Bolehkah saya menyalin pemformatan bersyarat dan menampalnya pada sel lain?

Dalam Excel Online, anda boleh membuka buku kerja dengan pemformatan bersyarat yang telah digunakan dalam versi Excel yang lain dan melihat data diformatkan. Oleh sebab anda tidak boleh menambah pemformatan bersyarat dalam Excel Online, anda mungkin ingin menyalin dan menampalnya ke sel yang lain. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya juga kerana Pelukis Format—alat yang anda perlukan untuk menyalin pemformatan bersyarat—tidak tersedia dalam Excel Online.

Jika anda mempunyai aplikasi desktop Excel, anda boleh menggunakan butang Buka dalam Excel untuk membuka buku kerja anda dan menggunakan Pelukis Format untuk menyalin pemformatan bersyarat dan menampalnya ke sel lain. Beginilah caranya:

Klik Buka dalam Excel dangunakan Pelukis Format untuk menyalin dan menampal pemformatan bersyarat.

Butang Buka dalam Excel

Apabila anda menyimpan buku kerja dan membukanya semula dalam Excel Online, anda akan melihat pemformatan yang disalin.

Untuk mengetahui tentang kemas kini Excel Online yang terkini, lawati Blog Microsoft Excel.

Untuk suit aplikasi dan perkhidmatan Office yang lengkap, cuba atau belinya di Office.com.

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×