dalam bar kuning dan anda tidak akan dapat menggunakan senarai Kemas kini Penting atau mengesetkan tarikh dan masa:

    Seting kemas kini automatik

  7. Pilih sebarang opsyen lain dan ingat bahawa komputer anda mesti dihidupkan apabila anda pilih untuk memasang kemas kini baru.

    Petua  

    • Jika anda melihat item dalam Panel Kawalan mengikut ikon dan bukannya kategori, anda boleh memilih Sistem > Windows Update > Ubah Seting.

    • Anda akan menerima kemas kini untuk Office, Windows dan produk lain seperti Zune.

    • Kemas kini terdiri daripada tiga jenis: Penting, Disyorkan dan Pilihan. Anda hanya akan mendapat kemas kini penting melainkan anda memilih opsyen kedua, iaitu Berikan saya kemas kini disyorkan sama seperti saya menerima kemas kini penting.

    • Anda digalakkan untuk memasang kemas kini disyorkan. Kemas kini pilihan mungkin sesuatu yang anda tidak perlukan seperti keupayaan untuk mengubah bahasa dalam program Office anda . Tidak mengapa untuk memasangnya tetapi anda perlu mendapatkan kemas kini tersebut secara manual.

Menghidupkan kemas kini automatik dalam Windows Vista

  1. Pilih Mula, tuding ke Semua Program, kemudian pilih Windows Update.

  2. Lakukan mana-mana perkara berikut:

    • Jika kemas kini perlu dipasang, pilih Pasang kemas kini.

    • Untuk mula menyemak kemas kini, pilih Semak Kemas Kini.

    • Untuk maklumat lanjut, pilih Lihat kemas kini tersedia.

Dalam kotak dialog Windows Update, pilih pautan untuk membuat perubahan atau ketahui lebih lanjut tentang proses kemas kini.

  • Semak kemas kini     Mencari kemas kini yang tersedia.

  • Ubah seting     Memilih opsyen cara komputer anda akan menerima kemas kini dari Microsoft.

  • Lihat sejarah kemas kini     Melihat benda yang telah dipasang dan status pemasangan tersebut.

  • Pulihkan kemas kini tersembunyi     Menyembunyikan kemas kini daripada komputer anda dan memasangnya kemudian.

  • Kemas kini: soalan lazim     Mengetahui lebih lanjut tentang proses kemas kini.

Menghidupkan kemas kini automatik dalam Windows XP

  1. Pilih Mula > Panel Kawalan.

  2. Pilih Prestasi dan Penyelenggaraan, kemudian dwiklik Sistem.

  3. Dalam kotak dialog Sifat Sistem, pilih tab Kemas Kini Automatik.

  4. Pilih seting yang anda ingin gunakan.

  5. Pilih Guna > OK.

Nota  Dalam pandangan Klasik, dwiklik Sistem kemudian klik tab Kemas Kini Automatik.

Mendapatkan kemas kini secara manual

Office 2016
  • Dalam aplikasi Office 2016, seperti Word 2016, pilih Fail > Akaun > Opsyen Kemas Kini > Kemas Kini Sekarang.

    Menyemak untuk kemas kini Office secara manual dalam Word 2016
Office 2013
  • Dalam aplikasi Office 2013, seperti Word 2013, pilih Fail > Akaun > Opsyen Kemas Kini > Kemas Kini Sekarang.

    Menyemak untuk kemas kini Office secara manual dalam Word 2013
Office 2010
  • Dalam aplikasi Office 2010, seperti Word 2010, pilih Fail > Bantuan > Semak Kemas Kini.

    Menyemak untuk kemas kini Office secara manual dalam Word 2010
Office 2007
  • Dalam aplikasi Office 2007, seperti Word 2007, pilih Butang Microsoft Office Imej butang > Opsyen Word > Sumber > Semak Kemas Kini.

    Menyemak kemas kini Office dalam Word 2007

    Nota  Anda mungkin akan diminta untuk mengemas kini pelayar anda tetapi seharusnya mempunyai satu tab yang bertajuk Microsoft Update yang anda boleh tujui dan klik pada Pasang agar anda boleh menyemak untuk kemas kini.

Untuk sistem pengendalian anda
  1. Untuk sistem pengendalian anda, ikuti langkah di atas untuk pergi ke Windows Update.

  2. Pilih Semak Kemas Kini. Beginilah rupanya dalam Windows 7.

    Menyemak kemas kini baru

  3. Pilih kemas kini yang anda ingin pasang dan pilih OK.

    Memilih kemas kini

  4. Klik Pasang Kemas Kini.

Berkenaan Dengan: Excel 2016, Word 2016, Outlook 2016, PowerPoint 2016, OneNote 2016, Publisher 2016, Access 2016, Visio Professional 2016, Visio Standard 2016, Project Profesional 2016, Access 2016 Developer, Excel 2013, Word 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, OneNote 2013, Publisher 2013, Access 2013, Visio 2013, InfoPath 2013, Excel 2010, Word 2010, Outlook 2010, PowerPoint 2010, Access 2010, OneNote 2010, Publisher 2010, Visio 2010, Project 2010, InfoPath 2010, Excel 2007, Word 2007, Outlook 2007, PowerPoint 2007, Access 2007, Publisher 2007, Visio 2007, OneNote 2007, InfoPath 2007, Office 2010, Visio Standard 2007, Visio Standard 2010, Visio Professional 2013, Project Pro for Office 365, Project Standard 2007, Project Standard 2010, Project Standard 2013, Project Standard 2016, Project Professional 2013



Adakah maklumat ini membantu?

Ya Tidak

Bagaimana kami boleh menambah baiknya?

255 baki aksara

Untuk melindungi privasi anda, jangan masukkan maklumat hubungan dalam maklum balas anda. Semak semula dasar privasi.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Ubah bahasa