Menambah gambar rajah Visio pada halaman

Jika anda ingin menyimpan rekod kerja anda dalam satu tempat atau menunjukkan petikan data anda, anda boleh menambah gambar rajah Visio (juga dipanggil lukisan) pada halaman dalam buku nota anda. Dalam dunia buku dan penjilid, opsyen ini adalah sama dengan membuat salinan gambar rajah anda dan melampirkannya pada nota kertas anda.

Apabila anda menambah gambar rajah Visio pada halaman dalam OneNote, anda boleh sama ada:

Melampirkan fail Visio

Membenamkan imej statik gambar rajah

Mencipta gambar rajah baru

Gambaran keseluruhan gambar rajah diselitkan pada halaman

Sentiasa ingat bahawa sebarang perubahan yang anda buat pada gambar rajah dalam OneNote tidak akan muncul pada fail asal dalam Visio. Begitu juga, jika anda mengubah gambar rajah Visio asal, perubahan anda tidak akan muncul dalam salinan dalam OneNote.

Melampirkan fail Visio

Jika anda ingin mencipta salinan gambar rajah anda dan menambah pautan pada salinan tersebut terus dalam nota anda, iaitu di tempat yang anda akan perlukannya kemudian, gunakan opsyen ini. Pautan akan muncul sebagai ikon yang membuka gambar rajah Visio yang berfungsi sepenuhnya apabila anda dwiklik padanya.

Penting: Ingat bahawa anda mencipta salinan gambar rajah Visio asal anda. Perubahan yang anda buat pada salinan dalam OneNote tidak akan muncul dalam salinan asal anda. Tindakan mengubah fail asal tidak akan mengemas kini salinannya.

  1. Pada tab Selitkan, klik Gambar Rajah > Lukisan Visio Sedia Ada.

    Selitkan lukisan Visio sedia ada

  2. Cari dan klik fail yang anda ingin tambah dan klik Selitkan.

  3. Klik Lampirkan Fail.

Imej berikut menunjukkan rupa gambar rajah yang dilampirkan.

Selitkan ikon fail Visio pada halaman

Penting: Pastikan anda tidak memadamkan ikon, jika tidak anda tidak dapat mengedit gambar rajah.

Membenamkan imej statik gambar rajah

Opsyen ini mencipta salinan gambar rajah anda dan menambah pautan pada salinan tersebut terus dalam nota anda bersama-sama dengan imej statik gambar rajah anda. Pautan akan muncul sebagai ikon yang membuka gambar rajah Visio yang berfungsi sepenuhnya apabila anda dwiklik padanya. Jika anda mengemas kini gambar rajah yang dipautkan, imej terbenam akan disegar semula secara automatik untuk menunjukkan perubahan anda.

Penting: Ingat bahawa anda mencipta salinan gambar rajah Visio asal anda. Perubahan yang anda buat pada salinan dalam OneNote tidak akan muncul dalam salinan asal anda. Tindakan mengubah fail asal tidak akan mengemas kini salinannya.

  1. Pada tab Selitkan, klik Gambar Rajah > Lukisan Video Sedia Ada.

  2. Cari dan klik fail yang anda ingin tambah dan klik Selitkan.

  3. Klik Selitkan Gambar Rajah.

    Imej di bawah menunjukkan rupa lukisan terbenam.

    Selitkan gambar rajah sedia ada pada halaman

    Nota: Pastikan anda tidak memadamkan ikon, jika tidak anda tidak dapat mengedit gambar rajah.

Mencipta gambar rajah baru

Jika anda ingin mencipta gambar rajah Visio baru, anda boleh melakukannya terus dari nota anda.

Sama seperti membenamkan imej statik bagi gambar rajah sedia ada, opsyen ini akan menyelitkan ikon yang membuka gambar rajah Visio yang berfungsi sepenuhnya apabila anda dwiklik padanya dan menunjukkan imej statik gambar rajah anda pada halaman. Jika anda mengemas kini gambar rajah yang dipautkan, imej terbenam akan disegar semula secara automatik untuk menunjukkan perubahan anda.

  1. Pada tab Selitkan, klik Gambar Rajah > Lukisan Visio Baru.

    Ikon Visio muncul pada halaman bersama-sama dengan gambar rajah yang kosong dan statik.

  2. Untuk mengedit gambar rajah, dwiklik ikon.

    Selitkan gambar rajah Visio baru

    Nota: Pastikan anda tidak memadamkan ikon, jika tidak anda tidak dapat mengedit gambar rajah.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×