Kenyataan privasi Microsoft SharePoint 2013 OneDrive for Business bagi peranti mudah alih iOS

Kemas kini terakhir: Februari 2014

Kenyataan privasi ini menjelaskan pengumpulan data dan amalan penggunaan Microsoft SharePoint 2013 OneDrive for Business untuk peranti mudah alih iOS (“OneDrive for Business”). Kenyataan ini tidak digunakan pada laman, produk atau perkhidmatan Microsoft yang lain, sama ada dalam talian atau di luar talian.

Sila ambil perhatian bahawa kenyataan privasi lain boleh diguna pakai pada data yang anda capai dan hantar melalui aplikasi OneDrive for Business, seperti kenyataan privasi organisasi atau syarikat yang memberikan anda capaian kepada Microsoft SharePoint dan kenyataan privasi yang berkaitan dengan peranti anda.

Aplikasi OneDrive for Business telah direka untuk membolehkan pengguna peranti mudah alih iOS mencapai OneDrive for Business pada penyewaan Microsoft SharePoint organisasi mereka. Aplikasi OneDrive for Business mengumpul dan menghantar maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang secara peribadi, seperti e-mel dan kata laluan pengguna untuk tujuan pengesahan sahaja, seperti yang diterangkan dalam dokumentasi aplikasi. Demi mengelakkan keraguan, Microsoft tidak menggunakan maklumat ini untuk apa-apa tujuan lain. Melainkan organisasi anda menggunakan SharePoint Online, tiada maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang secara peribadi akan dihantar kepada Microsoft melalui penggunaan aplikasi OneDrive for Business. Jika anda atau organisasi anda menggunakan SharePoint Online, Microsoft tidak akan memproses maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang secara peribadi sebagai pengawal data. Sila hubungi pentadbir organisasi anda atau dokumentasi bantuan aplikasi SharePoint Online atau OneDrive for Business untuk butiran lanjut.

Microsoft mengalu-alukan komen anda yang berkenaan dengan kenyataan privasi ini. Jika anda mempunyai soalan tentang kenyataan ini atau yakin kami tidak menepatinya, sila hubungi kami menggunakan borang web kami di Hubungi Kami: Maklum Balas Privasi atau gunakan maklumat hubungan yang dibekalkan di bawah:

Privasi Microsoft

Microsoft Corporation
One Microsoft Way
Redmond, Washington 98052 USA

ossFindMicrosoftSubsidiary

Maklumat lanjut mengenai ciri OneDrive for Business, contohnya, maklumat pengesahan dan cache, boleh ditemui dalam dokumentasi bagi aplikasi ini.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×