Bahagian Web Pemapar Halaman

Anda boleh menggunakan Bahagian Web Pemapar Halaman untuk memaparkan halaman Web, fail atau folder pada Halaman Bahagian Web. Anda memasukkan hiperpautan, laluan fail atau nama folder untuk dipautkan ke kandungan.

Nota: 

  • Anda boleh menggunakan Bahagian Web Pemapar Halaman dalam pelayar yang menyokong unsur HTML IFRAME sahaja.

  • Pemaparan fail atau folder memerlukan Microsoft Internet Explorer.

Dalam artikel ini

Cara anda boleh menggunakan Bahagian Web Pemapar Halaman

Cara Bahagian Web Pemapar Halaman memaparkan halaman Web dalam Halaman Bahagian Web

Sifat tersuai Bahagian Web Pemapar Halaman

Sifat umum Bahagian Web

Cara anda boleh menggunakan Bahagian Web Pemapar Halaman

Anda boleh menggunakan Bahagian Web Pemapar Halaman untuk memaparkan:

  • Sumber berita Internet kegemaran dalam seksyen ringkasan berita khas pada sesuatu Halaman Bahagian Web.

  • Senarai fail kumpulan kerja yang aktif pada pelayan rangkaian yang anda ingin lihat secara tetap.

  • Dokumen atau hamparan yang biasa digunakan.

Halaman Atas

Cara Bahagian Web Pemapar Halaman memaparkan halaman Web dalam Halaman Bahagian Web

Kandungan terpaut pada Bahagian Pemapar Halaman diasingkan daripada kandungan lain pada Halaman Bahagian Web melalui penggunaan unsur HTML IFRAME. Unsur ini memastikan bahawa mana-mana unsur HTML yang dipaparkan sebagai kandungan dalam Bahagian Web Pemapar Halaman tidak berkonflik dengan unsur HTML lain pada Halaman Bahagian Web. Sebagai contoh, Halaman Bahagian Web mungkin sudah mempunyai unsur HTML FORM dan halaman itu tidak akan dipaparkan dengan betul jika kandungan terpaut juga mengandungi unsur HTML FORM yang tidak terdapat dalam unsur HTML IFRAME.

Bahagian Web Pemapar Halaman memaparkan kandungan secara tanpa disegerak dari seluruh halaman. Maksudnya, anda boleh melihat dan menggunakan Bahagian Web lain pada halaman jika pautan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kandungan.

Halaman Atas

Sifat tersuai Bahagian Web Pemapar Halaman

Sifat tersuai Bahagian Web Pemapar Halaman disenaraikan di bawah.

Nota: Anda tidak boleh melihat atau mengedit sebarang sifat tersuai ini dalam pandangan peribadi.

Sifat

Perihalan

Kumpulan Halaman Web, Folder atau Fail

Menentukan jenis kandungan yang anda ingin paparkan dalam Bahagian Web Pemapar Halaman.

Pilih salah satu daripada berikut:

  • Halaman Web     Pilih opsyen ini jika anda ingin memaparkan halaman Web sebagai kandungan Bahagian Web Pemapar Halaman. Opsyen ini secara automatiknya memasukkan Protokol Pindahan Hiperteks (http://) dalam kotak teks Pautan dan menyembunyikan butang Semak Lalu jika ia ditunjukkan. Nilai ini nilai lalai.

  • Folder     Pilih opsyen ini jika anda ingin memaparkan senarai fail dalam folder. Opsyen ini menyembunyikan butang Semak Lalu jika ia ditunjukkan.

  • Fail     Pilih opsyen ini untuk memaparkan kandungan fail. Opsyen ini juga memaparkan butang Semak Lalu di bawah kotak teks Pautan. Fail sama ada dibuka dalam tetingkap pelayar berasingan atau dalam Bahagian Web jika aplikasi yang membuka fail menyokong pengaktifan sebaris bagi fail tersebut dalam tetingkap pelayar.

Pautan

Menentukan hiperpautan, folder atau fail untuk dipautkan pada kandungan yang anda ingin paparkan dalam Bahagian Web Pemapar Halaman:

  • Jika anda memilih Halaman Web di atas, anda mesti memasukkan hiperpautan yang sah. Dua protokol hiperpautan sah yang anda boleh gunakan ialah:

    • Protokol Pindahan Hiperteks (http://)

    • Protokol Pindahan Hiperteks dengan privasi yang menggunakan penyulitan Lapisan Soket Selamat (SSL) (https://)

      Anda boleh menggunakan URL mutlak atau URL relatif. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan laluan fail.

  • Jika anda memilih Folder di atas, anda mesti memasukkan folder setempat atau folder rangkaian yang sah. Pemaparan folder memerlukan Microsoft Internet Explorer.

  • Jika anda memilih Fail di atas, anda mesti memasukkan laluan fail yang sah. Pemaparan fail memerlukan Microsoft Internet Explorer. Anda juga boleh mengklik Semak Lalu untuk mencari fail.

Halaman Atas

Sifat umum Bahagian Web

Semua Bahagian Web berkongsi set sifat umum yang mengawal rupa, tataletak dan ciri lanjutnya.

Nota: Sifat Bahagian Web umum yang anda lihat dalam anak tetingkap alat mungkin berbeza dari yang dinyatakan dalam seksyen ini kerana beberapa sebab:

  • Untuk melihat seksyen Lanjutan dalam anak tetingkap alat, anda mesti mempunyai keizinan yang sesuai.

  • Untuk Bahagian Web khusus, pembangun Bahagian Web mungkin memilih untuk tidak memaparkan satu atau lebih sifat umum ini atau mungkin memilih untuk mencipta dan memaparkan sifat tambahan yang tidak disenaraikan di bawah dalam seksyen Penampilan, Tataletak dan Lanjutan anak tetingkap.

  • Beberapa keizinan dan seting sifat mungkin menyahdayakan atau menyembunyikan sifat Bahagian Web.

Penampilan

Sifat

Perihalan

Tajuk

Menentukan tajuk Bahagian Web yang muncul dalam bar tajuk Bahagian Web.

Ketinggian

Menentukan ketinggian Bahagian Web.

Lebar

Menentukan lebar Bahagian Web.

Keadaan Krom

Menentukan sama apa keseluruhan Bahagian Web muncul pada halaman apabila pengguna membuka Halaman Bahagian Web. Secara lalai, keadaan krom disetkan kepada Normal dan keseluruhan Bahagian Web muncul. Hanya bar tajuk muncul apabila keadaan disetkan kepada Diminimumkan.

Jenis Krom

Menentukan sama ada bar tajuk dan sempadan bingkai Bahagian Web dipaparkan.

Tataletak

Sifat

Perihalan

Tersembunyi

Menentukan sama ada Bahagian Web kelihatan apabila pengguna membuka Halaman Bahagian Web. Jika kotak semak dipilih, Bahagian Web hanya kelihatan apabila anda mereka bentuk halaman itu dan menambah akhiran (Tersembunyi) pada tajuk.

Anda boleh menyembunyikan Bahagian Web jika anda ingin menggunakannya untuk menyediakan data untuk Bahagian Web lain menerusi sambungan Bahagian Web, tetapi anda tidak ingin memaparkan Bahagian Web itu.

Arah

Menentukan arah teks dalam kandungan Bahagian Web. Contohnya, bahasa Arab merupakan bahasa kanan ke kiri; bahasa Inggeris dan kebanyakan bahasa Eropah lain merupakan bahasa kiri ke kanan. Seting ini mungkin tidak tersedia untuk semua jenis Bahagian Web.

Zon

Menentukan zon pada Halaman Bahagian Web di mana Bahagian Web berada.

Nota: Zon pada Halaman Bahagian Web tidak disenaraikan dalam kotak senarai apabila anda tidak mempunyai keizinan untuk mengubah suai zon itu.

Indeks Zon

Menentukan kedudukan Bahagian Web dalam zon apabila zon mengandungi lebih daripada satu Bahagian Web.

Untuk menentukan tertib, taipkan integer positif dalam kotak teks.

Jika Bahagian Web dalam zon disusun dari atas ke bawah, nilai 1 bermakna Bahagian Web muncul di bahagian atas zon. Jika Bahagian Web dalam zon disusun dari kiri ke kanan, nilai 1 bermakna Bahagian Web muncul di bahagian kiri zon.

Contohnya, apabila anda menambah Bahagian Web pada zon kosong yang diaturkan dari atas ke bawah, Indeks Zon adalah 0. Apabila anda menambah Bahagian Web kedua ke bahagian bawah zon, Indeks Zonnya adalah 1. Untuk mengalih Bahagian Web ke bahagian atas zon, taip 0, kemudian taip 1 untuk Bahagian Web pertama.

Nota: Setiap Bahagian Web dalam zon mesti mempunyai nilai Indeks Zon yang unik. Oleh itu, mengubah nilai Indeks Zon pada Bahagian Web semasa juga akan mengubah nilai Indeks Zon pada Bahagian Web lain dalam zon.

Lanjutan

Sifat

Perihalan

Membenarkan Meminimumkan

Menentukan sama ada Bahagian Web boleh diminimumkan.

Membenarkan Tutup

Menentukan sama ada Bahagian Web boleh dialih keluar dari Halaman Bahagian Web.

Membenarkan Sorok

Menentukan sama ada Bahagian Web boleh disembunyikan.

Membenarkan Perubahan Zon

Menentukan sama ada Bahagian Web boleh dialih ke zon lain.

Membenarkan Sambungan

Menentukan sama ada Bahagian Web boleh menyertai sambungan dengan Bahagian Web lain.

Membenarkan Mengedit dalam Pandangan Peribadi

Menentukan sama ada sifat Bahagian Web boleh diubah suai dalam pandangan peribadi.

Mod Eksport

Menentukan tahap data yang diizinkan untuk dieksport bagi Bahagian Web ini. Bergantung pada konfigurasi anda, seting ini mungkin tidak tersedia.

URL Tajuk

Menentukan URL fail yang mengandungi maklumat tambahan mengenai Bahagian Web. Fail dipaparkan dalam tetingkap pelayar berasingan apabila anda mengklik tajuk Bahagian Web.

Perihalan

Menentukan Petua Skrin yang muncul apabila anda meletak penuding tetikus pada tajuk Bahagian Web atau ikon Bahagian Web. Nilai sifat ini digunakan apabila anda mencari Bahagian Web menggunakan perintah Cari pada menu Cari Bahagian Web anak tetingkap alat dalam galeri Bahagian Web berikut: Laman, Pelayan Maya dan Halaman Bahagian Web.

URL Bantuan

Menentukan lokasi fail yang mengandungi maklumat Bantuan mengenai Bahagian Web. Maklumat Bantuan dipaparkan dalam tetingkap pelayar berasingan apabila anda mengklik perintah Bantuan pada menu Bahagian Web.

Mod Bantuan

Menentukan cara pelayar akan memaparkan kandungan Bantuan untuk Bahagian Web.

Pilih salah satu daripada berikut:

  • Modal Membuka tetingkap pelayar berasingan, jika pelayar mempunyai keupayaan ini. Pengguna mesti menutup tetingkap sebelum kembali ke halaman Web.

  • Tanpa Model Membuka tetingkap pelayar berasingan, jika pelayar mempunyai keupayaan ini. Pengguna tidak perlu menutup tetingkap sebelum kembali ke halaman Web. Ini adalah nilai lalai.

  • Navigasi Membuka halaman Web dalam tetingkap pelayar semasa.

Nota: Walaupun Bahagian Web Microsoft ASP.NET tersuai menyokong sifat ini, topik Bantuan Windows SharePoint Services 3.0 lalai hanya dibuka dalam tetingkap pelayar berasingan.

URL Imej Ikon Katalog

Menentukan lokasi fail yang mengandungi imej yang akan digunakan sebagai ikon Bahagian Web dalam Senarai Bahagian Web. Saiz imej mestilah 16 kali 16 piksel.

URL Imej Ikon Tajuk

Menentukan lokasi fail yang mengandungi imej yang akan digunakan dalam bar tajuk Bahagian Web. Saiz imej mestilah 16 kali 16 piksel.

Mengimport Mesej Ralat

Menentukan mesej yang dipaparkan jika terdapat masalah mengimport Bahagian Web.

Halaman Atas

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×