Berkongsi nota daripada OneNote 2016 untuk Windows semasa mesyuarat

Apabila anda mengambil nota semasa mesyuarat, anda mungkin tidak dapat mencatat semua nota. Apa kata anda mengambil nota bersama-sama individu lain? Anda cuma perlu menyimpan buku nota OneNote 2016 anda di lokasi kongsi, seperti OneDrive atau SharePoint dan meminta individu untuk bekerjasama semasa mesyuarat.

Nota: Jika anda telah mencipta buku nota pada komputer anda, anda perlu berkongsinya di OneDrive terlebih dahulu agar individu lain boleh melihat dan mengeditnya juga.

Untuk membolehkan individu lain melihat dan menyumbang pada nota kongsi anda, lakukan satu atau kedua-dua perkara berikut:

  • Untuk menjemput individu lain ke buku nota kongsi anda, pilih Fail > Kongsi > Jemput Individu.

    Berkongsi buku nota dengan yang lain

    Individu yang anda jemput akan menerima mesej dengan pautan ke buku nota kongsi anda. Keizinan di lokasi kongsi yang anda setkan untuk mereka akan menentukan sama ada mereka hanya boleh melihat nota anda atau boleh juga mengubah suainya.

  • Untuk berkongsi buku nota semasa mesyuarat, pilih Fail > Kongsi > Kongsi dengan Mesyuarat.

    Berkongsi nota dengan peserta dalam mesyuarat.

Selepas individu lain membuka buku nota, sesiapa yang mempunyai keizinan boleh menambah nota mesyuarat—semua pada masa yang sama jika anda inginkan! OneNote bersegerak secara automatik dan nota semua orang akan muncul.

Nota: Anda boleh berhenti berkongsi buku nota pada bila-bila masa dan anda boleh mengubah individu yang boleh melihat atau mengeditnya. Jika anda ingin berkongsi nota mesyuarat selepas mesyuarat anda, cuba menghantar halaman nota melalui e-mel.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×