Kenyataan Privasi untuk Produk Skype for Business 2015

Kemas kini terakhir: April 2015

Untuk memahami pengumpulan data dan amalan penggunaan yang berkaitan untuk produk atau perkhidmatan Skype for Business tertentu, kami mencadangkan anda membaca Kenyataan Privasi ini dan sebarang tambahan yang berkenaan.

Umum

Microsoft komited untuk melindungi privasi anda dan pada masa yang sama menyediakan perisian yang memberikan prestasi, kuasa dan kemudahan yang anda kehendaki dalam penggunaan komputer peribadi anda. Kenyataan privasi ini menjelaskan amalan pengumpulan data dan penggunaan yang berkaitan dengan produk Microsoft yang disenaraikan dalam seksyen Tambahan dokumen ini. Ia bertumpu pada ciri yang berkomunikasi dengan Internet. Ia tidak digunakan pada laman, produk atau perkhidmatan dalam talian atau luar talian Microsoft yang lain.

Tambahan – Keluaran Produk Skype for Business 2015

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Anda

Maklumat yang kami kumpulkan daripada anda akan digunakan oleh Microsoft dan subsidiari serta sekutu yang dikawalnya untuk mendayakan ciri-ciri yang anda gunakan dan untuk menyediakan perkhidmatan atau menjalankan urus niaga yang anda minta atau benarkan. Ia mungkin juga digunakan untuk menganalisis dan meningkatkan produk dan perkhidmatan Microsoft.

Kami juga mungkin menghantar komunikasi perkhidmatan wajib seperti surat alu-aluan, peringatan pengebilan, maklumat tentang isu perkhidmatan teknikal dan pengumuman keselamatan. Sesetengah perkhidmatan Microsoft mungkin menghantar surat ahli berkala yang dianggap sebahagian daripada perkhidmatan tersebut. Kami mungkin dari semasa ke semasa meminta maklum balas anda, menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik atau menghantar kepada anda mel promosi untuk memaklumkan anda tentang produk atau perkhidmatan lain daripada Microsoft dan sekutunya.

Untuk memberikan anda pengalaman yang lebih konsisten dan diperibadikan dalam interaksi anda dengan Microsoft, maklumat yang dikumpul melalui perkhidmatan Microsoft mungkin digabungkan dengan maklumat yang dikumpul melalui perkhidmatan Microsoft yang lain. Kami juga mungkin menambahkan maklumat yang kami kumpul dengan maklumat yang diperoleh daripada syarikat lain. Contohnya, kami mungkin menggunakan perkhidmatan daripada syarikat lain yang membolehkan kami memperoleh kawasan geografi umum berdasarkan alamat IP anda untuk menyesuaikan perkhidmatan tertentu berdasarkan kawasan geografi anda.

Kecuali seperti yang diperihalkan dalam kenyataan ini, maklumat peribadi yang anda bekalkan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga tanpa keizinan anda. Kadangkala kami menggunakan khidmat syarikat lain untuk menyediakan khidmat terhad bagi pihak kami, misalnya menjawab pertanyaan pelanggan tentang produk atau perkhidmatan atau menjalankan analisis statistik tentang perkhidmatan kami. Kami membekal kepada syarikat tersebut hanya maklumat peribadi yang diperlukan oleh mereka untuk memberikan perkhidmatan dan mereka dilarang menggunakan maklumat itu untuk tujuan lain.

Microsoft mungkin mencapai atau mendedahkan maklumat tentang anda, termasuk kandungan komunikasi anda, dengan tujuan: (a) mematuhi undang-undang atau sebagai respons kepada permintaan sah atau proses undang-undang; (b) melindungi hak atau harta Microsoft atau pelanggan kami, termasuk penguatkuasaan persetujuan atau dasar kami yang mentadbir penggunaan perkhidmatan oleh anda; atau (c) bertindak atas kepercayaan secara jujur bahawa capaian atau pendedahan seumpamanya adalah perlu untuk melindungi keselamatan peribadi pekerja, pelanggan Microsoft atau orang awam.

Maklumat yang dikumpulkan oleh atau dihantar ke Microsoft oleh produk yang disenaraikan dalam seksyen Tambahan dokumen ini mungkin disimpan dan diproses dalam Amerika Syarikat atau dalam mana-mana negara/rantau yang Microsoft atau sekutu, subsidiari, atau pembekal perkhidmatannya mempunyai kemudahan. Microsoft mematuhi rangka kerja safe harbor seperti yang disetkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat berkenaan pengumpulan, penggunaan dan pengekalan data daripada Kesatuan Eropah atau Switzerland.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat tentang Komputer Anda

Apabila anda menggunakan perisian yang mempunyai ciri didayakan Internet, maklumat tentang komputer anda ("maklumat komputer standard") dihantar ke laman web yang anda kunjungi dan perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan. Microsoft menggunakan maklumat komputer standard untuk membekalkan anda khidmat didayakan Internet, untuk membantu memperbaiki produk dan perkhidmatan kami serta untuk analisis statistik. Maklumat komputer standard lazimnya termasuk maklumat seperti alamat IP, versi sistem pengendalian, versi pelayar dan seting bahasa serantau. Dalam sesetengah kes, maklumat komputer standard juga boleh termasuk ID perkakasan yang menyatakan pengeluar peranti, nama peranti dan versi. Jika ciri atau perkhidmatan tertentu menghantar maklumat kepada Microsoft, maklumat komputer standard juga akan dihantar.

Keselamatan Maklumat Anda

Microsoft komited untuk membantu melindungi keselamatan maklumat anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan prosedur keselamatan untuk membantu melindungi maklumat anda daripada capaian, penggunaan atau pendedahan yang tidak diizinkan. Contohnya, kami menyimpan maklumat yang anda bekalkan pada sistem komputer dengan capaian terhad yang terletak dalam kemudahan terkawal.

Perubahan pada Kenyataan Privasi Ini

Kami akan mengemas kini kenyataan privasi ini dan/atau tambahannya dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam produk, perkhidmatan dan maklum balas pelanggan kami. Apabila kami menyiarkan perubahan, kami akan mengubah tarikh "kemas kini terakhir" di atas halaman. Kami menggalakkan anda menyemak Kenyataan Privasi ini dan tambahannya dari semasa ke semasa untuk mengetahui cara Microsoft melindungi maklumat anda.

Untuk maklumat lanjut

Microsoft mengalu-alukan komen anda berkenaan Kenyataan Privasi ini dan tambahannya. Jika anda mempunyai soalan atau yakin bahawa kami tidak menepati dokumen ini, sila hubungi kami menggunakan Borang Perhubungan untuk Maklum Balas Privasi atau melalui mel, di alamat berikut:

Microsoft Privacy – Skype for Business
Microsoft Corporation
One Microsoft Way
Redmond, Washington 98052 USA

Ciri Khusus

Pelaporan Ralat Microsoft

Fungsi Ciri ini: Pelaporan Ralat Microsoft menyediakan perkhidmatan yang membenarkan anda melaporkan masalah yang anda hadapi kepada Microsoft dan juga menerima maklumat yang membantu anda mengelakkan atau menyelesaikan masalah tersebut.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Untuk maklumat mengenai maklumat yang dikumpul, diproses atau dihantar oleh Pelaporan Ralat Microsoft, lihat kenyataan privasi Pelaporan Ralat Microsoft di Kenyataan Privasi bagi Perkhidmatan Pelaporan Ralat Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Data pelaporan ralat yang anda serahkan mungkin digunakan untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan untuk meningkatkan perisian dan perkhidmatan Microsoft.

Pilihan/Kawalan: Anda akan diberi peluang untuk menyertai Pelaporan Ralat Microsoft pada kali pertama anda menghadapi ralat. Apabila anda pilih untuk mendayakannya, Pelaporan Ralat Microsoft akan melaporkan masalah yang anda hadapi kepada Microsoft secara automatik.

Dalam kes-kes yang jarang, seperti masalah yang amat sukar diselesaikan, Microsoft mungkin meminta data tambahan, termasuk seksyen memori (yang mungkin termasuk memori yang dikongsi dengan sebarang atau semua aplikasi yang sedang berjalan pada masa masalah tersebut berlaku), sesetengah seting daftaran dan satu atau lebih fail daripada komputer anda. Dokumen semasa anda juga mungkin dirangkumi. Apabila data tambahan diminta, anda akan berpeluang untuk melihat maklumat yang terkandung dalam laporan ralat sebelum memilih untuk menghantar laporan tersebut kepada Microsoft.

Maklumat Penting: Pelanggan perusahaan boleh menggunakan Dasar Kumpulan untuk mengkonfigurasikan cara Pelaporan Ralat Microsoft berfungsi dalam komputer mereka. Opsyen konfigurasi termasuk keupayaan mematikan Pelaporan Ralat Microsoft. Sekiranya anda seorang pentadbir dan ingin mengkonfigurasikan Dasar Kumpulan untuk Pelaporan Ralat Microsoft, butiran teknikal boleh diperoleh daripada TechCenter Dasar Kumpulan Windows Server.

Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server

Fungsi Ciri ini: Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server ialah perkhidmatan yang digunakan untuk menolak pemberitahuan kemas kini - seperti pemberitahuan dan jemputan mesej segera, pemberitahuan mesej sedang menunggu dan pemberitahuan panggilan terlepas - ke peranti mudah alih yang dipasang dengan Microsoft Lync 2010 atau klien mudah alih yang lebih terkini dan dikonfigurasikan untuk menerima pemberitahuan tolakan.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Semua pemberitahuan mesej segera; pemberitahuan mesej sedang menunggu dan pemberitahuan panggilan terlepas yang dihantar kepada Skype for Business yang dipasang pada peranti mudah alih akan dihalakan melalui Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server untuk dihantar kepada penerima mudah alih yang ditentukan. Maklumat tambahan yang melalui Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server mungkin termasuk nama paparan penghantar, pratonton mesej dan ID perbualan. Apabila perbualan mesej segera telah diwujudkan antara peserta, mesej segera tidak akan menggunakan lagi Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang dihantar kepada Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server digunakan untuk memproses dan menghantar pemberitahuan mesej segera, mesej sedang menunggu dan panggilan terlepas kepada penerima yang ditujukan. Microsoft tidak menyimpan data yang dihantar kepada Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server. Pemberitahuan akan dihantar ke telefon bimbit pengguna melalui Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan pihak ketiga, bergantung pada peranti mudah alih pengguna; contohnya, mesej yang dihantar dari atau ke peranti Apple akan melalui Perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple. Microsoft tidak bertanggungjawab atas data yang dikumpulkan oleh perkhidmatan pemberitahuan tolakan pihak ketiga tersebut. Untuk maklumat tentang dasar pengumpulan data dan penggunaan mereka, sila lihat Tambahan Privasi yang khusus untuk peranti mudah alih anda (disenaraikan di atas halaman ini).

Pilihan/Kawalan: Penggunaan Perkhidmatan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server diperlukan untuk menggunakan kelebihan keupayaan Pemberitahuan Tolakan Skype for Business Server yang digunakan oleh peranti mudah alih dalam organisasi anda. Untuk mengetahui sama ada keupayaan ini telah didayakan dalam organisasi anda, hubungi pentadbir perusahaan anda. Sekiranya pemberitahuan tolakan didayakan dalam organisasi anda dan peranti anda berupaya menerima dan memaparkannya, anda dapat mendayakan atau menyahdayakannya pada peranti anda, namun menyahdayakannya hanya menyahdayakan pemberitahuan tetingkap timbul atau bunyi yang digunakan oleh peranti anda untuk memberitahu anda. Ia tidak menghalang peranti anda daripada menerima mesej atau pemberitahuan baru.

Maklum Balas Dalam Talian

Fungsi Ciri ini: Maklum Balas Dalam Talian membolehkan anda membekalkan maklum balas tentang produk dan perkhidmatan terus kepada Microsoft.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Maklum Balas Dalam Talian, kandungan mesej dan maklumat komputer standard akan dihantar kepada Microsoft.

Penggunaan Maklumat: Maklumat yang anda serahkan mungkin digunakan untuk meningkatkan laman, produk atau perkhidmatan Microsoft. Maklumat yang kami kumpulkan juga mungkin digunakan untuk meminta maklumat tambahan tentang maklum balas yang anda bekalkan mengenai produk atau perkhidmatan yang anda sedang gunakan.

Pilihan/Kawalan: Penggunaan Maklum Balas Dalam Talian adalah pilihan.

Bantuan Dalam talian

Fungsi Ciri ini: Mengklik Bantuan Dalam Talian menghubungkan anda ke bahan sokongan dalam talian dan membekalkan anda dengan bahan yang terkini.

Maklumat Dikumpul, Diproses atau Dihantar: Apabila anda menggunakan Bantuan Dalam Talian atau Bantuan, permintaan anda dihantar kepada Microsoft, di samping sebarang penarafan atau maklum balas yang anda pilih untuk membekalkan tentang topik bantuan yang disampaikan kepada anda. Sekiranya anda menaipkan sebarang maklumat peribadi ke dalam kotak carian atau maklum balas, maklumat tersebut akan dihantar kepada Microsoft tetapi tidak akan digunakan untuk mengenal pasti anda atau menghubungi anda.

Penggunaan Maklumat: Bantuan Dalam Talian dan Bantuan menggunakan maklumat dalam carian anda untuk mengembalikan hasil yang paling berkenaan, membangunkan kandungan baru dan mempertingkatkan kandungan sedia ada.

Pilihan/Kawalan: Jangan klik Bantuan Dalam Talian atau Bantuan jika anda tidak ingin disambungkan ke bahan sokongan dalam talian.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×