Gunakan pembaca skrin untuk setkan jarak baris dan pengengsotan dalam Outlook

Pusat Kebolehcapaian Office > Sokongan kebolehcapaian bagi Outlook dan Mel untuk Windows 10

Baca dengan kuat simbol dengan label Kandungan pembaca skrin. Topik ini adalah tentang penggunaan pembaca skrin dengan Office

Artikel ini adalah untuk individu yang menggunakan program pembaca skrin dengan produk Office dan merupakan sebahagian daripada set kandungan Kebolehcapaian Office. Untuk lebih banyak bantuan umum, lihat halaman utama Sokongan Office.

Gunakan Penyampai, pembaca skrin terbina dalam Windows untuk setkan jumlah ruang sebelum dan selepas setiap perenggan serta saiz indennya dalam Outlook. Anda juga boleh mencipta inden hanya dalam baris pertama perenggan atau mencipta inden gantung, yang baris pertama perenggan tidak diinden tetapi barisan seterusnya diindenkan.

Nota: 

Dalam topik ini

Setkan jarak perenggan

  1. Apabila menggubah mesej, pilih perenggan yang anda ingin setkan jarak. Jika anda ingin setkan jarak perenggan untuk seluruh mesej, tekan Ctrl+A.

  2. Untuk pergi ke tab Format Teks, tekan Alt+O. Kemudian tekan P dan kemudian G. Kotak dialog Perenggan terbuka, dengan tumpuan pada tab Inden dan Jarak. Anda mendengar: "Tetingkap perenggan. Penjajaran." Dalam JAWS anda mendengar: "Dialog perenggan. Halaman Inden dan Jarak."

  3. Untuk setkan jarak sebelum perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Sebelum." Kemudian tekan kekunci anak panah ke Atas atau ke Bawah sehingga anda mendengar nilai titik yang anda inginkan atau taipkan nilai titik yang anda inginkan (contohnya, 6 atau 18). (Nilai titik yang lebih kecil mewakili ruang yang lebih kecil.)

  4. Untuk setkan jarak selepas perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Selepas." Kemudian tekan kekunci anak panah ke Atas atau ke Bawah sehingga anda mendengar pilihan titik yang anda inginkan atau taipkan nilai titik yang anda inginkan (contohnya, 6 atau 18).

  5. Untuk menutup kotak dialog Perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Bebutang OK", kemudian tekan Spacebar. Tumpuan akan kembali ke tetingkap mesej anda.

Setkan jarak baris

  1. Untuk mengubah jarak baris perenggan, pilih perenggan yang anda ingin formatkan. Untuk pergi ke tab Format Teks, tekan Alt+O. Kemudian tekan P dan kemudian G. Kotak dialog Perenggan terbuka, dengan tumpuan pada tab Inden dan Jarak.

  2. Untuk memilih opsyen jarak baris, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Jarak baris," diikuti dengan opsyen jarak baris. Tekan Spacebar untuk membuka senarai opsyen. Kemudian gunakan kekunci anak panah ke Atas atau ke Bawah sehingga anda mendengar opsyen jarak baris yang anda inginkan. Untuk memilih, tekan 'Enter'.

  3. Jika anda memilih opsyen yang boleh disesuaikan, seperti Berbilang, untuk setkan saiz jarak, tekan kekunci Tab. Anda mendengar "Pada" serta saiz jarak semasa. Kemudian taipkan nilai.

  4. Untuk menutup kotak dialog Perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Bebutang OK", kemudian tekan Spacebar. Tumpuan akan kembali ke tetingkap mesej anda.

Setkan inden perenggan

Inden baris pertama perenggan sahaja

  1. Apabila menggubah mesej, pilih perenggan yang anda ingin inden baris pertama perenggannya.

  2. Untuk membuka tab Format Teks, tekan Alt+O. Kemudian tekan P dan kemudian G. Kotak dialog Perenggan terbuka, dengan tumpuan pada tab Inden dan Jarak. Anda mendengar: "Tetingkap perenggan. Penjajaran." Dalam JAWS anda mendengar: "Dialog perenggan. Halaman Inden dan Jarak."

  3. Untuk menginden baris pertama perenggan, gunakan opsyen dalam kumpulan Pengengsotan. Tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Khas, <opsyen pengengsotan>, kotak kombo boleh diedit." Dalam JAWS anda mendengar: "Kotak kombo lajur khas, <opsyen pengengsotan Opsyen>." Untuk menginden baris pertama, tekan Spacebar, kemudian gunakan kekunci anak panah ke Atas sehingga anda mendengar: "Baris pertama." Untuk memilih, tekan 'Enter'.

  4. Untuk setkan saiz pengengsotan baris pertama, tekan kekunci Tab. Anda mendengar "Sebanyak" serta saiz pengengsotan semasa. Kemudian taipkan nilai dalam inci, contohnya, 0.5.

  5. Untuk menutup kotak dialog Perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Bebutang OK", kemudian tekan Spacebar. Tumpuan akan kembali ke tetingkap mesej anda.

Nota: Semua perenggan seterusnya yang anda taip akan diindenkan.

Indenkan semua kecuali baris pertama perenggan

  1. Apabila menggubah mesej, pilih perenggan yang anda ingin inden, semua kecuali baris pertama perenggan (inden gantung).

  2. Untuk membuka tab Format Teks, tekan Alt+O. Kemudian tekan P dan kemudian G. Kotak dialog Perenggan terbuka, dengan tumpuan pada tab Inden dan Jarak. Anda mendengar: "Tetingkap perenggan. Penjajaran." Dalam JAWS anda mendengar: "Dialog perenggan. Halaman Inden dan Jarak."

  3. Untuk menginden semua kecuali baris pertama perenggan, gunakan opsyen dalam kumpulan Pengengsotan. Tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Khas, <opsyen pengengsotan>, kotak kombo boleh diedit." Dalam JAWS anda mendengar: "Kotak kombo lajur khas, <opsyen pengengsotan Opsyen>." Untuk mencipta inden gantung, tekan Spacebar, kemudian gunakan kekunci anak panah ke Atas atau ke Bawah sehingga anda mendengar: "Gantung." Untuk memilih, tekan 'Enter'.

  4. Untuk setkan saiz pengengsotan, tekan kekunci Tab. Anda mendengar "Sebanyak" serta saiz pengengsotan semasa. Kemudian taipkan nilai dalam inci, contohnya, 0.5.

  5. Untuk menutup kotak dialog Perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Bebutang OK", kemudian tekan Spacebar. Tumpuan akan kembali ke tetingkap mesej anda.

Tambahkan atau kurangkan inden seluruh perenggan

  1. Apabila menggubah mesej, pilih perenggan yang anda ingin tambahkan atau kurangkan pengengsotan kiri atau kanannya.

  2. Untuk membuka tab Format Teks, tekan Alt+O. Kemudian tekan P dan kemudian G. Kotak dialog Perenggan terbuka, dengan tumpuan pada tab Inden dan Jarak. Anda mendengar: "Tetingkap perenggan. Penjajaran." Dalam JAWS anda mendengar: "Dialog perenggan. Halaman Inden dan Jarak."

  3. Gunakan opsyen dalam kumpulan Pengengsotan untuk melakukan salah satu perkara berikut:

    • Untuk mengubah suai inden daripada jidar kiri, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Kiri."

    • Untuk mengubah suai inden daripada jidar kanan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar: "Kanan."

    Untuk setkan saiz pengengsotan, taipkan nombor dalam inci. Saiz pengengsotan diumumkan.

  4. Untuk menutup kotak dialog Perenggan, tekan kekunci Tab sehingga anda mendengar "Bebutang OK", kemudian tekan Spacebar. Tumpuan akan kembali ke tetingkap mesej anda.

Lihat juga

Gunakan pembaca skrin untuk menjajarkan teks dan perenggan dalam Outlook

Pintasan papan kekunci untuk Outlook

Tugas asas menggunakan pembaca skrin dengan e-mel dalam Outlook

Tugas asas menggunakan pembaca skrin dengan kalendar dalam Outlook

Sediakan peranti anda untuk berfungsi dengan kebolehcapaian dalam Office 365

Ketahui cara menavigasi dalam Outlook menggunakan ciri yang boleh dicapai

Gunakan VoiceOver, pembaca skrin Mac OS terbina dalam untuk menginden perenggan dalam Outlook 2016 for Mac.

Nota: 

Tambahkan atau kurangkan inden seluruh perenggan.

Nota:  Jika anda ingin formatkan ruang di antara perenggan atau baris, atau setkan opsyen pengensotan lain, anda boleh formatkan teks dalam Word 2016 for Mac, kemudian salinkannya pada Outlook, sambil mengekalkan pemformatan sumber. Untuk mengetahui lebih lanjut cara memformatkan perenggan dalam Word 2016 for Mac, rujuk kepada Gunakan pembaca skrin untuk setkan jarak baris dan pengengsotan dalam Word 2016

  1. Apabila menggubah mesej, pilih perenggan yang anda ingin tambahkan atau kurangkan pengengsotan kiri atau kanannya.

  2. Lakukan satu daripada perkara berikut:

    • Untuk menambah inden pada sebelah kiri, tekan Command+Tanda Kurung Kanan (]).

    • Untuk menambah inden pada sebelah kanan, tekan Command+Tanda Kurung Kiri ([).

Lihat juga

Gunakan pembaca skrin untuk menjajarkan teks dan perenggan dalam Outlook

Pintasan papan kekunci bagi Outlook for Mac

Tugas asas menggunakan pembaca skrin dengan e-mel dalam Outlook

Tugas asas menggunakan pembaca skrin dengan kalendar dalam Outlook

Sediakan peranti anda untuk berfungsi dengan kebolehcapaian dalam Office 365

Ketahui cara menavigasi dalam Outlook menggunakan ciri yang boleh dicapai

Sokongan teknikal untuk pelanggan kurang upaya

Microsoft ingin memberikan pengalaman yang paling memuaskan untuk semua pelanggan kami. Sekiranya anda mempunyai ketidakupayaan atau ingin mengajukan soalan berkaitan kebolehcapaian, sila hubungi Answer Desk Ketakupayaan Microsoft untuk mendapatkan bantuan teknikal. Pasukan sokongan Answer Desk Ketakupayaan terlatih dalam penggunaan banyak teknologi bantuan yang popular dan boleh menawarkan bantuan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Bahasa Isyarat Amerika. Sila ke laman Answer Desk Ketakupayaan Microsoft untuk mendapatkan butiran hubungan untuk rantau anda.

Jika anda merupakan pengguna kerajaan, komersial atau syarikat, sila hubungi Answer Desk Ketakupayaan perusahaan.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×