Apa yang anda perlu ketahui tentang pemindahan e-mel berperingkat ke Office 365

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Office 365, anda boleh memigrasikan kandungan peti mel pengguna dari sistem e-mel sumber ke Office 365. Apabila anda melakukannya dari semasa ke semasa, ia dipanggil migrasi berperingkat. Migrasi berperingkat disyorkan apabila:

  • Sistem e-mel sumber anda ialah Microsoft Exchange Server 2003 atau Microsoft Exchange Server 2007.

    Nota: Anda tidak boleh menggunakan migrasi berperingkat untuk memigrasikan peti mel Exchange 2013 atau Exchange 2010 ke Office 365. Sebaliknya pertimbangkan untuk menggunakan migrasi henti ganti atau migrasi e-mel hibrid.

  • Anda mempunyai lebih daripada 2,000 peti mel.

Jika migrasi berperingkat tidak sesuai untuk anda, lihat Cara memigrasikan e-mel ke Office 365 untuk opsyen lain.

Perkara untuk dipertimbangkan

Berikut adalah beberapa item untuk diberi perhatian:

  • Anda perlu menyegerakkan akaun antara domain Active Directory pada premis anda dan Office 365 menggunakan penyegerakan Azure Active Directory agar migrasi berperingkat dapat dilaksanakan.

  • Nama domain utama yang digunakan untuk organisasi Exchange pada premis anda mestilah domain yang disahkan dengan organisasi Office 365 anda.

  • Anda boleh memigrasikan peti mel pengguna dan peti mel sumber sahaja. Jenis penerima lain, seperti kumpulan edaran, kenalan dan pengguna didayakan mel dimigrasikan ke Office 365 melalui proses penyegerakan direktori.

  • Mesej Tiada Di Pejabat tidak dimigrasikan dengan peti mel pengguna. Jika pengguna menghidupkan ciri Tiada Di Pejabat sebelum migrasi, ciri tersebut akan kekal didayakan pada peti mel yang dimigrasikan tetapi mesej Tiada di Pejabat adalah kosong. Orang yang menghantar mesej kepada peti mel tidak akan menerima pemberitahuan Tiada Di Pejabat. Untuk membolehkan pemberitahuan Tiada Di Pejabat dihantar, pengguna perlu mencipta semula mesej Tiada di Pejabat selepas peti mel dimigrasikan.

  • Jika anda mengehadkan sambungan ke sistem e-mel sumber anda, anda digalakkan untuk menambah bilangan sambungan bagi meningkatkan prestasi migrasi. Had sambungan biasa termasuk jumlah sambungan klien/pelayan, sambungan setiap pengguna dan sambungan alamat IP sama ada pada pelayan atau tembok api. Jika anda tidak mengehadkan sambungan ini, anda boleh melangkau tugas ini.

Kesan migrasi terhadap pengguna

  • Pentadbir boleh mencapai e-mel        Untuk memigrasikan e-mel, anda perlu mencapai peti mel pengguna dalam sistem e-mel sumber anda.

  • Pengguna mesti mencipta profil Outlook baru        Selepas peti mel dimigrasikan dan akaun pada premis ditukar kepada akaun didayakan mel, pengguna mesti mencipta profil Office 365 baru dalam Outlook kemudian Outlook secara automatik bersambung ke Office 365.

Bagaimanakah migrasi berperingkat berfungsi?

Langkah utama yang anda laksanakan untuk migrasi berperingkat, dan hasil untuk pengguna anda, ditunjukkan dalam ilustrasi berikut.

Proses untuk menjalankan migrasi e-mel berperingkat dari[ada Exchange ke Office 365

Berikut adalah perihalan migrasi berperingkat yang ditunjukkan dalam ilustrasi.

  1. Pentadbir menyegerakkan senarai pengguna antara persekitaran pada premis mereka dan Office 365.

    Lihat langkah cara dalam Bersedia untuk migrasi berperingkat.

  2. Pentadbir mencipta fail nilai dipisahkan koma (CSV) yang mengandungi baris untuk setiap pengguna yang peti mel pada premisnya akan dimigrasikan dalam kelompok migrasi.

    Lihat langkah cara dalam Mencipta senarai peti mel untuk migrasi.

  3. Pentadbir mencipta dan menjalankan kelompok migrasi berperingkat menggunakan papan pemuka migrasi dalam Pusat pentadbiran Exchange.

    Lihat langkah cara dalam Menyambung Office 365 ke sistem e-mel anda, memigrasikan peti mel anda dan Mulakan kelompok migrasi berperingkat.

    Selepas pentadbir memulakan kelompok migrasi, Exchange Online melakukan perkara yang berikut:

    • Mengesahkan bahawa penyegerakan direktori didayakan.

    • Menyemak bahawa pengguna didayakan mel wujud dalam organisasi Office 365 untuk setiap pengguna yang disenaraikan dalam fail CSV. Pengguna didayakan mel dicipta dalam Office 365 sebagai hasil daripada proses penyegerakan direktori.

    • Menukar pengguna didayakan mel Office 365 kepada peti mel Exchange Online untuk setiap pengguna dalam kelompok migrasi.

    • Memulakan penyegerakan awal. Exchange Online memproses sehingga N permintaan migrasi pada satu masa. N mewakili bilangan migrasi serentak maksimum yang ditentukan oleh pentadbir apabila mencipta titik akhir migrasi yang digunakan untuk kelompok migrasi. Secara lalai, penyegerakan awal dilakukan pada 20 peti mel pada satu masa sehingga semua peti mel dalam kelompok migrasi dimigrasikan.

    • Mengkonfigurasikan pemajuan mel. Sifat TargetAddress pada peti mel pada premis dikonfigurasikan dengan alamat e-mel peti mel Exchange Online. Proses ini bermakna mel yang dihantar kepada peti mel pada premis dimajukan kepada peti mel Exchange Online yang sepadan.

  4. Selepas ia mencipta peti mel Exchange Online dan mengkonfigurasikan pemajuan mel untuk setiap pengguna dalam fail CSV, Exchange Online menghantar mesej e-mel status kepada pentadbir. Mesej status ini menyenaraikan bilangan peti mel yang berjaya dimigrasikan dan baki peti mel yang tidak dapat dimigrasikan. Mesej juga termasuk pautan ke statistik migrasi dan laporan ralat yang mengandungi maklumat yang lebih terperinci. Pada peringkat tersebut, pengguna boleh mula menggunakan peti mel Exchange Online mereka.

  5. Sebagai sebahagian daripada penyegerakan awal, Exchange Online kemudian memigrasikan semua mesej e-mel, kenalan dan item kalendar dari peti mel pada premis ke peti mel Exchange Online. Exchange Online menghantar laporan migrasi akhir apabila migrasi data selesai.

  6. Selepas kelompok migrasi selesai dan pentadbir mengesahkan bahawa semua peti mel dalam kelompok berjaya dimigrasikan, pentadbir boleh menukar peti mel pada premis kepada pengguna yang didayakan mel.

    Lihat langkah cara dalam Menukar peti mel pada premis kepada pengguna didayakan mel.

  7. Jika pengguna membuka peti mel mereka dengan Outlook, perkhidmatan Autotemu cuba bersambung dengan peti mel pada premis. Selepas anda menukar peti mel pada premis kepada pengguna didayakan mel, perkhidmatan Autotemu menggunakan pengguna didayakan mel untuk menyambung Outlook ke peti mel Exchange Online selepas pengguna mencipta profil Outlook baru.

  8. Pentadbir mencipta kelompok migrasi tambahan, menyerahkan fail CSV untuk setiap satu.

  9. Pentadbir menjalankan kelompok migrasi tambahan.

  10. Pentadbir menyelesaikan sebarang isu. Setelah semua peti mel pada premis dalam kelompok berjaya dimigrasikan, pentadbir akan memadamkan kelompok migrasi.

    Lihat langkah cara dalam Memadam kelompok migrasi berperingkat.

  11. Pengguna boleh menggunakan peti mel Exchange Online mereka.

  12. Bagi melengkapkan peralihan ke Exchange Online dan Office 365, pentadbir melaksanakan tugas pasca konfigurasi seperti:

    • Memperuntukkan lesen kepada pengguna Office 365.

    • Mengkonfigurasikan rekod MX untuk menuding ke organisasi Office 365 anda agar e-mel dihantar terus ke peti mel Exchange Online.

    • Cipta rekod Sistem Nama Domain Autotemu (DNS) untuk organisasi Office 365 anda.

    Lihat langkah cara dalam Menghalakan e-mel anda terus ke Office 365 dan Melengkapkan tugas pasca migrasi.

    Pentadbir boleh memberhentikan penggunaan Exchange Server pada premis (pilihan).

    Nota: Jika anda melaksanakan penyelesaian daftar masuk tunggal, anda amat disyorkan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya satu Exchange Server agar anda dapat mencapai Pengurus Sistem Exchange (Exchange 2003) atau Konsol Pengurusan Exchange/Kerangka Pengurusan Exchange (Exchange 2007) untuk menguruskan atribut berkaitan mel pada pengguna didayakan mel pada premis. Untuk Exchange 2007, Exchange Server yang anda senggarakan harus mempunyai Pengangkutan Hab, Capaian Klien dan peranan pelayan Peti Mel dipasang.

Bersedia untuk bermula?

Jika anda yakin untuk menyediakan migrasi ke Office 365, berikut adalah tugas yang perlu dilakukan.

  • Menggunakan sama ada Microsoft Azure Active Directory Synchronization Tool atau Microsoft Azure Active Directory Sync Services (AAD Sync) untuk menyegerakkan dan mencipta pengguna pada premis anda dalam Office 365.

  • Mengkonfigurasikan Exchange Server menggunakan Pusat pentadbiran Exchange.

  • Mengubah rekod MX organisasi anda untuk menuding ke Office 365 apabila migrasi selesai. Rekod MX anda adalah cara sistem mel lain mencari lokasi sistem e-mel anda. Mengubah rekod MX anda membenarkan sistem mel lain untuk mula menghantar e-mel terus ke peti mel baru dalam Office 365.

Untuk menyiapkan migrasi e-mel berperingkat dengan jayanya, anda harus yakin ketika melakukan tugas ini:

  • Anda mengkonfigurasi atau mengesahkan penyegerakan direktori berfungsi.

  • Anda mengkonfigurasi atau mengesahkan Outlook Anywhere berfungsi.

  • Anda mencipta satu atau lebih senarai peti mel untuk migrasi dalam Excel.

  • Anda menggunakan bestari langkah demi langkah dalam Office 365 untuk mengkonfigurasi dan memulakan proses migrasi.

  • Anda menambah atau mengubah rekod DNS organisasi anda, seperti Autotemu dan rekod MX.

  • Anda mendayakan mel peti mel pada premis.

Jika anda bersedia untuk memulakan migrasi e-mel berperingkat, anda boleh menggunakan langkah yang diberikan dalam Melaksanakan migrasi e-mel berperingkat kepada Office 365.

Lihat Juga

Cara untuk memigrasikan e-mel ke Office 365

Menggunakan PowerShell untuk melakukan migrasi berperingkat ke Office 365

Kembangkan kemahiran anda
Jelajahi latihan
Dapatkan ciri baru terlebih dahulu
Sertai Office Insiders

Adakah maklumat ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda!

Terima kasih atas maklum balas anda! Nampaknya ia mungkin akan membantu untuk menyambungkan anda kepada salah seorang daripada ejen sokongan Office kami.

×