Kenyataan Privasi untuk OneNote

Kemas kini terakhir: Oktober 2012

Kenyataan Privasi Office 2013

Oleh sebab pasukan Microsoft Office menghormati privasi anda, kami inginkan anda memahami cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat mengenai anda. Kami komited untuk membantu melindungi privasi maklumat anda dan membantu memastikan anda mempunyai kawalan penuh terhadap cara maklumat anda digunakan dan dikongsi.

Umum

Kami bekerja keras melindungi privasi anda di Microsoft dan pada masa yang sama menyediakan produk yang memberikan prestasi, kuasa dan kemudahan yang anda kehendaki dalam penggunaan komputer peribadi anda. Kenyataan Privasi ini menerangkan kebanyakan daripada pengumpulan dan penggunaan amalan Microsoft OneNote yang merupakan aplikasi untuk peranti Windows 8. Sila baca maklumat di bawah dan juga sebarang maklumat tambahan yang dipaut pada halaman ini bagi butiran tambahan tentang program dan perkhidmatan OneNote tertentu yang anda mungkin gunakan. Ini tidak bertujuan menjadi senarai yang menyeluruh dan tidak digunakan pada sebarang laman, produk atau perkhidmatan Microsoft dalam talian atau di luar talian.

Seperti dengan semua produk Microsoft Office, keluaran direka bentuk untuk membolehkan anda menghimpun, memapar dan berkongsi data anda dengan cepat bersama orang lain. Microsoft komited untuk membantu melindungi privasi data anda dan memastikan anda mempunyai kawalan penuh terhadap cara data anda digunakan dan diagihkan.

Pautan berkaitan

Pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda

Kami menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpulkan untuk mendayakan ciri yang anda gunakan dan menyediakan perkhidmatan atau menjalankan permintaan yang anda benarkan. Kami juga mungkin gunakan maklumat tersebut untuk meminta maklum balas, menyediakan kemas kini dan pemberitahuan kritikal berkenaan perisian, meningkatkan produk atau perkhidmatan, contohnya, pepijat dan pertanyaan borang kaji selidik, atau untuk menyediakan anda dengan notis peristiwa lebih awal atau memberitahu anda tentang keluaran produk baru.

Sesetengah maklumat peribadi yang anda masukkan mungkin disertakan dalam fail Microsoft Office anda dalam bentuk metadata (data pada data). Metadata ini digunakan oleh program Office untuk membantu anda bekerjasama dengan orang lain pada fail anda. Arahan untuk mengalih keluar metadata daripada fail anda boleh ditemui dalam maklumat tambahan tentang program Office tertentu.

Kecuali seperti yang diperihalkan dalam kenyataan ini, maklumat peribadi yang anda bekalkan tidak dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa keizinan anda. Kadangkala kami menggunakan khidmat syarikat lain untuk menyediakan khidmat terhad bagi pihak kami, misalnya menyediakan sokongan pelanggan. Kami hanya membekalkan syarikat tersebut dengan maklumat peribadi yang diperlukan oleh mereka untuk membekalkan perkhidmatan. Mereka diwajibkan untuk merahsiakan maklumat itu dan dilarang menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan lain.

Maklumat peribadi yang dikumpulkan atau dihantar kepada Microsoft mungkin disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara/rantau yang mana Microsoft atau sekutu, subsidiari, atau pembekal perkhidmatannya mempunyai kemudahan. Microsoft mematuhi rangka kerja safe harbor seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. berkenaan pengumpulan, penggunaan dan pengekalan data daripada Kesatuan Eropah atau Switzerland.

Microsoft mungkin mencapai atau mendedahkan maklumat tentang anda, termasuk kandungan komunikasi anda, dengan tujuan: (a) mematuhi undang-undang atau sebagai respons kepada permintaan sah atau proses undang-undang; (b) melindungi hak atau harta Microsoft atau pelanggan kami, termasuk penguatkuasaan persetujuan atau dasar kami yang mentadbir penggunaan perkhidmatan oleh anda; atau (c) bertindak atas kepercayaan secara jujur bahawa capaian atau pendedahan seumpamanya adalah perlu untuk melindungi keselamatan peribadi pekerja, pelanggan Microsoft atau orang awam.

Pengumpulan dan penggunaan maklumat tentang komputer anda

OneNote merangkumi beberapa ciri yang menggunakan Internet untuk memberikan anda maklumat tambahan atau untuk berkongsi data dengan orang lain. Ciri-ciri ini tersedia apabila anda mempunyai sambungan aktif pada Internet.

Setiap kali OneNote menghubungi pelayan Microsoft, maklumat tentang komputer anda ("maklumat komputer standard") akan dihantar ke laman web yang anda kunjungi dan perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan. Microsoft menggunakan maklumat komputer standard untuk membekalkan anda khidmat didayakan Internet, untuk membantu memperbaiki produk dan perkhidmatan kami serta untuk analisis statistik. Maklumat komputer standard lazimnya termasuk maklumat seperti alamat IP, versi sistem pengendalian, versi pelayar dan seting bahasa serantau. Jika ciri atau perkhidmatan tertentu menghantar maklumat kepada Microsoft, maklumat komputer standard juga dihantar.

Selepas OneNote telah dipasang, permintaan Internet pada masa hadapan daripada komputer tersebut mungkin mengandungi maklumat yang termasuk nama produk perisian anda dan nombor versinya. Maklumat ini digunakan oleh laman web untuk memberikan anda bahan yang serasi dengan OneNote. Maklumat ini tidak mengandungi maklumat pengecaman peribadi.

Dari semasa ke semasa, Microsoft mungkin mengubah sesetengah alamat Internet (URL) bagi perkhidmatan Internet yang disediakannya. Untuk memastikan perkhidmatan yang lancar, Microsoft mungkin memuat turun fail ke sistem anda yang mengandungi alamat Internet baru yang perlu dicapai oleh OneNote untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Internet.

Pada kali pertama anda memilih ciri yang memerlukan perisian menyambung ke perkhidmatan Internet, perisian tersebut menghantar permintaan untuk memuat turun fail XML, bersama dengan aplikasi anda, penempatan dan bahasa yang anda telah pilih serta versi aplikasi yang anda miliki. Berdasarkan maklumat itu, Microsoft menghantar kepada klien anda fail XML yang mengandungi senarai URL untuk perkhidmatan Internet Microsoft Office.

Kuki

Kuki adalah fail teks kecil yang diletakkan dalam cakera keras anda oleh pelayan Internet. Kuki mengandungi maklumat yang kemudiannya boleh dibaca oleh pelayan Internet dalam domain yang mengeluarkan kuki tersebut kepada anda. Kuki tidak dapat digunakan untuk menjalankan aplikasi atau menghantar virus ke komputer anda.

Salah satu kegunaan utama kuki adalah menyediakan ciri kemudahan untuk menjimatkan masa anda. Contohnya, kuki yang digunakan oleh Microsoft Office membantu OneNote mengingati laman Microsoft SharePoint Foundation yang anda lawati sebelum ini. Ini meringkaskan proses pencarian laman itu sekali lagi dan menghantar kandungan berkaitan.

Setiap kali OneNote menghubungi pelayan Microsoft, ia mungkin boleh menyimpan atau mencapai kuki. Kami juga menggunakan kuki untuk membantu mengumpulkan maklumat mengenai halaman yang dilawati oleh pelanggan kami dalam Office.com. Data lawatan laman ini hanya dikenal pasti oleh nombor ID yang unik dan ia tidak pernah dipautkan dengan maklumat peribadi melainkan anda bersetuju seperti yang diperihalkan di bahagian lain dalam Kenyataan Privasi.

Anda boleh menerima atau menolak kuki, mengubah bahasa atau penempatan anda dengan mengubah seting pada tab Privasi bagi Opsyen Internet dalam Panel Kawalan. Anda juga boleh mengawal kuki yang digunakan oleh Office pada menu Alat dalam Internet Explorer 8 dan 9, dengan mengklik tab Opsyen Internet > Privasi.

Microsoft Office menerima seting privasi yang anda pilih di bawah Opsyen Internet dalam Panel Kawalan Windows atau dalam Internet Explorer dan tidak memuat turun kuki jika anda memilih untuk tidak membenarkan kuki dimuat turun. Ciri yang menggunakan kuki tersebut yang diperihalkan kemudian dalam kenyataan ini mungkin tidak berfungsi dengan betul berdasarkan seting ini. Selain itu, ciri yang digunakan oleh laman web dan perkhidmatan yang menggunakan kuki mungkin tidak berfungsi dengan betul dalam Internet Explorer. Kuki yang disimpan pada cakera keras anda sebelumnya mungkin masih dibaca oleh OneNote melainkan anda menggunakan Opsyen Internet dalam Panel Kawalan atau Internet Explorer untuk mengalih keluar kuki yang disimpan sebelumnya.

Pengesahan akaun Microsoft

OneNote memerlukan anda mendaftar masuk ke aplikasi dengan alamat e-mel dan kata laluan yang berkaitan dengan akaun Microsoft anda atau ID pengguna yang anda gunakan untuk mencapai Office 365. Apabila anda mendaftar masuk ke OneNote dengan akaun Microsoft anda, nota yang anda cipta dalam OneNote akan disimpan dalam OneDrive secara automatik.

Jika anda tidak mempunyai akaun Microsoft, anda boleh pergi ke dalam talian ke perkhidmatan akaun Microsoft untuk menciptanya.

Apabila anda mencipta akaun Microsoft melalui Microsoft Office atau Office.com, maklumat pendaftaran yang anda berikan disimpan dalam profil akaun Microsoft anda dan beberapa maklumat pendaftaran tersebut mungkin disimpan oleh perkhidmatan Office.com. Untuk mengetahui tentang beberapa perkhidmatan akaun Microsoft, maklumat yang disimpan dalam profil akaun Microsoft dan cara akaun Microsoft menggunakan dan membantu untuk melindungi maklumat peribadi anda, sila baca Kenyataan Privasi akaun Microsoft.

Menggunakan OneNote apabila anda mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft

Windows 8 memberikan pengguna kebolehan untuk mendaftar masuk ke Windows 8 menggunakan akaun Microsoft untuk menyegerakkan seting tertentu dan mempunyai pengalaman peribadi merentasi peranti yang juga menjalankan Windows 8. Apabila anda mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft, anda akan mendaftar masukkan ke OneNote secara automatik menggunakan akaun Microsoft yang sama. Hal ini membolehkan anda menyimpan dan mencapai fail OneNote dalam OneDrive tanpa diminta untuk memasukkan semula nama pengguna dan kata laluan Windows 8 anda.

Untuk maklumat lanjut tentang akaun Microsoft dalam Windows 8, sila lihat Kenyataan Privasi Windows 8.

Pengesahan Office 365

ID yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Microsoft Office 365 membolehkan anda mencapai kandungan Office 365 dengan OneNote. Untuk berbuat demikian, anda serahkan alamat e-mel dan kata laluan berkaitan dengan akaun Office 365 anda.

Pelesenan dan Pengaktifan OneNote

Pengaktifan membantu mengurangkan cetak rompak perisian, yang membantu memastikan pelanggan Microsoft mendapat kualiti perisian yang diharapkan oleh mereka. Pengaktifan bermaksud kunci produk khusus boleh dikaitkan dengan perkakasan yang ia dipasangkan. Terma Lesen Perisian Microsoft untuk OneNote menyatakan berapa kali kunci produk anda boleh digunakan untuk pengaktifan. Selepas anda telah memasang OneNote untuk beberapa kali tertentu pada komputer yang sama atau berbeza, kunci produk tersebut tidak lagi boleh digunakan untuk pengaktifan pada komputer lain.

Untuk menikmati kefungsian dan ciri OneNote dengan sepenuhnya, pengguna mesti mempunyai lesen sah dan mengaktifkan aplikasi. Apabila anda menggunakan OneNote dan mendaftar masuk ke aplikasi dengan akaun Microsoft atau mendaftar masuk dengan ID yang anda gunakan untuk mencapai Office 365, maklumat mungkin dihantar ke Microsoft untuk menentukan sama ada anda mempunyai langganan atau lesen pukal yang sah dengan akaun atau ID anda. Jika Office menentukan anda mempunyai langganan yang sah atau lesen pukal dengan akaun atau ID anda, maklumat pengaktifan berikut dihantar kepada Microsoft untuk mengaktifkan aplikasi:

  • Kod produk Microsoft, iaitu kod lima digit yang mengenal pasti produk Office yang anda aktifkan.

  • ID saluran atau kod laman yang mengenal pasti tempat anda memperoleh produk Office. Sebagai contoh, ia mengenal pasti sama ada produk dijual secara runcit, adalah salinan penilaian, tertakluk kepada program pelesenan pukal atau diprapasang oleh pengeluar komputer.

  • Tarikh pemasangan.

  • Maklumat sistem dan maklumat tentang perkakasan yang digunakan untuk menjalankan produk Office.

  • Maklumat yang membantu Microsoft menentukan sama ada perisian anda telah diaktifkan dengan betul dan tertakluk kepada lesen yang bersesuaian dan sah.

Anda boleh melihat maklumat mengenai sama ada perisian anda telah diaktifkan dengan betul dalam Seting OneNote.

Langganan

Apabila anda membeli atau menaik taraf, langganan membolehkan anda menggunakan OneNote daripada Office.com, anda mesti menyediakan akaun Microsoft untuk melengkapkan pengalaman pembelian. Selepas anda berjaya memuat turun OneNote ke komputer anda dan mendaftar masuk ke aplikasi dengan akaun berkaitan dengan langganan anda, maklumat yang memberitahu anda mempunyai hak untuk menggunakan OneNote pada komputer tersebut disimpan pada komputer anda. Dari semasa ke semasa, apabila anda mendaftar masuk dan menggunakan OneNote, maklumat dihantar kepada Microsoft untuk memastikan anda mempunyai langganan sah, termasuk maklumat pengaktifan yang tersenarai di atas, versi OneNote yang kini telah anda pasang (jika ada), seting bahasa OneNote anda dan maklumat komputer standard.

Pelesenan Pukal

Salinan OneNote anda boleh mengesan dan menerima perubahan pada konfigurasi peranti anda. Naik taraf kecil tidak memerlukan pengaktifan semula. Jika anda membuang pemasangan OneNote, anda mungkin perlu mengaktifkan semula produk anda. Sesetengah perubahan terhadap komponen atau perisian komputer mungkin memerlukan anda mengaktifkan semula perisian.

Jika anda mengaktifkan semasa menaik taraf daripada produk Microsoft Office tertentu, seperti versi percubaan OneNote, pengaktifan juga mengumpulkan maklumat daripada komputer anda mengenai versi produk yang anda naik taraf, termasuk jangka masa anda menggunakan produk sebegini. Pengaktifan juga menyebabkan nombor terjana daripada konfigurasi perkakasan komputer dan maklumat komputer standard dihantar kepada Microsoft.

Berdasarkan keadaan tertentu, misalnya ketika pengaktifan tidak dilengkapkan, anda juga mungkin diminta untuk mengaktifkan semula salinan Microsoft Office anda. Jika ini berlaku, Bestari Pengaktifan boleh membenarkan anda mendapatkan maklumat lanjut tentang sama ada salinan Office anda diaktifkan dengan betul dan cara anda boleh menyelesaikan sebarang isu pengaktifan. Memilih untuk mendapatkan maklumat sedemikian akan menghantar maklumat yang lazimnya dihantar semasa pengaktifan kepada Microsoft.

Jika anda tidak mengaktifkan atau mengaktifkan semula salinan Microsoft Office anda, anda mungkin tidak dapat menggunakannya atau ia mungkin ditandakan sebagai tidak dilesenkan dengan betul. Sebagai contoh, mungkin terdapat penanda visual pada bar tajuk menyatakan bahawa salinan anda tidak dilesenkan dengan betul.

Membeli OneNote daripada Gedung Windows

Bahagian “Pelesenan dan Pengaktifan “OneNote” tidak digunakan jika anda membeli lesen untuk menggunakan OneNote dari Gedung Windows. Untuk maklumat mengenai data yang dikumpulkan oleh Gedung Windows, rujuk kepada Terma Penggunaan Gedung Windows dan Kenyataan Privasi Windows 8.

Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan

Anda dijemput untuk menyertai Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP) kami untuk meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan dan prestasi perisian dan perkhidmatan Microsoft.

Pada halaman seting penyesuaian, anda boleh memilih untuk Hantarkan kami maklumat untuk membantu menjadikan OneNote lebih baik atau tidak.

Jika anda memutuskan untuk mengambil bahagian, Microsoft akan mengumpul maklumat mengenai konfigurasi perkakasan anda dan cara anda menggunakan perisian dan perkhidmatan kami untuk mengenal pasti corak arah aliran dan penggunaan. Untuk butiran penuh mengenai CEIP, sila tuju ke laman web Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan Microsoft.

Keselamatan

Microsoft komited untuk membantu melindungi keselamatan maklumat peribadi anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan prosedur keselamatan untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada capaian, penggunaan atau pendedahan yang tidak diizinkan.

SharePoint Foundation

Microsoft SharePoint Foundation 2013 membekalkan laman Ruang Kerja berkongsi dan berdasarkan web yang anda boleh bekerjasama pada dokumen atau mesyuarat.

Apabila anda pergi ke laman SharePoint sama ada menggunakan pelayar web anda atau sebarang program Microsoft Office, laman tersebut menyimpan kuki ke komputer anda jika anda mempunyai keizinan untuk mencipta sublaman baru pada laman tersebut. Kuki ini membentuk satu senarai laman yang anda mempunyai keizinan. Senarai ini digunakan oleh sesetengah program Office untuk menyediakan anda capaian segera ke laman yang dilawati sebelum ini.

Senarai laman yang anda lawati tidak dicapai oleh Microsoft dan tidak didedahkan pada Internet melainkan anda memilih untuk menjadikan senarai lebih tersedia.

Dalam SharePoint Foundation, apabila anda mencipta laman web atau senarai baru, atau apabila anda menambah atau menjemput individu ke laman web atau senarai sedia ada, laman menyimpan nama penuh dan alamat e-mel untuk setiap orang, termasuk anda.

ID pengguna ditambah pada setiap unsur yang anda atau pengguna laman lain tambah atau ubah pada laman. Seperti dengan semua kandungan pada laman SharePoint, hanya pentadbir dan ahli laman boleh mempunyai capaian ke maklumat ini.

Semua unsur pada laman SharePoint mempunyai medan: Dicipta Oleh dan Diubah Suai Oleh. Medan Dicipta Oleh mengandungi nama pengguna individu yang pada asalnya mencipta unsur dan tarikh penciptaannya. Medan Diubah Suai Oleh mengandungi nama pengguna individu yang terakhir mengubah fail dan tarikh pengubahsuaian terakhir.

Pentadbir pelayan yang laman SharePoint dihoskan dapat mencapai sesetengah data dari laman ini, yang digunakan untuk menganalisis corak penggunaan laman dan meningkatkan peratusan masa laman tersedia. Data ini hanya tersedia kepada pentadbir pelayan dan tidak dikongsi dengan Microsoft melainkan Microsoft mengehos laman SharePoint tersebut. Data merangkumi nama, alamat e-mel dan keizinan bagi setiap orang yang dapat mencapai laman tersebut.

Semua pengguna dengan capaian ke laman SharePoint tertentu boleh cari dan lihat semua kandungan yang tersedia pada laman tersebut.

Nama pengarang

Semua buku nota OneNote mengandungi nama pengarang yang mencipta buku nota, bahagian buku nota atau notanya. OneNote menunjukkan nama pengarang bagi orang terakhir yang mengubah suai nota.

OneNote juga menyimpan cap masa dalam fail, termasuk masa penciptaan dan masa diubah suai buat kali terakhir.

Penyegerakan buku nota OneNote membolehkan anda mengedit buku nota pada lokasi dikongsi atau laman SharePoint kemudian mencantum perubahan anda dari semasa ke semasa dengan perubahan daripada orang lain. Jika terdapat konflik versi semasa operasi cantuman, nama pengarang disimpan dengan setiap halaman yang berkonflik dan dipaparkan bersebelahan halaman. Nama pengarang kemudiannya boleh digunakan untuk mengenal pasti sumber sebarang konflik.

Perubahan pada Kenyataan Privasi

Microsoft mungkin mengemas kini Kenyataan Privasi ini sekali-sekala. Tarikh "kemas kini terakhir" di bahagian atas Kenyataan Privasi dikemas kini selepas setiap semakan. Kami menggalakkan anda menyemak Kenyataan Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui cara Microsoft melindungi maklumat anda.

Cara menghubungi kami

Microsoft mengalu-alukan komen anda yang berkenaan dengan Kenyataan Privasi ini. Jika anda mempunyai soalan tentang Kenyataan ini atau yakin kami tidak menepatinya, hubungi kami menggunakan borang web kami di Hubungi Kami: Maklum Balas Privasi.

Microsoft Office Privacy, Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052 USA

Untuk mencari subsidiari Microsoft di negara atau rantau anda, lihat http://www.microsoft.com/worldwide/.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×