MODE (Fungsi MODE)

Mengembalikan nilai dalam tatasusunan atau julat data yang paling kerap berlaku atau berulang.

Penting: Fungsi ini telah digantikan dengan satu atau lebih fungsi baru yang menyediakan ketepatan yang dipertingkatkan dan nama yang lebih menggambarkan kegunaannya. Walaupun fungsi ini masih tersedia untuk keserasian ke belakang, anda perlu mengambil kira menggunakan fungsi baru mulai sekarang kerana fungsi ini mungkin tidak tersedia dalam versi Excel yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi baru, lihat fungsi MODE.MULT dan fungsi MODE.SNGL.

Sintaks

MODE(number1,[number2],...)

Sintaks fungsi MODE mempunyai argumen berikut:

  • Number1     Diperlukan. Argumen nombor pertama yang anda ingin kirakan mod.

  • Number2,...     Pilihan. Argumen nombor 2 hingga 255 yang anda ingin kirakan mod. Anda juga boleh menggunakan tatasusunan tunggal atau rujukan kepada tatasusunan selain daripada argumen yang dipisahkan dengan koma.

Catatan

  • Argumen sama ada boleh merupakan nombor atau nama, tatasusunan atau rujukan yang mengandungi nombor.

  • Jika argumen tatasusunan atau rujukan mengandungi teks, nilai logik atau sel kosong, nilai tersebut akan diabaikan; walau bagaimanapun, sel dengan nilai sifar akan dirangkumi.

  • Argumen yang merupakan nilai ralat atau teks yang tidak boleh diterjemahkan kepada nombor akan menyebabkan ralat.

  • Jika set data tidak mengandungi titik data pendua, MODE mengembalikan nilai ralat #N/A.

Nota: Fungsi MODE mengukur kecenderungan memusat yang merupakan lokasi pusat kumpulan nombor dalam taburan statistik. Tiga ukuran kecenderungan memusat yang paling ketara adalah:

  • Purata     iaitu min aritmetik dan dikira dengan menambahkan sekumpulan nombor kemudian membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Contohnya, purata bagi 2, 3, 3, 5, 7 dan 10 adalah 30 dibahagi dengan 6 iaitu 5.

  • Median     iaitu nombor tengah bagi sekumpulan nombor; yakni, separuh daripada nombor tersebut mempunyai nilai yang lebih besar daripada median dan separuh nombor mempunyai nilai yang lebih kecil daripada median. Contohnya, median bagi 2, 3, 3, 5, 7 dan 10 adalah 4.

  • Mod     iaitu nombor yang muncul paling kerap dalam sekumpulan nombor. Contohnya, mod bagi 2, 3, 3, 5, 7 dan 10 adalah 3.

Untuk taburan simetri bagi sekumpulan nombor, ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat ini adalah sama. Untuk taburan pencong bagi sekumpulan nombor, ukuran-ukuran ini mungkin berbeza.

Contoh

Salin data contoh dalam jadual berikut dan tampalkannya dalam sel A1 lembaran kerja Excel baru. Untuk memastikan formula menunjukkan hasil, pilihnya, tekan F2 kemudian tekan Enter. Jika perlu, anda boleh melaraskan lebar lajur untuk melihat semua data.

Data

5.6

4

4

3

2

4

Formula

Perihalan

Hasil

=MODE(A2:A7)

Mod atau nombor yang muncul paling kerap di atas

4

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×