Guna pembaca skrin untuk menghantar mesej segera daripada Skype for Business dalam Outlook di web

Anda boleh menggunakan pembaca skrin untuk menghantar mesej segera (IM) dari Skype for Business dalam Outlook di web. Menghantar mesej adalah mudah kerana anda boleh mencapai anak tetingkap perbualan Skype for Business terus dari Outlook di web.

Nota

Dalam topik ini

Menghantar mesej segera

  1. Buka Outlook di web dalam pelayar anda dan, jika perlu, daftar masuk.

    Petua: Untuk ketahuimengetahui lebih lanjut tentang menggunakanpenggunaan pembaaca skrin, rujuk Mula menggunakan pembaca skrin dengan Skype for Business dalam Outlook di web.

  2. Tekan tab sehingga anda mendengar "Guna Anak Panah Ke Bawah untuk menggunakan anak tetingkap perbualan Skype for Business," kemudian tekan kekunci Anak Panah Ke Bawah. Anak tetingkap perbualan Skype for Businessterbuka dengan fokus pada senarai Semua kenalan, dan anda mendengar "Kenalan, Semua kenalan, Nama kenalan.” Dalam sudut kanan atas anak tetingkap, butang Cari Skype, Kenalan, dan Sembang Baharu tersedia. Dalam sudut kanan bawah anak tetingkap, butang Matikan pemberitahuan sembang tersedia.

  3. Untuk mengetahui siapa yang berada dalam talian, tekan tab sehingga anda mendengar "Dalam Talian, Pautkan," kemudian tekan Enter.

  4. Untuk beralih kepada kenalan pertama dalam senarai, tekan kekunci Tab.

  5. Tekan kekunci Anak Panah Ke Bawah sehingga anda mendengar nama individu yang anda ingin menghantar mesej segera, kemudian tekan Enter. Anda mendengar "Input sembang, Perbualan dengan kombinasi edit nama kenalan, Taip mesej di sini.”

  6. Taip mesej anda dan tekan Enter. IM dihantar dan ditambah pada anak tetingkap Perbualan dengan nama kenalan. Respons kepada mesej anda juga ditambah pada anak tetingkap. Untuk membalas respons kenalan, taip mesej baharu dalam kotak kombinasi edit dan tekan Enter.

Ketahui lebih lanjut

Sokongan teknikal untuk pelanggan kurang upaya

Microsoft ingin memberikan pengalaman yang paling memuaskan untuk semua pelanggan kami. Sekiranya anda mempunyai ketidakupayaan atau ingin mengajukan soalan berkaitan kebolehcapaian, sila hubungi Answer Desk Ketakupayaan Microsoft untuk mendapatkan bantuan teknikal. Pasukan sokongan Answer Desk Ketakupayaan terlatih dalam penggunaan banyak teknologi bantuan yang popular dan boleh menawarkan bantuan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Bahasa Isyarat Amerika. Sila ke laman Answer Desk Ketakupayaan Microsoft untuk mendapatkan butiran hubungan untuk rantau anda.

Jika anda merupakan pengguna kerajaan, komersial atau syarikat, sila hubungi Answer Desk Ketakupayaan perusahaan.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×